?RomanaPicisan?


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


"Kami bukan cari publisiti,
kami cuma mahu kongsi puisi"
Founder - @themckp/@amoirara_
Admin - @qalbDOTme
Official insta RP - @romana_picisan
Keep #RomanaPicisan

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Salam jumaat 🍃

@themckp
Telegram.me/RomanaPicisan


Aku bukan mahu cari publisiti,
Aku cuma mahu kongsi puisi,

Yang baik kau simpan dalam,
Yang buruk kau hadam diam,

👉🏻 Puisi 📄
👉🏻 Quote 🗒
👉🏻 Kata Semangat 💌
👉🏻 Hasil Shoot 📸📹
👉🏻 Semua Tentang Kebaikan & Dorongan, In sha Allah 🌸🍃🍁

Jom lepaskan karya kalian dalam channel aku yang serba picisan. Aku alukan kedatangan kalian. 🤝🏻

Channel by Makcik Kantin Pretty 🎀
Telegram.me/RomanaPicisan

Jemput share dan invite kawan kalian! 💖


Sekelip mata, kau lenyap bagai magis.

@themckp
Telegram.me/RomanaPicisan


Semoga pengajaran semalam mengajar aku untuk menjadi manusia pemaaf, memaafkan segala salah silap dan kecewa yang manusia lontarkan ke atas aku.

Hari ini mungkin aku lemah, esok aku yakin aku pasti kan bangun menikmati separuh dari hembusan nafas aku.

Aku masih punya kekuatan, walau separanya sudah direnggut dan dimusnahkan.

Kredit video melodydalampuisi.

@themckp


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


So gais, rajin rajin lah promote channel ni kat kawan kawan korang. Channel broken heart 😂 janganlah kedekut korang, ajaklah kawan korang yg broken heart tu join, mana tau dia boleh move on lepas baca puisi mck kahkahkah 😂

Thanks ya gais masih wujud dalam ni walau mck dah slow mengarang ayat broken heart 😂 nak share karya, nak promote, nak share hasil shoot korang ke apa ke, boleh pm mck terus kat @AryOsmiah. Jom move on 😁


Aku sudah belajar caranya untuk menutup hati dan tidak menerima cinta lagi 😊

@themckp
Telegram.me/RomanaPicisan


Kebarangkalian bisikan hati itu kadang menipu,
Kadang jujur.

Sering terdetik mengatakan hal yang
"Aku sering dicari bila bosan"
"Bila diperlukan"

Lagak seperti tunggul.
Dicari mahu bina unggun,
Diterajang, dipijak tiada berguna terkadangnya.

Aku seolah tidak pernah wujud langsungnya,
Dalam kamus hati mu,
Malah pancainderamu.

Bermacam cara untuk menyata rasa rindu ku padamu,
Tetapi, aku hampa dengan apa aku usaha,
Tiada berbalas,
Tiada tanda-tanda ingin membalas.

Tidak mengapa,
Sifat "tunggul" ku masih kurang.

Suatu hari nanti,
Jangan dicari "tunggul" ini bila hidupmu dirudung susah,
Jangan ditanya khabar orang yang berduka.

Aku memilih menjadi "tunggul sejati"
Pada masa itu aku pekak untuk mendengar kata-kata cinta darimu,
Aku buta untuk melihat rupa parasmu,
Aku juga bisu untuk menyatakan sayangnya aku padamu.

Terimalah warkah seorang "tunggul",
Di HATIMU. 🙁

@Miruls
Telegram.me/RomanaPicisan
#RomanaPicisan


Semoga kecewa berlalu pergi 💔

@zalikhamedina


Maka nikmat Tuhan yg mana hendak kau dustakan.

@zalikhamedina


By @blxck_rose 👍






Yang menunggu pasti akan pergi 😌

@themckp


Masa manja datang,
aku lah dicari.

masa manja itu hilang,
aku dibuang sepi.

tidak mengapa,
aku alah biasa.

sedih itu tiba,
aku buat tak tahu saja.

moga gembira jelma,
aku lah manusia gembira.

tidak mengapa,
sabar aku masih ada.

@Miruls

Telegram.me/RomanaPicisan
#RomanaPicisan


Selain quote cinta, boleh jugak dibuat pickupline 😂😂 macam2 lah hangpa 😂

By isyasaiful 😂


🌸🌸🌸


Kau tak ingin tahu aku bagaimana.

@themckp
Telegram.me/RomanaPicisan


Amirul Naim:
assalamualaikum.

manusia,
pernah sahaja dahi itu tersungkur,
menangis tiada henti di tikar agung,
meluhurkan hati kepada tuhan suci,
meluahkan isi-isi tersirat,

manusia,
tuhan itu dengar apa yang kau pinta...
kenapa dan kenapa
manusia melupakan dia?

lumrah manusia itu,
kembali dia kepada fitrah,
cepat lambat seminit sesaat,
bukan bidang tangan mahu menuding...
hidayah milik tuhan,
dia berhak sesiapa yang dia izinkan.

kepada mereka yang ingin mengaut tangan ini ke jalan lurus,
hikmahlah mulutmu jangan janji neraka,
kelak risau kaget cuak..

tangan-tangan itu berlalu pergi laju pekak semuanya....

By @Miruls

Telegram.me/RomanaPicisan
#RomanaPicisan


Apa2 puisi hangpa buat hangpa tag ja kat ig mck. Kalau nak send utk channel, pm @AryOsmiah.

Ig mck - @themckp
Ig RP - @romanapicisan

20 last posts shown.

940

subscribers
Channel statistics