Tarbiyah Solat Wanita


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified



Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


KHALIFAH UMAR (RA) MENGENDALIKAN PENYAKIT WABAK DI ZAMANNYA


Terdapat sebuah kisah mengenai Khalifah Umar (RA) membatalkan niatnya untuk memasuki Negara Syam pada waktu itu kerana tersebarnya wabak.

Maka pada waktu itu Umar (RA) meminta untuk berbincang dengan para sahabat daripada kalangan Ansar dan Muhajirin. Akhirnya Umar (RA) memutuskan untuk tidak meneruskan niat untuk ke Negara Syam.

Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah (RA) bertanya: 
"Apakah itu bererti lari dari takdir Allah?"

Umar menjawab:
"Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus.

Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?"

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf (RA) yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: 
"Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah (SAW) bersabda:

“Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya.”



[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita




Assalamualaikum wbt kakak semua ☺️

Harap semuanya sihat sihat belaka!
Semoga Allah lindungi kita semua daripada segala kesulitan dan kesukaran dalam setiap segi. inshaAllah ameen.

Macam mana MCO semua? Okay lagi ke? Mesti dah banyak recipe yang dicuba kan!

Memandangkan kita dah nak masuk minggu 4 MCO ni, kami para Ustazah nak ambil kesempatan ni untuk memanfaatkan masa yang ada sedikit sebanyak dalam menimba ilmu dengan membuat KEMPEN AL-FATIHAH CHECKING. Kempen ni akan diadakan dalam talian one to one.

Jadi kakak kakak semua yang ingin perbetulkan bacaan Al Fatihah boleh daftarkan nama dan setiap Ustazah akan ambil 2 pelajar setiap hari. Jadi Ustazah akan call dan kakak kakak boleh baca Al-Fatihah kemudian kami akan perbetulkan.     

Call boleh diadakan setiap hari daripada pukul 5:00 hingga ke 5:30 petang inshaAllah.

Kempen ini dikhususkan untuk WANITA SAHAJA. Sesiapa yang ingin berdaftar boleh join telegram channel kami di link yang diberikan.
Tarbiyah Solat Wanita Channel: @tarbiyahsolat_wanita
Tarbiyah Solat Wanita Q&A: @tarbiyahsolatwanita

Semoga Allah terima usaha kita dan limpahkan ke atas kita rezeki ilmu yang melimpah ruah, yang tiada penghujung dan tandingannya inshaAllah ameen.




🔥 KALIMAH TERAGUNG 🔥


Diriwayatkan daripada Hazrat Yahya bin Talhah bin Abdullah (RA) katanya:

Hazrat Talhah kelihatan bersedih, maka dia telab ditanya:

"Mengapa kamu ini?"

Beliau berkata:

"Aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda:"

"Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang sekiranya diucapkan oleh seseorang hamba ketika hampir meninggal dunia, maka pastu Allah Ta'ala akan menghilangkan penderitaan ketika maut, menyerikan cahaya (wajahnya) dan dia akan melihat pemandangan yang menggembirakannya dan (aku bersedih kerana) aku tidak mampu bertanya mengenai perkara itu kerana kehebatan Baginda (SAW) sehingga Baginda (SAW) wafat."

Maka Hazrat Umar (RA) berkata:

"Sesungguhnya aku mengetahui kalimah tersebut."

Hazrat Talhah (RA) bertanya:

"Apakah kalimah itu?"

Jawab Umar (RA):

"Sesungguhnya kami tidak mengetahui kalimah yang lebih agung daripada kalimah yang telah Baginda (SAW) menyuruh paman (pak cik) Baginda (Abu Talib) ucapkan iaitu لاَ اِلهَ اِلاَّ اللَّهُ."

Kata Hazrat Talhah (RA):

"Demi Allah itulah kalimahnya."


[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita


💥 MERASA KENIKMATAN SEPUAS-PUASNYA 💥


Suatu ketika Rasulullah (SAW) pulang dari safar (perjalanan). Rasulullah (SAW) berhenti di suatu tempat lalu bersabda:

"Di manakah mereka yang mendahului ke depan?"

Para sahabat menyahut:

"Sebahagian daripada kami yang pantas bergerak telah maju kedepan."

Rasulullah SAW) bersabda:

"Di manakah mereka yang maju ke depan yang sentiasa sibuk dan asyik berzikir serta mencintai Allah? Sesiapa yang hendak mengecapi kenikmatan syurga dengan sepuas-puasnya maka hendaklah dia mengingati Allah sebanyak mungkin."


[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita


DIHARAMKAN API NERAKA


Sayyidina Hanzalah Usaidi (RA) berkata bahawa Rasulullah (SAW) bersabda:

"Sesiapa yang bersungguh- sungguh memelihara solat lima waktu dengan wudhu', waktu, rukuk dan sujud (yang sempurna) serta dia menganggap bahawa solat yang sedemikian ialah suatu hak terhadap Allah Ta'ala yang mesti dia tunaikan, maka dia akan diharamkan daripada api neraka."

[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita


💥 GUGURNYA DOSA-DOSA 💥


Hadhrat Abu Zar (RA) berkata:

Suatu ketika Rasulullah (SAW) keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda (SAW) memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat.

Rasulullah berkata:

"Wahai Abu Zar (RA)!"

Saya menyahut:

Saya, ya Rasulullah (SAW).

Rasulullah (SAW):

"Apabila seseorang menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok."


[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kami ada khabar baik untuk semua bahawa kami para ustazah akan membuat Facebook live untuk berkongsi ilmu fekah dengan semua. Di dalam live session kami, ustazah akan beri penjelasan ilmu fekah dengan lebih mendalam dan kami membuka sesi soal jawab tentang apa-apa soalan fekah yang ingin ditanya. Live session ini tidak akan mangambil masa yang lama kerana kami akan membuatnya seringkas mungkin, inshaAllah.

