☆ Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1446H ☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad (saw) ialah Rasulullah.." [Surah al-Fatḥ 29]
#Imam Ibn ‘Asakir menyebut di dalam kitabnya daripada riwayat Sayidina Ibnu Abbas r.a bahawa:
لما ولد النبي صلى الله عليه وسلم عق عنه عبد المطلب بكبش وسماه محمدا فقيل له يا أبا الحارث ما حملك على أن تسميه محمدا ولم تسمه باسم آبائه قال أردت أن يحمده الله عز وجل في السماء ويحمده الناس في الأرض
"Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: "Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?" Jawabnya: "Aku ingin agar Allah swt memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq)
#Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan daripada Imam al-Baihaqi bahawa:
أَنَّ عَبْدَ الْمُطَّلِبِ لَمَّا وُلِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمِلَ لَهُ مَأْدُبَةً فَلَمَّا أَكَلُوا سَأَلُوا ماسميته قَالَ مُحَمَّدًا قَالُوا فَمَا رَغِبْتَ بِهِ عَنْ أَسْمَاءِ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ أَرَدْتُ أَنْ يَحْمَدَهُ اللَّهُ فِي السَّمَاءِ وَخَلْقُهُ فِي الْأَرْضِ
"Apabila Nabi saw dilahirkan (ke dunia), Abdul Muttalib telah mengadakan jamuan untuknya. Ketika sedang makan, para hadirin telah bertanya kepadanya: "Apakah yang telah engkau namakannya?" Jawabnya: "Muhammad". Mereka bertanya lagi: "Apakah yang menghalang engkau daripada menamakannya dengan nama-nama ahli keluarganya?" Jawabnya: "Aku ingin (berhasrat) agar Allah swt memujinya di langit dan juga menusia memujinya di bumi" (Lihat: Fathul Bari)
#Sesungguhnya Allah swt telah menyebut di dalam al-Quran dua nama daripada nama-nama Nabi saw iaitu Ahmad dan Muhammad. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini. (Lihat: Fathul Bari)
#Imam as-Suyuti turut menyatakan bahawa Muhammad adalah merupakan nama baginda yang paling masyhur.
#Kata Imam as-Suyuti: "Kedua nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad termasuk salah satu tanda kebesaran Allah swt dan keistimewaan bagi baginda. Allah swt telah menjaga kedua nama tersebut daripada digunakan oleh seorang pun sebelum zamannya (kelahiran baginda). Sebelum baginda lahir, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad. Oleh itu, sebahagian kecil bangsa Arab telah menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut dengan harapan merekalah orang yang dimaksudkan. Dan Allah swt Maha Mengetahui kepada siapa yang akan diberikan risalahNya" (Lihat: al-Nahjah al-Sawiyyah fi al-Asma’ al-Nabawiyyah)
♡ Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat Allah swt dan syafaat daripada baginda Rasulullah saw di mahsyar kelak. Aamiiin ♡
🐊Ust naim
@quotephotovideo 📚📚📚