Mengapa lebih menghargai bila telah tiada?
Kerana yang bergelar memori itu tidak boleh di ulang semula,
Yang telah pergi,
Akan menjadi sebuah memori.
Mengapa membiarkan terluka semasa di sisi?
Kerana manusia sering melihat tanpa memahami,
Dan suka menunding jari sebelum merenung diri sendiri,
Sehingga tanpa sedar telah menoreh luka di hati insan yang menyayangi.
Lumrah--
Kita seringkali tersedar nilai dan harga sebuah kehadiran,
Setelah mereka pergi meninggalkan,
Kerana ketika itulah baru kita tahu bahawa kita dalam kesepian,
Tanpa mereka yang dulunya menjadi peneman.
Sebuah kehadiran terlihat biasa,
Namun hakikatnya ia membawa berjuta cerita,
Disebaliknya terkandung beraneka rasa,
Hanya yang pernah kehilangan akan tahu harganya.
Yang pergi akan kekal dalam memori,
Dan memori umpama bayang yang sering menghantui,
Tatkala kau dalam kegelapan nan sepi,
Disitulah kau akan temui sebuah nilai "menghargai",
Sementara mereka masih di sisi.
HARGA SEBUAH KEHADIRAN
21032018
WandaAlwani
T.me/penaberduri