Forward from: Kakyongmonolog
Dikala waktu malam mula mempersembahkan pertunjukannya. Awan berarak pergi seakan membuka layar langit malam yang menampakkan bulan dan bintang yang bercahaya dan berkelipan. Masing-masing melaksanakan titah perintahNya. Aku hanya mampu memerhatikan segala yang terpancar indah di angkasa raya sana. Pada seketika, saat tubuh berlanggaran dengan angin sejuk yang semakin menekan. Dan aku bertambah erat memeluk tubuh sambil termenung dijendela kaca memikirkan sesuatu yang tak pernah padam dalam benak fikiran.
Ada sesuatu yang akan aku katakan sejujurnya. Perasaan yang lahir dari lubuk hati kecil ini. Tiada siapa yang mengetahui dan mengerti kecuali diri sendiri dan Tuhan Sang Pencipta hati.
Sesuatu itu yang senantiasa aku simpan dan senantiasa aku kenang. Entah mengapa agak susah untuk aku lupakan. Iaitulah kisah diantara aku dan kamu. Walau perkenanlan ini hanyalah sebuah perkenalan yang rapuh. Tidak tahu pokok pangkalnya. Umpama berselisih pandang dipertengahan perjalanan. Kenal tidak kenal, entah siapa, apa dan bagaimana.? Namun, hati ini seakan kenal erat sesama kita. Seakan sudah lama dan senantiasa saja kita bersua kata.
Benar, kita pernah bertatap mata. Pernah berbicara kata. Pernah menghulur menerima. Juga pernah bersama. Walaupun semua itu hanyalah sementara dan seketika. Tetapi hati ini memegang erat, memeluk rapat segala apa yang diperbuatkan dan diperlihatkan.
Benar, aku tidak pernah melontar kata cinta kepada mu. Tidak pernah meluahkan rasa kepada mu. Saat aku ditanya, aku hanya tahu berdalih dan seakan tidak tahu apa yang dirasa dan yang berlaku. Selalu saja aku bermadah kata, berbahasa syurga. Tetapi ianya hanyalah bicara disebalik tirai hati, dek takut dan malu untuk terus dituju. Kesudahannya, persoalan juga yang datang bertalu.
Benar, aku memang mencintaimu, juga sayang pada mu. Ingin saja memperisterikan mu. Namun, masih bertapak tebal keegoaan hati seorang lelaki. Entah apa yang aku fikirkan lagi. Masih berdegil untuk berterus terang. Malu untuk mencapai restu. Seakan tubuh badan kaku tidak tentu arah untuk dituju. Itulah. Suatu perkara yang senantiasa aku sesali dari dulu.
Namun begitu. Engkau, senantiasa hadir dalam doaku. Menetes air mata aku memohon kepada Tuhan ku. Agar senantiasa melindungi, merahmati dan memberkati segala pekerjaan mu. Aku berdoa agar Allah memberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusanmu. Itulah aku. Yang senantiasa mengingati mu dalam titip doaku.
Walau terkadang aku beranggapan akulah orang yang paling bodoh. Kerana, walaupun aku sudah tahu disebalik apa yang aku rasa dan disebalik apa yang kau ada. Tetapi hati seakan tidak mampu untuk menerima segala takdir dan ketentuan dari Nya. Ada yang aku mahu. Tetapi sudah tersedia apa yang akan menjadi milikmu. Entah betul atau tidak, itu sajalah sekadar apa yang aku tahu.
Aku tetap menjadi aku. Selagi jasad dikandung badan. Doaku padamu tidak akan ku lupakan. Andai didunia untuk bersama kita tidak ditakdirkan, ku mohon pada Tuhan agar disyurga kelak aku dan kamu disatukan.
Walau tidak pernah aku ucap. Tetapi aku masih mengharap.
~Irhamhilmihashim
Kaherah,Mesir
25.10.2019 | Jumaat | 9.00pm
Teratak Penulis al Amin