The Soul Writer's :)


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


Dia adalah jiwa-jiwa yang terapung didalamnya dada.
Banyak yang terbenam didalamnya.
Dan salah satunya adalah sekeping hati 'belahan jiwanya'
Anything, hit me at @KertasBertulis_bot📝
By:AtoZwriter's

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


Forward from: The Soul Writer's :)
Asingnya diriku padamu untuk dekatkan aku pada-Nya.

Terasingku denganmu dikejauhan mendekatkan lagi hatiku padamu melalui do'a pada-Nya.


@TigaKataSatuHati


Lubuk kata dari si penulis kerdil, khas ditujukan buat para pembaca. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. 📝

24 Jan 2018.

Official Bot : @nqsquadbot

t.me/naisquotes




8 Patah Kata
Semuanya diluah hanya dengan 8 patah kata.
Tembak kualiti, matikan kuantiti !

Sumber inspirasi dari twitter : @8patahkata
Moga kembali semula.

Official bot: @lapanpatahbot

t.me/lapanpatahkata




Tahukah engkau lelaki sejati itu seperti apanya dia?

Lelaki sejati itu adalah yang teguh imannya. Amalnya kuat. Akhlaknya cantik seindah wangian mawar. Budinya juga tinggi. Sabarnya kuat. Qalbunya lembut nan halus. Amanahnya juga terpelihara.

- Bintang ✨

@TigaKataSatuHati


Aku teringat pada satu twitter yang dibaca. Tak terperasan siapa hamba Allah itu.

Tapi, kagum pada sebaris ayatnya:
”Sayangnya, bulan Ramadhan baru beberapa minggu melangkah pergi tapi ada antara kita, telah bermula dengan kebodohan diri yang lama.
Fitnah berleluasa bermula semula, bergaduh dipertonton kepada umum, kata cacian hinaan bermula semula.

Dimana sebenarnya erti perubahan pada diri yang dilakukan..??
Atau hanya sekadar menjadi ’sedikit baik' pada bulan mulia itu sahaja?”

Tanya diri,Tanya iman.
Apa titik perubahan yang aku telah lakukan..??


Muhasabbah untuk setiap kekurangan; perbaiki lagi bagi menjadi lebih baik untuk masa depan.

28th’May’20|atozwriter


@TigaKataSatuHati


Terkadang, dengan melihat saja pemergianmu dan aku akhiri dengan DOA sebagai selamat tinggal.

Tidak semua yang datang dengan izin Allah itu, akan duduk menetap bersama.
Ada yang Allah jumpakan hanya sebagai pengajaran sahaja untuk kita ambil sebagai pedoman

Selamat tinggal 👋

-Hati♥️


@TigaKataSatuHati


Orang baik tidak menyakiti siapapun.

Tetapi➖

Mereka banyak menyakiti diri sendiri,
dan mereka tidak memikir akannya…

Dari hati untuk bintang ♥️🌟


@TigaKataSatuHati


Aku berjanji...
Akan selalu ada untukmu
Meskipun emosimu dilanda taufan
Aku akan selalu sabar menemanimu
Dalam keadaan apapun
Kerana aku mahu engkau sentiasa tahu
Ada aku selalu untukmu

Takkan aku tinggalkan dirimu
Dalam keadaan engkau diuji
oleh dunia
Aku akan setia di sisimu selamanya

-Bintang ✨

@TigaKataSatuHati


Aku kira, tulisan ini wajib untuk di renungi oleh kalian yang sering membandingkan ’siapa paling cantik’

➖➖

Muak aku dengar pasal orang yang selalu insecure ni.
Look guys… it's normal untuk kita fikir orang lain lebih cantik daripada kita. Bila kita tengok gambar lepas tu ramai yang komen cantik but why kita kena rasa diri kita kurang.…??
Sebab apa Rasa macam tu…? Sebab kita berada di dalam gambar itu tapi mungkin tak langsung terlihat oleh mereka ke..?

Cuba tengok balik dekat cermin, sayang :))
Ada seorang perempuan yang setiap kali tuannya melihat wajahnya sendiri, dia akan membenci wajah itu. Apa kurangnya pada wajahnya itu? Tiada cacat cela mahupun calar balar fizikal. Cantik jaa Allah dah bagi pada kita.

Dia ada dua mata yang sempurna, dapat melihat orang yang tersayang.

Dia ada hidung yang cantik,
boleh menghidu lauk - pauk yang mengisi perut sehingga kenyang.

Dia ada mulut yang sangat petah bercakap
Tapi sayangnya asyik menghukumi diri sendiri.

Dimana➖
Menghukumi itu adalah kerja Tuhan.

Terus apa yang membandingkan kamu dengan mereka?

Pujian tentang paras wajahmu…??

Apa jika seribu lelaki memuji paras rupamu, kamu akan merubah pemikiranmu itu?

