💦Dakwah Itu Indah✨


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: not specified


Sampaikanlah walaupun satu ayat.

Related channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Statistics
Posts filter


Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

@pendakwahkecil


Kadang Allah jauhkan seseorang dari hidup kita sebab Allah nak lindungi kita dari orang yang salah. Jadi berhentilah mengejar dan terus berharap. Redha dan lepaskanlah.

Mungkin lepas ini Allah akan hadirkan seseorang yang jauh lebih baik untuk kita.

@pendakwahkecil


Kadang Tuhan sengaja biarkan kamu terluka, untuk sedarkan kamu dari terleka.

Akhirnya, apabila kamu kecewa, kamu akan mencari Tuhan semula. Dan kamu akan bergantung sepenuhnya kepada-Nya.

@pendakwahkecil


Kamu hamparkan cinta padanya, Sedangkan dia hampakan kamu.

Jadi, kamu perlu sedar, kamu bukan lagi orang penting, tetapi orang asing.

@pendakwahkecil


Kamu memang tidak boleh melupakan dia, yang kamu boleh lakukan adalah belajar untuk menerima, maka ketenangan akan mengejar kamu.

@pendakwahkecil


Bahagia itu sederhana. Sederhana dengan tidak menceritakan segala kisah keluarga kita kepada dunia.

Bahagia tidak perlukan pembuktian. Rasai, syukuri, dan simpan sendiri.

Barulah betul terasa nikmatnya kasih sayang yang nyata❤️

@pendakwahkecil


Tidak ada yang lebih indah daripada melihat diri sendiri bahagia dan kembali semangat pada hal-hal yang disukai, sembuh dari hal yang menyakitkan dan mampu untuk bahagia dan tersenyum tulus lagi.

@pendakwahkecil


"Hargai sebelum hilang, jaga sebelum tiada, perjuangkan sebelum pergi, kerana suatu yang disia-siakan akan dirindukan ketika hilang."

@pendakwahkecil


Jika kamu sedang bahagia dan teringat seseorang. Artinya kamu mencintai orang itu. Jika kamu bersedih teringat seseorang, artinya orang itu mencintaimu.

(Ali bin Abi Thalib)

@pendakwahkecil


Forgive yourself.
Again and again.

You'll make mistakes and you'll have bad days, but you have to be there for yourself and take care of yourself instead of hating yourself.

You are not perfect,
but you are trying.

@pendakwahkecil


Dalam banyak situasi kita tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan pun tentang diri kita.

Orang yang menyukai kita tidak perlukannya. Orang yang membenci kita tidak akan percaya.

@pendakwahkecil


If nak tengok someone yang dah hancur hatinya, bukan tengok time dia marah atau menangis ke.

But kau kena tengok waktu dia berdiam diri dan dia dah rasa tawar hati dengan semua benda yang terjadi di sekeliling dia.

Even orang sekeliling dia buat jahat, dia dah tak rasa apa & tak ambil kisah dah.

@pendakwahkecil


Telah tertulis di luh mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita. Dengan siapa kita kenal. dengan siapa kita berkawan. bila kita jumpa jodoh. Bila ajal kita tiba. Semuanya tertulis di luh mahfuz, jadi usah risau akan perjalanan hidupmu, kerana semuanya indah-indah belaka. Kita hanya merancang. tetapi, Allah S.W.T. sebaik baik perancang.

@pendakwahkecil


Hiding pain is not easy. Nak bangun lepas dah jatuh. Nak motivate diri balik lepas down, memang susah. But it's okay. Slow slow kuatkan diri balik. Take your time, trust yourself and everything gonna be okay.

@pendakwahkecil


Setiap orang ada ujian dan bahagian masing-masing berhadapan kesusahan dalam kehidupan. Apa pun berlaku, jangan pernah berputus asa. Allah sentiasa bersama kita❤️

@pendakwahkecil


Sentiasalah hidup dalam kegembiraan walaupun kita pernah melalui saat kesedihan pada masa lalu.

Jadikanlah setiap hari hidup kita dipenuhi dengan waktu yang membuatkan suatu hari nanti kita akan mengenangkannya iaitu bahagianya kita pada masa ini daripada masa lalu yang penuh dengan tangisan.

@pendakwahkecil


Kadangkala langit terlihat mendung, namun tidak bermakna selamanya awan membiarkan matahari berselindung.

Begitulah kehidupan.

Kadang ujian itu menyakitkan; juga melelahkan, namun tidak bermakna selamanya kita akan hidup dalam kesedihan.

Tersenyumlah, kerna...

Kerna kita tahu matahari itu tetap ada, walau ia hilang dari pandangan buat seketika. Begitu juga lah dengan bahagia. Ianya ada, walau terlepas dari genggaman buat seketika.

@pendakwahkecil


Setiap dari kita berbeza, maka pandangan masing-masing pun tak akan sama

Jadi tak perlu terlalu fokus dengan apa yang orang kata tentang diri kita. Mereka hanya melihat, namun tidak mengambil berat 🥀

@pendakwahkecil


Berbanggalah dengan diri yang berani ambil langkah untuk berhijrah

Buang rasa malu dengan penampilan & perwatakan baru kita

Islam bukan letak pada nama dan ic je, tapi akhlak juga ☺️

@pendakwahkecil


Menerima kehilangan dan merelakan segala kenangan adalah ubat terbaik bagi hati kamu . Jangan terus mendera hatimu dengan kesedihan . Kamu tak perlu meratapi sesuatu yang tidak tercipta untukmu . Yang tercipta untukmu itu tidak akan membiarkan kamu hancur sebegitu rupa . Kerana itu , ikhlaskan segala yang telah berlalu dan kamu akan temui kekuatan yang kamu mahu .

@pendakwahkecil

20 last posts shown.

451

subscribers
Channel statistics