SiulanJiwa✨


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


@siulanjiwa
Tujuan hidup bukan untuk bermewah,
Tapi tuk abdikan diri pada Allah,
Jadi mari berdakwah dalam bentuk ukhuwah,
Moga terhajat tuk satukan ummah.
@Iskandar_SJ

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Kita sebenarnya tak boleh paksa orang untuk kekal bersama kita, mungkin kita mampu mempertahankan hubungan kita, tetapi jika dia buat keputusan untuk pergi dari hidup kita, kita tak mampu untuk menghalang. 🥀

Mungkin malam ini bulan tidak menonjolkan diri, tapi bintang masih menyinari dan mengindahkan setiap malam. 💫

@siulanjiwa


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Mudah - mudahan kita sempat melihat Air Mata Kegembiraan Mereka sewaktu kita berjaya nanti

Semoga bermanfaat ☺️☺️

@siulanjiwa


Saya tahu awak dalam kesedihan yang tak terungkap dek kata², jadi saya harapkan awak akan disinari kebahagiaan yang tak terucap.

Saya tahu awak sedang mengejar cita² untuk menikmati hari yang lebih indah dari hari ini, jadi saya harapkan awak dapat menggapai cita² awak tersebut.

Akhir sekali, saya harap awak tak terlupa untuk berbahgia kerana awak layak untuk merasa kebahagiaan. 🌺

@siulanjiwa


Ketika kau telah menghancurkan hati seseorang, tapi dia masih berbicara kepadamu dengan penuh kelembutan, dengan terhias senyuman dan tetap melayanmu dengan penuh kebaikan. Sungguh orang yang kau hancurkan hatinya itu, adalah orang yang benar² tulus menyayangi dan mencintaimu.✨

💫Hargailah setiap detik yang diluangkan bersama, sebelum ia hilang buat selama-lamanya. 🥀

@siulanjiwa


Allahurabbi.

Bila dengki dengan Kelebihan dan Rezeki orang lain, sebenarnya kita telah zalim pada diri sendiri.

Kenapa pula?
Sebabnya bila kita dengki,
kita telah menyakiti hati kita sendiri.
Kiranya, zalim la tu kan?

@siulanjiwa


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Jom kita amalkan 8 tips ini untuk kekal istiqamah dalam HIJRAH ☺️🤗😊


@siulanjiwa


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Jom jadikan selawat sebagai rutin kehidupan seharian kita.
Moga , kelak kita mendapat syafaat Baginda Rasullullah S.A.W

@siulanjiwa


Orang yang pernah rasa betapa peritnya ditinggalkan, biasanya akan berhati-hati memilih dan lebih menghargai setiap yang datang.🌙

Kalau dia dah memilih kau, jangan ulang lagi apa yang dia pernah rasa dulu. Mungkin kau tak faham sebab kau tak pernah mencintai dan rasa bagaimana ditinggalkan.🌑

Bukan mudah untuk dia menerima seseorang selepas dikecewakan. Sayangi dan hargailah. Kerna dia juga layak merasai kebahagiaan.💫

🌈Buat Sahabat dan Kekasih.

@siulanjiwa


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
Ehsan
.
Kita melakukan Ibadah seolah - olah kita melihat Allah.
.
Dan ketahuilah Dia juga sentiasa melihat kita.
.
Semoga amalan Ibadah kita di terimaNya ...


Mendongaklah ke langit dan lihat sinarannya. Cahayanya kadang terang, kadang kelam bukan? Tapi tak pernah hilang walau tika malam menjelang, tetap ada cahya bulan dan bintang yang menyinari⭐️.

Ya sinarnya tak pernah hilang di waktu siang mahupun malam. Bahkan, waktu malam lah ia lebih menyerlah.

Begitulah dunia. Disaat kau berasa betapa gelapnya isi dunia, pasti ada sisi terangnya iaitu harapan. Disaat kamu dalam kesukaran kemudiannya pasti datang pertolongan.

Rahmat-Nya terlalu luas bagi mereka yang melihat dengan mata hati💫.