Memang harusnya sebegitu ke?

Jangan sampai perhatian itu menguasai seluruh anggotamu, wahai kalian.

Cantik semuanya serba serbi diri itu.
Manusia lain tidak pernah bilang "kamu jelek!"
"hidung tidak mancung"

Otakmu sendiri yang menghina tubuhmu. Otakmu sendiri yang tidak bersyukur.

Jika kamu TIDAK fikir kamu cantik, jangan terus menghina diri sendiri begitu lagi.

Jangan sia siakan hidup kamu dengan tidak pernah merasa langsung sepuasnya. (。•̀ᴗ-) ✧✧

Via; @KertasBertulis_bot📑

—Hati♥️


@TigaKataSatuHati


Nanti di akhirat, mulut akan terkunci. Lalu tangan dan anggota tubuh lainnya akan bercakap tentang segala dosa dia lakukan waktu hidup.

’ Itulah saat tangan sendiri dan anggota tubuh yang lainnya akan mengkhianati tuannya. ’

-Bintang


@TigaKataSatuNama


Jauhi prasangka kerana ia merosakkan hati

Jangan mencari-cari KEBURUKAN
di dalam diri ORANG lain kerana KEBURUKAN itu sebenarnya ada dalam DIRI kita SENDIRI.
Cermin diri

Jika kita BERSANGKA BAIK terhadap seseorang walaupun sangkaan itu salah, ia tetap baik di sisi Allah.

Jika kita ada SANGKA BURUK pada seseorang walaupun ia benar, ia tetap buruk di sisi Allah.

Tak salah bersangka baik didalam hati, kerana ia menjernihkan lagi sifat hati itu.

25th’May’20’|AtoZwriter


@TigaKataSatuHati


Video is unavailable for watching
Show in Telegram
One sweet smile for you ♥️🌟

@TigakataSatuHati


Teruslah berjalan sehingga Allah kata berhenti dan kembali kepadaNya➖ ♥️•🦢


25th’May’20| AtoZwriter
@TigaKataSatuHati


Jika engkau rasa seringkali gundah, bersedekahlah.
Niatkan hidupmu semata hanya kerana Allah.

InsyaAllah…
Segala RESAHMU akan jadi TARBIAH. :)

–Ust Pahrol Muhammad Juoi



—coffee rindu-☕️♡♡
@TigaKataSatuHati


Tanpa pertolongan Allah,
Kita tidak akan mampu melakukan apapun, walaupun sekadar menarik sehela nafas.

-Tuhan,aku perlukanMU ♡♡

AtoZwriter|24th’May’20’

@TigaKataSatuHati


Sejuta kebaikan tidak akan membuatmu setara dengan ’malaikat.’

Tapi dengan satu kesalahan cukup membuat orang lain menilaimu sama dengan iblis. (˘⌣˘)

Salam kemaafan yang tidak terucap oleh kata, bila jarak dan diri berada jauh di mata…

Namun antara hati ke hati, maaf yang luhur akan jatuh menyentuh nurani..♥️


@TigaKataSatuHati| 1’Syawal’41H


Forward from: Andi Nurul Hidayat pasewang
💠💠💠💠💠🕋🕋💠💠💠💠💠

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..*

*_Sebelum Ramadhan pergi_*
*_Sebelum Idul Fitri datang_*

*_Kami serta keluarga hendak memohon maaf lahir dan batin atas semua kesalahan dan kekhilafan..._*

*_Selamat menikmati hari terakhir Ramadhon, semoga kita akan dipertemukan kembali dengan Ramadhon tahun-tahun berikutnya,_*

*TAQOBBALALLOHU MINNA WA MINKUM, BARAKALLOHU FIIKUM*

*آَمِيّـٍـِـنْ ... آَمِيّـٍـِـنْ... يَا رَب العَالَمِي

Selamat merayakan Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1441 H.

*MOHON MA'AF LAHIR DAN BATIN*

_Wassalamu'alaikum Warrohmatullohi Wabarokaatuh._

💠💠💠💠💠🕋🕋💠💠💠💠💠


Forward from: Unknown
Yang berharga itu adalah akhlak' yang terdidik..♡♡♡

Perbaiki hatimu…
Lalu, hatimu akan memperbaiki fikiranmu.
Nescaya… fikiranmu akan memperbaiki lisanmu pula.
(Apa yang terkeluar melalui zahirmu.)

Kemudian lisanmu akan memperbaiki hidupmu…

Dan pada akhirnya, hidupmu akan memperbaiki akhiratmu. Semuanya berawal dari hati yang baik..

InsyaAllah akan berakhir dengan Akhiratmu yang baik lagi indah..

Aamiiiiin ಠ‿ಠ


Cc; @TigaKataSatuHati

20 last posts shown.

176

subscribers
Channel statistics