Terkadang rasa diri ini,
Hanya dipergunakan.
Dek kerana,telah terang lagi bersuluh perbuatanmu yang dipaparkan menyebabkan akal berfikir.
Tatkala,dikau diselubungi kebahagiaan.
Indahnya pancaran wajahmu membuatkan ku gembira.
Namun,kegembiraanku tidak dibenarkan menyertai kehidupanmu.
Mungkin,
Kerana ketidaksempurnaan nasibku.
Bicaraku hanya sebuah sampah yang jijik.
Tatkala,
Nasibku dalam keadaan resah.
Aku dipinggirkan olehmu.
Setiap pertemuan kita,
Riak wajahmu pasti berubah lesu kerana terlalu risau andai aku ingin menumpang teduh juga.
Namun,
Aku hairan..
Tatkala dikau diselubungi petaka.
Pasti aku yang terkial kial yang dicari.
Terfikir juga,
Di mana teman teman ketawamu itu?
Mengapa aku yang bersendirian sepi yang baru sahaja dibuang mentah mentah ini yang di cari?
Terasa?
Ya,aku juga insan yang lemah,hanya mampu memendam rasa.
Biarlah karya yang berbicara,supaya tiada yang terasa.
Jiwa ku selalu berbisik supaya kental sentiasa.
Tajdidkan niat selalu untuk memberikan manfaat kepada semua kerana Allah.Pasti keikhlasan akan menyusul
Balaslah kejahatan dengan kebaikan
Jagalah hubungan ukhuwah ini,walau manusia memusuhi kita.
Bukankah itu yang islam ajarkan?
Usah resah lagi wahai hati,
Andai bukan si dia yang membantumu.
Pasti Allah sampaikan orang lain untuk membantumu.
Manusia itu datang dan pergi.
Luahan Sanubari yang terluka.
NoteToMyself📚
http://t.me/secebisInspirasi