Kami akan share pelbagai topik seperti haidh, nifas, istihadhah, perkara2 solat dan lain-lain.

Hari pertama kami akan mulakan Facebook live ini mengikut details di bawah:

Hari: Jumaat
Tarikh: 07/02/2020
Jam: 9:00 pm hingga 9:05 pm

Bagi sesiapa yang ingin join live ini, ia akan diadakan di dalam private group, jadi kami minta sesiapa yang ingin join untuk pm screenshot Facebook profile masing2 ke salah seorang ustazah.

Semoga Allah menerima usaha kita semua dalam memahami dan mendalami ilmu Nya.

Jazakallah Khair




Assalamualaikum Semua 😊

Alhamdulillah, kami daripada pihak Madrasah Tarbiyatul Banaat Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua untuk program kami yang berlangsung di Shah Alam. Terima Kasih 'The Silent Daie' sebab sudi menjemput kami untuk berkongsi sedikit ilmu di program tersebut.

inshaAllah kami harap Allah Taala dapat berikan kami peluang lagi untuk menjayakan lebih banyak program di masa akan datang.

Semoga kita dapat berjumpa lagi dan dapat jumpa yang lain-lain juga di program-program kami yang seterusnya inshaAllah.


Kami ingin buka topik baru! Topik yang mana anda ingin kami masukkan? 🤔
Poll
  •   NIKAH
  •   TALAQ
  •   HAIDH, ISTIHADAH, NIFAS
  •   UMRAH
  •   JENAZAH
294 votes


🍂 CARA- CARA UNTUK MENDAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT 🍂


🍃 1. Sebelum memulakan solat, kita perlu sentiasa mengingatkan akan niat kita untuk menunaikan solat.

🍃 Contohnya:

"Ya Allah aku berdiri di hadapan Mu untuk menyembahMu dan mengagungkanMu."

"Ya Allah aku hanyalah seorang hambaMu yang ingin berbicara denganMu.

🍃 2. Mengingatkan diri bahawa taufiq untuk kita solat itu datangnya dari Allah dan bukan diri sendiri.

🍃 3. Mempelajari tafseer dan makna surah, tasbeeh, doa dan apa saja yg dibaca didalam solat.

Setelah belajar dan menghafal dan kita membacanya dalam solat, ia akan memudahkan kita untuk memahaminya.

🍃 4. Dalam setiap pergerakan solat, ingatkan diri bahawa Allah sedang memberi perhatianNya kepada kita.

🍃 5. Bayangkan juga diri kita berdiri diatas siraat, di bahagian kanan adalah Jannah, dibahagian kiri adalah Jahannam, dihadapan adalah ka'bah dan dibelakang adalah malakul maut.

🍃 6. Mengingati bahawa Allah tidak perlukan solat kita, tapi kita perlukan solat itu untuk diri kita.

Tetapi ingat kita sebagai manusia, adakala iman kita tinggi dan adakala iman kita rendah, kadang-kadang khusyuk kita lebih, dan kadang-kadang sebaliknya. Allah Ta'ala memang jadikan iman kita semua begitu.

Tapi kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa mencuba dan berusaha.

Kalau dalam solat tiba2 perhatiaan kita lari, TAK MENGAPA.

Tapi terus CUBA
ingatkan diri seolah-olah yang kita sedang berhadapan dengan Allah Ta'ala.

Dengan usaha kita yang tak berputus asa untuk menunaikan solat yang sempurna Lillah, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk kita juga.

Semoga Allah berikan kita semua taufiq untuk menunaikan solat yang sempurna dan yang mendekatkan kita denganNya.


[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita




Assalamualaikum WBT 😊

Sesiapa yang nak join KLCC class, inshaAllah kita akan mulakan class pada 27 January ni.

Boleh saya dapatkan nama2 yang confirm nak join dan list down kan number masing2. Sesiapa yang nak join class, para Ustazah akan buat group whatsapp, jadi discussion untuk class di KLCC semua akan dalam group tu sahaja.

Terima kasih dan Jazakallah Khayr semua. 😊


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Alhamdulillah kami para ustazah dari channel Tarbiyah Solat Wanita ingin memberitahu bahawa salah seorang saudari akan menganjurkan kelas praktikal solat bersama Ustazah Natasha iaitu salah seorang ustazah yang menjaga group Q&A Tarbiyah Solat Wanita. Dengan ini kami ingin menjemput semua untuk hadir ke kelas tersebut untuk mendapatkan pertolongan dan pembetulan dalam solat dengan lebih terperinci.

Tempat adalah terhad untuk 30 wanita sahaja. Untuk apa-apa persoalan atau booking, sila hubungi:

+6019 386 7583 (Puan Ad)

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita






🌹 KEINGINAN MENGECAPI NIKMAT SYURGA 🌹


Suatu ketika Rasulullah (SAW) pulang dari safar (perjalanan). Rasulullah (SAW) berhenti di suatu tempat lalu bersabda:


"Di manakah mereka yang mendahului ke depan?"


Para sahabat menyahut:


"Sebahagian daripada kami yang pantas bergerakt elah maju ke depan."


Rasulullah (SAW) bersabda:


"Di manakah mereka yang maju ke depan yang sentiasa sibuk dan asyik berzikir serta mencintai Allah?

Sesiapa yang hendak mengecapi kenikmatan syurga dengan sepuas-puasnya maka hendaklah dia mengingati Allah sebanyak mungkin."



[Tarbiyatul Banaat Malaysia]

Telegram
Channel:
http://t.me/tarbiyahsolat_wanita
Q&A:
http://t.me/tarbiyahsolatwanita



20 last posts shown.

4 402

subscribers
Channel statistics