Hari ini, scan petang.
2.15pm.
Pesakit pertama tiba.
Yang datang repeat scan sebab nak tengok kedudukan uri (sebelum itu scan uri di bawah)
Bila letak probe scan, benda pertama yang aku nak lihat adalah placenta (uri) of course.
Nak jadi cerita, aku baru je letak probe dua saat,
"Doktor, nampak tak jantina anak saya?"
Nota kaki : tak salah pun tanya jantina
Aku layan je. Sebab ini memang soalan biasa, antara soalan pertama bila aku scan.
Walaupun sebenarnya si ibu yang kami repeat scan itu kadang-kadang ada banyak isu lain yang lebih membimbangkan, contohnya baby terlebih kecil atau terlebih besar, uri di bawah, air ketuban kurang atau lebih, kedudukan tidak cephalic dan sebagainya.
Tapi biasanya debaran aku nak repeat scan tu (especially untuk reassess lie baby yang tak stable. So selalunya sebelum letak probe tu aku jampi sikit bagi jadi cephalic) termati begitu sahaja bila pesakit belum apa-apa dah tanya, jantina anak saya apa doktor?
Macam itulah pesakit aku hari ini.. tak sempat apa-apa dah push tanya jantina. Uri tu dia tanya last sekali.
Oklah.
Pesakit kedua.
Mengandung anak pertama, tak ada masalah mengandung. Datang untuk routine scan (scan berkala, bukan sebab bermasalah)
Nak dijadikan cerita,
Aku letak je probe scan, gerak-gerak sikit, tup tiba-tiba ternampak dah jantina. Baby ni advance sangat nak tunjuk kat aku agaknya.
Lalu aku pun bagitahu ibu..
"Puan, kita nampak, kita jangka anak ini kemungkinan lelaki eh"
Sambil aku tunjuk ke skrin gambar bayinya.
Muka dia stone, tak ada perasaan.
Gembira tidak, sedih pun tidak.
Tapi macam susah hati pun ada.
Dia kemudian tanya.. "doktor, anak saya okay ke? Perkembangan dia.. sihat dak"
Dengan wajah resah.
Dia langsung tak ambik port anak lelaki ke perempuan..
Itu adalah anak pertamanya dan dia telah menunggu lama. Usia dia dah pertengahan 30-an.
So no wonder dia lebih risaukan kesihatan anaknya berbanding lelaki atau perempuankah dia.
Sebab dia lebih takut kehilangan nyawa, maka yang lain-lain itu adalah kecil baginya..
Hidup ini,
Kita sendiri boleh pilih nak pandang dari sudut mana.
Dan cara pandang kita lah akhirnya akan membentuk kita ini bagaimana.
Ia boleh jadi membina, atau membunuh kita.
Maka jangan hairan,
Ramai kanak-kanak yang berusia muda, namun memiliki jiwa dewasa,
Namun ramai pula yang dewasa, masih bergelumang dalam jiwa kanak-kanaknya.
Dan, bagi yang pernah ditarbiyyah,
Setiap dari kita sudahpun dewasa.
Bukan lagi kanak-kanak seperti dulu kala.
Maka cita-cita kita juga harus berbeza.
We choose what we do..
Dan setiap dari pilihan hidup kita akhirnya akan ditanya semula Allah di sana.
"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanyai”. QS. Al Anbiya’: 23.
@rentetanperjalanan