☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āali-ʿImrān 200]
#Allah swt memerintahkan kepada orang beriman agar sentiasa bersabar dalam mentaatiNya. Sabar dalam taat kepada perintah yang Allah swt perintahkan melalui kalam NabiNya. Ini memahamkan kita bahawa untuk taat kepada arahan Allah pun memerlukan kesabaran. Ia tidak mudah, terutama sekali kepada orang yang berasal dari kalangan Ahli Kitab.
#Dalam ayat ini dua kali Allah swt ulang perkataan agar kita bersabar. Ini adalah suruhan untuk bersabar dalam melawan golongan kuffar. Umat Islam mesti lebih sabar daripada orang kafir dalam kesabaran. Mereka yang kafir berusaha dengan penuh sabar untuk jatuhkan Islam. Maka kita orang Islam kena lebih lagi sabar daripada mereka dalam menyebarkan Islam dan menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Kita kena bertahan lebih lama dari mereka, lebih kuat dari mereka. Usaha kita kena lebih. Jangan kita kalah dengan mereka.
#Allah swt perintahkan bahawa kita kena sentiasa bersedia untuk berperang dengan musuh Allah. Hendaklah sentiasa berada di perbatasan untuk meneruskan perjuangan. Jangan kita asyik duduk dan berehat sahaja dalam menegakkan agama Allah. Ini kerana sebagai pejuang Islam, bila-bila masa sahaja boleh dipanggil untuk menegakkan jihad. Allah menyebut رَابِطُوا dari kata ر ب ط yang bermaksud ‘ikat’. Di zaman dahulu, perkataan ini digunakan kepada kuda yang diikat, yang sudah bersedia untuk berperang. Maka kita kena sentiasa bersedia untuk Islam. Inilah sifat orang beriman, bukan hanya beribadah, tetapi juga terlibat dengan jihad.
#Seorang sahabat, Sayidina Abdullah ibn Mas’ud r.a pernah menegur beberapa ahli ibadah dari Kufah yang menyisihkan diri dari masyarakat, namun meninggalkan amar makruf dan nahi munkar. Katanya:
لَوْ أَنَّ النَّاسَ فَعَلُوا مِثْلَ مَا فَعَلْتُمْ ، فَمَنْ كَانَ يُقَاتِلُ الْعَدُوَّ ؟ وَمَا أَنَا بِبَارِحٍ حَتَّى تَرْجِعُوا
"Andai semua melakukan seperti yang kalian lakukan (hanya sibuk beribadah), siapa yang akan berjuang melawan musuh Islam? Aku tidak akan berganjak selagi kamu tidak pulang (kembali menyumbang untuk Islam)" (Ibn al-Mubarak, Kitab al-Zuhud)
#Dipenghujung ayat, Allah swt perintahkan kita semua untuk bertaqwa. Taqwa banyak disebut dalam al-Quran kerana ia adalah perkara yang tersangat penting. Ini kerana orang yang benar-benar bertaqwa sahaja yang boleh lakukan segala yang diperintah oleh Allah swt.
#Dengan beriman, bersabar, sentiasa bersedia untuk jihad dan menjadi insan bertaqwa maka mudah-mudahan kita berjaya di akhirat kelak. Perkataan تُفۡلِحُونَ ‘kejayaan’ ianya merujuk kepada kejayaan yang khusus di akhirat. Ini kerana ada kejayaan di dunia dan ada kejayaan di akhirat. Yang paling kita kehendaki adalah kejayaan di akhirat kelak iaitu kejayaan yang hakiki yang kekal selamanya.
♡ Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang diredhaiNya dan beroleh syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin ♡
🐊Ust naim
@quotephotovideo 📚📚📚