[ Melati ]
kalau nak tau , Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah . sebut sahaja Melati , rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati .
menurut senior-senior yang terdahulu , Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri . tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun . bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri . tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut .
selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam . dulu , pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C . tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali , semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D , E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C .
lepas tu , setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama . menurut mereka , ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas . setelah diperiksa berulang kali , mereka tidak menemui seorang perempuan pun . so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin . ( ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu )
ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil .
kreeek . ‘dia’ bermain almari .
— tamat —
“ @seramasrama