TACENDA


Channel's geo and language: Malaysia, Malay
Category: not specified


Things better left unsaid.
Anggaplah ini diari, tulus dari hati menceritakan tentang dunia.
Need someone who can lending their ears for you? Just hit me up @nrtlnsfa

Related channels  |  Similar channels

Channel's geo and language
Malaysia, Malay
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Sebegitulah aku mencintainya, dan aku harap kau faham kenapa ku memilih jalan ini dalam membuktikan cinta.

'Cinta tak harus memiliki'

-nrtlnsfa


Jika ditanya 'adakah kau berharap dia kembali?'

Kan ku balas dengan 'aku tidak mengharap dia kembali, malah aku lebih bahagia jika dia memilih untuk terbang tinggi, tapi aku tidak pernah menghalang sekiranya dia mahu bersandar kembali disaat sayapnya terlalu luka untuk terbang lagi. Aku akan ada untuk ubati.'

-nrtlnsfa


Sekiranya ada yang bertanya 'jika diundur masa, adakah kau berharap untuk tidak mengenalinya?'

Dengan senang aku menjawab 'tidak, aku masih mahu mengenalinya. Kerana dengan dia, aku temukan diri aku harini.Jadi, tak mungkin aku menyesal mengenalinya, kerana dia telah ajarkan aku erti sebuah dunia dan dewasa'

-nrtlnsfa


Ada yang bertanya, 'kenapa tidak bersatu semula? sedangkan kau masih mengaguminya'.

Dengan tenang ku menjawab 'nanti suatu saat, saat kau berjumpa dengan cinta kau yang sesungguhnya, kau akan faham kenapa berpisah adalah jalan terbaik untuk membuktikan cinta'.

-nrtlnsfa


Singkat cerita, dia tak layak dihukum atas segala apa yang dia lakukan. Walaupun pahit untuk ditelan, tapi dia dan kita itu sama. Kedua-dua nya baru pertama kali diberikan nafas untuk hidup. Perkara yang dilakukan salah tetap salah, tapi siapalah kita untuk menghukum? Kita juga punya cerita hitam tersendiri, tinggal kita punya dijaga rapi.

-nrtlnsfa


Jika ditanya kenapa aku masih boleh selembut ini? Akan ku balas dengan senyuman.

Tapi jika ditanya dengan lebih dalam, akan ku ceritakan dengan tangisan.

-nrtlnsfa


Bolehkah untuk hari ini sahaja aku tidak mahu di lihat manusia? Kerana aku ingin kesana kesini dengan hati yang lara tanpa takut mengeluarkan air mata.

-nrtlnsfa


Pandangan ku hambar, semuanya kelihatan tidak berwarna. Malah, ku rasa seperti diri sendiri juga tidak bernyawa, seperti hidup tapi hakikatnya mati. Entah kenapa segalanya kian terasa, persoalan demi persoalan kini mula kedengaran di dalam riuhnya kepala.

Sempat aku bertanya pada Nya, pengajaran apa yang sebenarnya kau ingin ku pelajari?

- Nrtlnsfa


Ku jalani hari dengan berat dihati adalah bukti bahwa aku tak pernah bermain hati dalam mengatakan ku cintai kau seikhlas hati.

-nrtlnsfa


Hari ini,

Aku akur pada takdir dan aku beranikan diri untuk bersemuka dengan realiti. Aku sampaikan kelelahan aku dan memilih untuk damai dengannya.

Pundak ku jatuh, seiring dengan kakiku yang terus melutut ke bumi. Jiwaku sayu, dan ku alirkan air mata kesedihan ku tanpa silu.

Bertahun aku berperang dengan takdir yang tidak pernah menyebelahiku, setiap hari ku bertanya pada sang malam, “adakah ada sinar untuk ku esok?”. Tanpa ragu ia menjawab, “sudahilah pertanyaan mu itu, kecewamu akan semakin dalam”.

Jadi hari ini, aku pilih untuk tidak lagi berharap dengan semua yang mustahil terjadi. Aku akur pada sang malam, aku pasrahkan hati dan noktahkan kisah ini.

-nrtlnsfa


Kejatuhan harini adalah untuk ketenangan pada masa mendatang.

Dan,

Sakit harini adalah untuk kebahagian nanti.

Moga kau kuat.

-nrtlnsfa


Kita akan jatuh. Barangkali dengan jatuh dengan hina. Tapi percayalah, kita akan makin kuat untuk masa yang mendatang. Saat itu, kisah harini hanyalah sebuah “kenangan” dan kita akan berbangga dengan segala air mata yang telah kita alirkan.

Nikmati prosesnya.

-nrtlnsfa


Sekiranya ada cinta yang datang menyapa, aku harap ia adalah cinta yang tulus dan sudah siap tentang rencana masa depan. Kerana aku sudah tidak lagi difasa basa basi. Segalanya tentang masa hadapan.

-nrtlnsfa


Aku tidak akan menutup pintu hati, tapi teruntuk sekarang biarlah aku berteman dengan sepi. Terlihat sedih tapi biarlah pengajaran ini mendewasakan hati ini.

-nrtlnsfa


Aku tak ingin marah kerana amarahku sudah tidak lagi berasa.
Aku tak ingin nangis kerana tangisan ku sudah tidak lagi berair mata.
Aku tak ingin kecewa kerana ini bukanlah yang pertama.
Aku tak ingin dendam kerana aku ingin tenang.

Aku hanya ingin kau teruskan hidup dan meminta Tuhan agar tidak pertemukan kita dimana-mana muka surat dunia ini.

-nrtlnsfa


Andai bisa aku putar waktu, ku pastikan diriku tidak membawamu sejauh ini dan akan ku pastikan aku tidak secinta ini.

-nrtlnsfa


Dari sekian kisah yang terjadi, akhirnya yang kita belajar adalah untuk sentiasa kuat sendiri. Kerana pada akhirnya, hanya kita yang tidak akan mengecewakan diri.

-nrtlnsfa


Pada dasarnya, kau adalah satu sosok yang akan sentiasa aku kagumi. Tapi sejauh mana kita melawan takdir, kita tetap tidak akan dapat bersatu. Jadi anggaplah pemergianku ini salah satu cara aku menghargai kehadiranmu.

-nrtlnsfa


Cukuplah kisah kita sampai sini, moga kau jumpa bahagia yang selama ini kau cari. Semoga kita takkan berjumpa di versi mana pun. Aku ikhlas kau bahagia dan maafkan aku telah bawa kau sejauh ini.

-nrtlnsfa


Kekejaman aku yang sekarang adalah atas sebab rasa sayangku yang sudah terlalu dalam. Tak mampu aku gambarkan sebagaimana perasaaan ini, tapi sekiranya ada yang bertanya apa yang aku mahu dalam hidup...aku takkan ada jawapan untuk diri sendiri selain aku inginkan kau bahagia. Dan yang pasti..kisahmu selepas ini bukan denganku lagi.

-nrtlnsfa

20 last posts shown.