JAKIM


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: Religion


Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
Religion
Statistics
Posts filter


Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

🗓️ Tarikh : 6 - 9 Januari 2025 | 6 - 9 Rejab 1446H

Kepada semua calon UPKK 2024, bersiap sedialah dengan ilmu dan doa. Semoga anda semua diberi kelapangan fikiran, kemudahan dalam menjawab soalan, serta kejayaan yang membanggakan.

Ingatlah, usaha yang bersungguh-sungguh diiringi doa pasti menghasilkan yang terbaik.

Ibu dan ayah jangan lupa berdoa serta ajarkan kepada anak-anak membaca doa ini :

“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Selamat Berjaya!


Selamat Menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024

Semoga anak-anak calon UPKK 2024 diberi ketenangan hati, kefahaman yang mendalam, dan kejayaan yang cemerlang dalam usaha dilakukan.

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM mendoakan yang terbaik buat semua calon.

“Usaha, Doa, Tawakal, Insya-Allah Berjaya!”


SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025.

Semoga amanah ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang, diberkati Allah SWT, dan menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan syiar Islam.

Daripada: Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM

#MalaysiaMADANI #JAWI #JAKIM


“Selamat Menyambut Tahun 2025 bersamaan 1 Rejab 1446 Hijri”

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kejayaan, dan kesejahteraan kepada kita semua.

Ayuh teruskan langkah dengan semangat Malaysia MADANI, membangun kekuatan rohani dan jati diri, membina masa depan yang lebih cemerlang bersama-sama.

Daripada: Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja JAKIM

#SelamatTahunBaharu2025
#1Rejab1446H
#MalaysiaMADANI
#jakim


AYUH! Rakyat Malaysia...

Bahang kemeriahan Tahun Baharu semakin dirasai!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh tekad untuk mencapai objektif yang murni akan menganjurkan "GEMA SYUKUR 2025".

Sertai kami dalam menyemarakkan rasa syukur dan kebersamaan demi mengeratkan semangat persaudaraan menjelang tahun baharu 2025.

🗓️ Tarikh : 31 Disember 2024 (Selasa) hingga 1 Januari 2025 (Rabu)
🕒 Masa : 6.00 petang hingga 9.00 pagi
📍 Lokasi : Masjid Putra, W.P. Putrajaya

Pengunjung yang bertuah turut berpeluang menerima hadiah istimewa, termasuk Pakej Tajaan Umrah oleh TH Travel & Services Sdn Bhd, Syiling Emas yang ditaja khas oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan pelbagai hadiah lain yang menarik menarik menanti anda.


1 Hari Lagi Menuju Gema Syukur 2025

Malam esok, ayuh kita bersama menyambut Tahun Baharu 2025 dengan penuh kesyukuran di Program Gema Syukur anjuran agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Du’at Al-Falah pada :

🗓️ 31 Disember 2024 - 1 Januari 2025
🕕 6.00 petang - 9.00 pagi
📍 Masjid Putra, Putrajaya

Pengisian Menarik Menanti Anda antaranya :

👉 Bacaan Yasin & Doa Selamat
👉 Tadabbur Quran - International Quran Moment
👉 Podcast Jerat Nafsu
👉 Qiamullail & Tausiah Subuh
👉 Senaman Pagi
👉 Selawat & Qasidah (Inteam)
👉 Penampilan Istimewa bersama PU Riz

Jadikan detik akhir 2024 ini bermakna dengan pengisian rohani bersama keluarga dan sahabat. Jangan lepaskan peluang bertemu tokoh-tokoh hebat seperti :

📌 YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff
📌 Syeikh Abdul Karim Omar al-Fatani al-Makki

Mari kita mulakan tahun baharu dengan semangat kesyukuran!

JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI!

#GemaSyukur #TahunBaharu2025 #MalaysiaMADANI


KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKAITAN

CADANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MEWAJIBKAN PENGUSAHA PREMIS MAKANAN DAN MINUMAN MEMILIKI SIJIL HALAL SEBELUM MEMPERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN


6 HARI LAGI

GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Sempena menyambut Tahun Baharu 2025, 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Du’at Al-Falah akan membawakan program khas penuh pengisian rohani dan bermanfaat buat anda sekeluarga!

🗓️Tarikh: 31 Disember 2024 - 1 Januari 2025
🕕 Masa: 6.00 petang - 9.00 pagi
📍 Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya

📣 Jangan lepaskan peluang ini!

Hebahkan kepada seisi keluarga & rakan-rakan.

Masuk Percuma. Semua Dijemput Hadir!


8 HARI LAGI

GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Sempena menyambut Tahun Baharu 2025, 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Du’at Al-Falah akan membawakan program khas penuh pengisian rohani dan bermanfaat buat anda sekeluarga!

🗓️Tarikh: 31 Disember 2024 - 1 Januari 2025
🕕 Masa: 6.00 petang - 9.00 pagi
📍 Lokasi: Masjid Putra, Putrajaya

📣 Jangan lepaskan peluang ini!

