?Zikrul Maut Official?


Channel's geo and language: not specified, not specified
Category: not specified


?''Ciri-ciri orang yang terkena cahaya iman adalah dia bersiap menghadapi kematian sebelum datangnya kematian.''?
✏️Al-allamah as-sayyidi Habib Umar Bin Hafizh hafizhahullah✏️

Related channels

Channel's geo and language
not specified, not specified
Category
not specified
Statistics
Posts filter


*Lalu bilakah masanya YANG AFDHAL YANG BENAR-BENAR SHAHIH ADA TUNTUTAN DARI SUNNAH RASULULLAH DAN PARA SAHABAT..?*

iaitu pada hari ini (HARI JUMAAT)

Maka perbanyakkanlah berselawat pada hari yang diberkahi ini..

Rasulullah ﷺ bersabda;

أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَةً

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada setiap Jum’at. Kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jum’at. Barangsiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti.”
(HR. Baihaqi dalam Sunan Al Kubra. Hadits ini hasan ligairihi –iaitu hasan dilihat dari jalur lainnya-)

Sabda Rasulullah ﷺ lagi..
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.”
(HR. Muslim no. 408)

@zikrulmautofficial😊


Dulu ketika kita di alam Rahim , kita bernafas didalam air . Andai air itu pecah , kita pasti tak boleh bernafas .

Kemudian kita lahir ke dunia , kita bernafas dengan udara . Allah Taala berikan udara untuk kita bernafas setiap hari .

Tetapi apabila kita mati esok , kita akan bernafas menggunakan zikir . Maka berzikir lah sebanyak banyaknya ketika masih hidup ..

- Ustaz Dusuki Abd Rani

@zikrulmautofficial😊


_*APA ITU TARIM?*_

_Tarim itu nama sebuah tempat di Hadramaut, Yaman. Kota sejuta para wali. Medan ilmu tempat lahirnya ulama-ulama hebat berketurunan Rasulullah SAW._

_Di sana semua wanita yg sudah baligh pasti memakai 'cadar di muka' iaitu niqab atau burqa. Sangat sukar utk bertemu dgn wanita di sana. Sangat berbeza dgn wanita di Malaysia asyik berswafoto sahaja._

_Di pasar-pasar Tarim pun khusus buat lelaki sahaja utk membeli keperluan dapur. Pasarnya sangat menarik. Lain drp yg lain. Di sana, sambil menunggu pelanggan, mereka mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali. Jika tiada pelanggan mereka mempelajari kitab sesama mereka sambil menyampaikan ilmu di pasar. Mereka juga selalu mendengdangkan selawat dan qasidah._

_Seorang ulama Tarim berkata, "Di pasar Tarim, aku dapati ada 200 lebih orang Wali Allah (Kekasih Allah SWT)."_

_Jika di pasar tempat yg sebegitu sudah ada 200 lebih orang wali apatah lagi jika yg berada di masjid-masjid?_

_Ketahuilah hanya Wali Allah sahaja dapat mengetahui siapa wali-wali-Nya._

_Di pasar, apabila mendengar azan, mereka terus menutup kedai dan berlari ke masjid. Jika mereka tidak sempat utk menutup kedai apabila azan selesai dikumandangkan, mereka akan biarkan dan terus ke masjid tanpa menghiraukannya._

_Apabila ditanya, "Kenapa?"_

_Mereka mengatakan, "Adakah dunia lebih penting drp Allah SWT?"_

_Tiada perempuan di pasar Tarim. Mereka terpelihara suci di rumah mereka atau di madrasahnya._

_Lelaki pula kebanyakannya duduk di masjid-masjid. Sungguh banyak masjid di Tarim. Selang beberapa kilometer sudah ada masjid. Masjid mereka penuh dgn jemaah bahkan bilangan jemaah yg bertahajud di tengah malam adalah seperti bilangan jemaah solat Jumaat._

_Siapa yg datang ke Tarim pasti dan pasti tidak mahu pulang ke tanah air. Tarim Kota Akhirat, yg mengingatkan kita kpd akhirat._

_Di Tarim kamu harus menjaga hati. Kenapa?_

_Pernah suatu ketika seorang sahabat saya melihat seorang pakcik tua sedang membersihkan haiwannya di pagi hari._

_Lalu hatinya terdetik, "Tak pergi ke masjid ke pakcik ni, kan dah nak Subuh."_

_Apabila kami lalu di hadapannya tiba-tiba dia menegur sahabat saya, "Jaga hati kamu."_

_Sahabat saya menangis dlm hatinya dan beristigfar kerana pakcik tua itu mengetahui apa yg dikatakan dlm hatinya._

_Kebanyakan penduduk di Tarim mengetahui isi hati, perbuatan dan segalanya tentang kita. Kerana kebanyakan mereka ialah Wali Allah. Namanya pun Kota Sejuta Wali._

