PemburuTarbiah🌸


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


"Tarbiyah penting kerana ia menyucikan jiwa daripada kotoran dosa."
@sipemburutarbiah

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Nak berjaya, jangan putus asa !

Kalau Kita lihat tokoh-tokoh sahabat terdahulu, mereka pada mulanya turut mengalami kegagalan. Tapi mereka tak pernah putus asa dan akhirnya mereka mencapai kejayaan juga. Allah takkan biarkan kita gagal selamanya. Allah cuma nak tengok kita punya usaha dan doa .

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud  “Jangan kamu berputus asa dalam mencari nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Don't give up !
It's a beginning, not the ending.

🌸✨

@sipemburutarbiah


Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Boleh ajak kawan-kawan join sekali channel ni. Lagi ramai join, lagi ramai umat islam dapat ilmu ❤️


Terima kasih kerana telah memilih channel pemburutarbiah🌸.
InshaAllah saya akan banyak buat perkongsian dalam channel ni berbanding di whatsapp.


المثابرة في سبيل النجاح أجمل من اللذة في سبيل الحياة.


Kecekalan demi sebuah kejayaan lebih indah daripada keseronokan demi sebuah kehidupan🍃

t.me/sipemburutarbiah


Allah doesn't bookmark your failure, He celebrate your attempts.

Don't give up❤️!

t.me/sipemburutarbiah


Buat kaum Hawa,

Jangan risau jika diri kamu tidak boleh laksanakan amalan pada bulan ini.
Sekurang-kurangnya kamu masih ada lidah untuk bermunajat dan masih ada hati untuk mengingati Allah❤️

t.me/sipemburutarbiah


REJAB BULAN ALLAH

Rasulullah SAW bersabda,

"Rejab adalah bulan Allah, Syaban adalah bulanku, dan Ramadan adalah bulan umatku."

Allah memberi kita12 bulan dalam setahun, 11 daripadanya adalah kepunyaan kita dan satu daripadanya adalah milik Allah.

Ganjaran apa yang bakal diberikan kepada para hamba-Nya dalam bulan ini, tiada sesiapapun yang tahu, tidak bahkan Rasulullah SAW.

Pekerjaan para nabi dan para malaikat terhenti dalam bulan Rejab.

Mereka tidak diizinkan untuk mengetahui ganjaran apa yang akan diberikan kepada umat-Nya.

Ia berada dalam genggaman Allah, Maha Besar.

Dalam bulan yang berikutnya, Syaban, tiada sesiapapun yang diizinkan mengetahui ganjaran apa yang Rasulullah akan berikan kepada umat baginda kecuali Rasulullah dan Allah.

Ganjaran yang dikumpulkan dalam bulan Rejab dan Syaban akan ditulis untukmu dan diketahui oleh semua orang dalam bulan Ramadan. Itu sebabnya ia adalah bulan Umat.

Tiga bulan ini, kerana itu, bulan yang sangat penting dalam pemahaman tariqat-tariqat sufi.

[Shaykh Hisham Kabbani]

t.me/sipemburutarbiah




اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab & Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

🌸✨

t.me/sipemburutarbiah


Habib Najmuddin bin Othman al Khered ada menyatakan bahawa :

Bulan Rejab adalah bulan istighfar, bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan al Quran.

🌸✨

t.me/wrotebyciktarbiyah


Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam.

Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [Al-Bukhari (4054)]

Kata Abu Bakar al-Warraq:
 
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]
 
Hanya 60 hari sahaja lagi untuk kita bertemu bulan mulia Ramadan.

Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama untuk mempertingkatkan amalan kebajikan & kebaikan kita, lebih² lagi perbanyakkan bersedekah.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. 🤲🏼

@quotephotovideo 🕸🕸🕸
t.me/sipemburutarbiah




Video is unavailable for watching
Show in Telegram


Air mata ibu takkan mampu dibayar dengan harta.
Keringat ibu takkan mampu dibayar walau sejuta ringgit.

t.me/sipemburutarbiah


Sungguh menakjubkan saat seseorang mampu meninggalkan hal dunia demi mengejar hal akhiratnya. Solatlah walau sesibuk mana pun kamu. Kerana siapa yg solat pasti Allah akan memudahkan urusan kamu🌸✨

t.me/sipemburutarbiah


Kalau orang baik dengan kita, janganlah kita layan dia endah tak endah saja. Walaupun bagi kita itu normal, tapi tidak pada mereka. Mungkin saja hati mereka akan terasa dengan layanan kamu.

t.me/sipemburutarbiah


Dakwah ialah sunnah.🌸

Jadi, tiada istilah '' aku tak nak share quotes dia ni. Apa je yang aku dapat? Aku post tapi dia yang dapat nama''

Please buang firasat tu!
Jangan disebabkan nak lindungi kepentingan diri awak sorang je, dakwah yang orang lain sebarkan tu awak tak pandang langsung, Awak anggap tak penting untuk awak baca bahkan untuk tukaq awak repost walaupun dakwah tu sangat bermanfaat. Awak nak quotes awak je yang naik, awak nak posting awak je bagus. No, semua posting dakwah adalah bagus.

Kita berdakwah ni bukannya sorang-sorang. Ramai. Jadi apa salahnya kalau kita bersatu kan? Barulah dakwah ni jadi indah. Ini tidak, pendakwah sesama pendakwah saling bermasam muka, nak berlawan nama siapa lagi dikenali. Jangan ya, buang semua tu. Syaitan tak mampu nak hasut pendakwah macam kita ni untuk buka aurat, tapi jangan sampai syaitan berjaya hasut kita dengan rasa kedengkian dengan manusia

Jadi, sama-samalah kita support each other. Support Sahabat Dakwah yg ada sekarang. Kita baik, ramai sayang🥰✨

Jika bermanfaat, silakan share untuk renungan dan ingatan kepada semua agar diri tidak mudah lupa ❤️

t.me/sipemburutarbiah


"Cukuplah Allah yang memeliharaku dan sebaik-baik wakil, sebaik-baik pemberi pertolongan..
.
“Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."..
.
Biasakan mulut kita baca ayat ini, ayat ni cukup istimewa, hati akan jadi tenang. Luka hati akan jadi sembuh segera. Senang nak move on dalam hidup. Bila kita letak Allah no 1, semu benda akan jadi senang..
.
Hati kena tenang, tak guna kaya, cantik, popular, tapi hati tak tenang. Bila hati tak tenang kau tak akan bahagia, jadi pastikan hati tenang baru solat khusyuk, emosi terpelihara. Inshaallah moga dapat membantu kita semua, sebarkan bersama, moga ramai mendapat manfaat nya..


📌📌📌


-Sumberilmu
t.me/wrotebyciktarbiyah


Salam Zohor ❤️

20 last posts shown.

401

subscribers
Channel statistics