Hebahkan kepada seisi keluarga & rakan-rakan.

Masuk Percuma. Semua Dijemput Hadir!


Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada YH. Dato’ Zaliza bin Zulkipli, DIMP., AAP. atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang berkuat kuasa 23 Disember 2024.

Semoga amanah besar ini terus dipikul dengan penuh hikmah dan keberkatan daripada Allah SWT.

Daripada Ketua Pengarah dan Seluruh Warga JAKIM


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

1️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

2️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

3️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

4️⃣ Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.”

5️⃣ Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Untuk membaca dengan lebih lanjut, sila klik link di portal rasmi JAKIM https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan/470-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

Sebarkan panduan ini untuk manfaat bersama.

#IslamItuIndah #PanduanBermasyarakat #JAKIM


Doa Memohon Ketaqwaan

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا

Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepada jiwaku, sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya, Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya.

Jom amalkan doa ini setiap hari. Mohonlah kepada Allah SWT agar hati kita sentiasa disinari ketaqwaan dan jiwa kita disucikan. Mudah-mudahan hidup kita dipandu ke arah jalan yang diredhai-Nya.

Sebarkan dan jadikan amalan!

#DoaHarian #Ketaqwaan #JAKIM


SEKALUNG TAHNIAH

Sekalung Tahniah Kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Musa bin Hj. Aman

Atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Semoga dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

#SekalungTahniah #YangDiPertuaNegeriSabah #MalaysiaMadani


Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya:

✅ Setiap kesempitan ada jalan keluar,
✅ Pada setiap duka cita ada pelepasan,
✅ Dan Allah merezekikannya daripada arah yang tidak disangka-sangka.”

Jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan istighfar dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja menghapus dosa, tetapi ia juga kunci kepada rezeki, kelapangan, dan kebahagiaan.

Jadikan istighfar amalan harian kita.

#Istighfar #AmalanHarian #JAKIM #MalaysiaMadani


PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT DAN KELUARGA SEJAHTERA

Sabda Rasulullah SAW : “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.”

Setiap amanah dipikul dengan jujur akan melahirkan keluarga yang harmoni, masyarakat yang sejahtera, dan negara yang makmur.

#jakim
#pemimpinamanah
#jakimuntukummah


Adanya Kehidupan dan Kematian

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud :

Maksudnya : “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dialah Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).”

Doa Dimatikan Dalam Keadaan Husnul Khatimah

اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوْءِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah Kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.”

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Pengurusan Jenazah dalam Islam

“Sesungguhnya mematahkan tulang orang beriman yang telah mati seperti mematahkan tulang orang beriman yang masih hidup.”

📌 Tanggungjawab Kita:

1️⃣ Segera Menguruskan Jenazah : Pengurusan jenazah sunat dilakukan segera, merangkumi proses pemandian, solat, hingga ke pengkebumian.

2️⃣ Elakkan Penangguhan : Penangguhan yang menyebabkan perubahan pada tubuh jenazah menjadikan pengurusan tersebut wajib dipercepatkan.

3️⃣ Memuliakan Jenazah : Menyakiti jenazah adalah sama seperti menyakiti manusia hidup. Oleh itu, setiap proses harus dilakukan dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Islam mengajar kita untuk menjaga martabat manusia hingga ke akhir hayat mereka. Semoga kita sentiasa menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

📢 Sebarkan kesedaran ini kepada masyarakat.

#Jenazah #Islam #Tanggungjawab


Berpegang Pada Landasan Fitrah & Perwatakan Islam

Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.”

Islam mengajarkan jalan hidup yang lurus, bebas dari kesyirikan, dan sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam setiap tindakan.

Doa: Ditetapkan Islam

اللَّهُمَّ أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah syahadah), berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dalam kalangan orang-orang musyrik.” (Riwayat Ahmad 15360)

Jom amalkan membaca doa ini.


Kasih Sayang dan Hormat : Tuntutan Islam

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.” (Riwayat Imam Tirmizi: 1919)

Didiklah hati kita untuk menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang dewasa.

Jadikan nilai kasih dan hormat ini sebagai teras kehidupan kita, kerana ia membawa keberkatan dalam masyarakat.

#KasihSayang #HormatiYangTua #IslamRahmatanLilAlamin


DOA KETIKA HUJAN LEBAT

Hujan adalah rahmat, tetapi apabila terlalu lebat hingga mendatangkan mudarat, inilah doa yang diajarkan Rasulullah SAW untuk kita amalkan:

“Ya Allah! (Kami memohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke tempat-tempat tinggi, gunung-ganang, bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”

Ketika hujan turun, bacalah doa ini agar kita dilindungi dan diberikan keberkatan dalam setiap keadaan.

Jangan lupa kongsikan kepada yang lain!

#DoaKetikaHujan #RasulullahSAW #PerlindunganAllah #JAKIM #MalaysiaMadani

20 last posts shown.