@siulanjiwa


💫Bagi orang yang sedang menyayangi sahabat atau kekasihnya, pasti ia sering tertanya, bilakah dia akan menghargai kita?

Jawapannya mudah.

"Bila dia sudah rasa betapa peritnya sebuah kehilangan."🥀

@siulanjiwa


Bila aku kata aku cuba kuat.
Hakikatnya aku masih tidak mampu berdiri.

Bila aku kata aku okay.
Hakikatnya aku sedang dihimpit rasa pilu yang menyakitkan.

Kau mungkin nampak aku senyum.
Kau mungkin nampak aku ketawa.

Tapi di sebalik senyum dan tawa itu lah satu tempat untuk aku menghilangkan rasa sedih yang melanda diri ku.

Tuhan.
Ku tahu kau adalah pemilik hati,
Janganlah engkau biar ia dilukai,
Semoga ia tidak tersungkur mati,
Terhadap ujian yang ia bakal tempuhi.

Siapa yang boleh sangka,
Orang yang selalu ketawa.
Yang selalu tersenyum itu orang yang tak pernah rasa bahgia.

Semoga diri dikunjung rasa bahgia.

@siulanjiwa


Jadikan cita-cita itu sebagai kekuatan , bukannya sebagai kelemahan. Belajar rajin-rajin , banggakan parents. Semoga berjaya dunia akhirat dan diberkatiNya😉

@siulanjiwa


Sabar dan teruskan berjuang. Percayalah selepas kamu merasai kepahitan usaha, kamu akan merasai manisnya kejayaan kamu☺️

@siulanjiwa


"Dunia ni bukan rosak disebabkan oleh orang jahat, tapi disebabkan orang baik yang berdiam diri melihat kejahatan"

Petikan buku : CHECKLIST Muslimah - Zahirah Zamree

@siulanjiwa


Kenapa perlu mengejar dunia ini,
Sedangkan akhirat sedang menanti.
Kenapa perlu mengejar cinta manusia,
Sedangkan cinta illahi itu lebih mulia.

Apabila kau lebih mengejar dunia,
Percayalah akhirat sedang menjauhi mu,
Apabila kau mengejar akhirat, percayalah dunia pula yang akan mengejar mu.

Hidayah perlu dicari,
Istiqomah perlu diterusi
Amalan mulia perlu dituruti,
Keburukan perlu dihindari.

Ikhlas dari hati,
untuk mu sentiasa disisi,
moga diberkati,
hidup kamu pada hari ini.☺️

@siulanjiwa


" Ilmu yang diwariskan, amal jariah yang dikerjakan dan anak soleh/solehah (yang sentiasa mendoakan) seumpama sahur pada jenazah. Alam kubur pula umpama puasa dari nikmat duniawi. Apakah berbuka nanti, Syurga yang lazat atau Neraka yang laknat?"

@siulanjiwa


Kala diri dihimpit pilu,
Kenangan tiba datang bertamu.
Kala diri diusik duka,
Wajahmu pantas datang menjelma.
Kala hati rasa tersakiti,
Di bibir namamu meniti.
Kala rindu mengusik jiwa,
Lidahku kelu tiada bicara... 😔

Stay strong..😘💪🏻

@siulanjiwa


Forward from: akakpuisi🌸
🎭 ;

kadang,
waktu kita sedang punya masalah,
orang lain datang meluah masalah mereka pula,
dengan kekuatan dan ketabahan yang ada,
kita sudi mendengar dan menasihati orang,
sedangkan diri sendiri dalam keadaan huru-hara,
tapi masih lagi tenang untuk memberi semangat pada orang.

sedaya upaya menyembunyikan perasaan,
hingga bisa memberikan kekuatan pada orang,
tiada yang tahu akan perasaan duka,
yang tahu hanyalah ceria,
namun ceria-ceria diluar ,
tetapi tidak sama dengan luka-luka di dalam,
persembunyian perasaan itu lebih diutamakan,
berbanding diceritakan.

kamu kuat, kan?!
☺️✨
@akakpuisi



20 last posts shown.

22

subscribers
Channel statistics