JAKIM


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: Religion


Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
Religion
Statistics
Posts filter


Daulat Tuanku

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu pada 26 April 2025M bersamaan 27 Syawal 1446H.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dengan penuh keberkatan, dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dengan keadilan dan kasih sayang.

Sembah Takzim daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Satu hari sahaja lagi!

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1446H/2025 bakal membuka tirainya.

Orang ramai, khususnya rakyat Negeri Perlis, dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan MTHQK 2025 bermula 27 April hingga 2 Mei 2025 di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Mari bersama menyemarakkan syiar Islam, mendengar alunan Kalamullah dan menyaksikan kehebatan para qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik negara!

Jumpa anda di sana!

#MTHQK2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani


Muslim Sejati: Melindungi, Bukan Menyakiti

Mari kita renungi, adakah lidah dan tangan kita membawa rahmat, atau menyakiti orang lain? Muslim sejati bukan hanya pada nama, tetapi pada akhlak dan adab.

Jadilah pelindung, bukan pemusnah. Sebarkan kasih, bukan kebencian.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#jumaatsatuhadis


Jom Sertai Pertandingan Video Kreatif MADANI!

Anda berbakat dalam menghasilkan video kreatif? Jom tonjolkan kecintaan anda terhadap al-Quran melalui lensa kamera!

Pertandingan Video Kreatif MADANI kini dibuka! Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1446H/2025M, anda berpeluang menang hadiah wang tunai sehingga RM1,500!

🗓️Tarikh penyertaan: 10 - 30 April 2025
📌Kategori: Terbuka (17 tahun ke atas)
📌Penyertaan adalah PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyerlahkan kreativiti anda dan sebarkan mesej al-Quran kepada masyarakat!

Sertai Pertandingan Video Kreatif MADANI & Menangi Hadiah Lumayan!

Syarat pertandingan boleh rujuk di sini 👇
https://tinyurl.com/SyaratVideoKreatifMTHQK

#MTHQK2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani


Selamat Menyambut Hari Buku Sedunia

Mari terus suburkan budaya membaca, kerana masyarakat berilmu adalah asas negara yang MADANI.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.


KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENGUMUMAN PENARIKAN BALIK PRODUK MAKANAN YANG DIPERSIJILKAN HALAL DI INDONESIA


Dua nikmat besar yang selalu kita abaikan iaitu kesihatan & waktu lapang.

Selagi sihat, gunalah untuk berbakti. Selagi ada masa, isilah dengan perkara yang bermakna. Bila nikmat itu hilang, baru kita sedar betapa berharganya ia.

#satujumaatsatuhadis
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani


KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENYEBARAN KENYATAAN BERUNSUR KEBENCIAN DAN HASUTAN MELALUI MEDIA SOSIAL

18 April 2025 / 17 Syawal 1446H


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Hanya 10 hari lagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 1446H/2025!

#mthqk2025 #TilawahHafazan1446H #SyiarAlQuran #CintaAlQuran #MalaysiaMadani


“Pemergian Seorang Negarawan Berjiwa Rabbani”

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Ke-5 Malaysia, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 bersamaan 15 Syawal 1446H.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham dikenang sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat,tenang, merendah diri, dan menjunjung tinggi prinsip Islam dalam tadbir urus negara melalui gagasan Islam Hadhari.

Allahyarham diingati sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan”, dengan pelbagai dasar diperkenalkan untuk memantapkan modal insan di Malaysia.

Di bawah pentadbiran Allahyarham, ekosistem industri Halal Malaysia diperkukuhkan, menjadikan negara sebagai peneraju global dalam sektor ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.


LARANGAN MENYERUPAI AGAMA LAIN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”

Islam adalah agama yang suci, dan Rasulullah SAW telah memperingatkan kita agar tidak meniru amalan yang khusus bagi agama lain. Menjaga keaslian aqidah adalah tanda ketaatan dan kecintaan kita kepada Allah SWT.

Semoga kita sentiasa dipelihara daripada perbuatan yang menyeleweng, dikurniakan istiqamah dalam iman, dan tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia serta akhirat.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#akidah


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

HANTARAN BERBAUR SENTIMEN AGAMA DAN PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW OLEH DUA PEMILIK AKUAN MEDIA SOSIAL


JAKIM telah membuat laporan kepada polis dan aduan kepada SKMM berhubung isu penghinaan terhadap Islam, Nabi & Al-Quran yang sedang tular.


Peristiwa Nuzul Al-Quran

1. Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.

2. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.

3. Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun.

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Marilah kita menghayati Ibrah Peristiwa Nuzul Al-Quran dan perbanyakan membaca al-Quran.

#nuzululquran
#jakim
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#madanibekerja
#ramadankarem


Setiap detik di bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk meraih pahala dan keberkatan, jangan sia-siakan masa yang ada.

Ayuh! Jadikan Ramadan ini lebih bermakna.

#Ramadan #IndahkanRamadanBersamaJakim #RamadanPemacuUmmahMadani


HUKUM PENGGUNAAN INHALER KETIKA SIANG RAMADAN

🔴 Pandangan Pertama: Membatalkan puasa

Hukum menggunakan inhaler ketika siang Ramadan jika melibatkan serangan asma yang terlalu ringan dan tidak mencapai tahap darurat, maka pengambilan inhaler membatalkan puasa.

Hal ini selari dengan pandangan yang dipilih dalam buku Panduan Berpuasa bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

🟢 Pandangan Kedua: Tidak membatalkan puasa

Menurut ulama mutakhirin mazhab Syafi’i, jika dalam keadaan darurat seperti serangan asma yang berat atau kronik, maka pengambilan inhaler tidak membatalkan puasa.

Namun untuk langkah lebih berhati-hati dia boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan inhaler.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2024


ACARA MENARIK SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Jemputan istimewa buat anda sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri hari ini 10 Mac 2025 (Isnin) bermula jam 5.30 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Saksikan persembahan Nasyid oleh kumpulan legenda “Rabbani” manakala sesi tausiyah Khas akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang.

Ayuh, raikan keberkatan Ramadan dengan ilmu dan hiburan Islami dalam suasana penuh harmoni!

#BerbukaPuasa #MalaysiaMadani #Rabbani #Tausiyah #RamadanBerkat


🧕🏻Wanita adalah anugerah Allah yang penuh kelembutan, keteguhan dan kasih sayang.

Dalam Islam, wanita dimuliakan sebagai ibu yang mendidik generasi, isteri yang menenangkan hati dan hamba Allah yang teguh dalam iman.

Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

💐💐Marilah kita menghargai dan menyokong wanita dalam semua peranan mereka baik sebagai pemimpin, pendidik dan inspirasi kepada masyarakat.

Selamat Hari Wanita 2025!🌷


Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan pada 10 Mac 2025 (Isnin) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ikuti perkongsian bersama Encik Rosli bin Daud, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM menerusi slot “Assalamualaikum” pada 8 Mac 2025 (Sabtu) jam 10.00 pagi di TV AlHijrah.

20 last posts shown.