_Banyak lagi kisah yg menarik di sana. Semoga suatu hari nanti kita dapat menjejakkan kaki di sana. Amin Allahumma Amin._

_Kredit,_
_Si Wali Tunggal_

@zikrulmautofficial😊


adik nà:
Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,
. Bukankah nak berjudi kena bayar?
. Bukankah nak minum arak kena bayar?
. Bukankah nak merokok kena bayar?
. Bukankah masuk pub kena bayar?
. Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
. Jika nak solat, kita tak perlu bayar
. Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
. Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
. Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.
......
Wahai saudaraku! Menyebarkan mesej ini juga percuma.... Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda percuma sahaja..😊


@zikrulmautoficial😊


Forward from: Shafie


Hati kita milik ALLAH.

Andai sedih, berbaliklah pada ALLAH.

Andai keliru, berbaliklah pada ALLAH.

Andai gembira, berbaliklah pada ALLAH.

Kerana apa?

Kerana, hati kita milik ALLAH.

@zikrulmaurofficial😊


🍁 *PETIKAN KATA2 USTAZ HARRYANTO RIZAL..*

🥀 Kadang kala Allah SWT tak bagi pun apa yg kita minta di dunia...

_Nak kaya tak kaya_.....

_Nak kahwin akhirnya membujang_

😔 *Tetapi Allah SWT ganti di akhirat kelak..*

🌹 _Doa kita jadi 1 pahala_....
*Jangan bersedih...*
_*Sebab doa itu ibadat. Saat kita berdoa, Allah SWT bagi pahala*_....


@zikeulmautofficial😊


7 TANDA KEIKHLASAN

1. Niat
2. Hanya kerana Allah
3. Mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah
4. Dengan kerelaan sendiri
5. Untuk kebaikan
6. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh
7. Rasa tanggungjawab

@zikrulmautofficial😊


Setiap masalah yang melanda,
Pasti ada jalan penyelesaiannya,
Usah mudah serabut,
Kerana Allah sentiasa wujud.

Saat,
Kekusutan tidak lagi terkawal,
Ingatlah bahawa Allah,
Sedang menguji kita.

Allah jadikan sesuatu,
Bukan suka-suka,
Tapi mesti ada maksud tersirat,
Di sebaliknya.

Berdoalah,
Dan terus berpaut pada Allah,
Untuk setiap masalah yang mendatang.

Kerana kisah yang mulanya pahit,
Akan berakhir dengan kemanisan.

*Assalamualaikum*
*SalamKENAAFAN*


@zikrulmautofficial😊


*PENERBANGAN YANG TIDAK DIDUGA*

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui *Al-Quran dan Al-Hadith.*

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi *"Al-Jenazah"*

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi *amal soleh* yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi *kain putih* kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi *air mawar dan cendana*.
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi *Al-Islam*.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi *'Selama-lamanya*.

Di mana pelayannya bukan pramugara kacak atau pramugari jelita, tetapi *Izrail dan lain-lain*.

Di mana layanan di dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar *kain yang diwangikan*.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi *tanah perkuburan*.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik *6 kaki dalam gelita*.

Di mana pegawai imegresen adalah *Munkar dan Nakir*, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

Di mana lapangan terbang transit adalah *Al-Barzakh.*

Di mana destinasi terakhir samada *Syurga* yang mengalir sungai bawahnya atau *Neraka Jahannam*.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya *percuma*, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.

Ya! Berita Baik!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.

Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.

*" ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT……??? "*

Zikrulmautofficial😊


Saya begitu tertarik dgn luahan n lantunan kata-kata drp Tuan Guru Babo Haji Salleh tentang Persediasn Melawan Dajjal :

"Nak lawan Dajjal n nak jauh daripada terikut-ikut dengan Dajjal bukan dengan menghadiri Forum Perdana Menceritakan Tentang Dajjal semata-mata..

Tapi nak lawan Dajjal n nak hindar diri daripada terikut-ikut dengan Dajjal, tak dapat tidak wajib kena hadirkan diri ke Pengajian Kitab Tauhid supaya kita dapat kenal Allah تعالى agar aqidah kita KUKUH n iktiqad kita JAZAM..

* Senjata utama untuk lawan Dajjal adalah dengan AQIDAH yang MANTAP..

*
Perisai utama untuk hindarkan diri daripada terikut dengan Dajjal adalah dengan IKTIQAD yang JAZAM..

Kalau tak ngaji Tauhid, lagumana kita nak kenal Allah تعالى ?

Kalau Allah تعالى pon kita tak kenal, lagumana nak lawan Dajjal ?

Sebab ketika Dajjal muncul nanti, Dajjal akan mengaku dia adalah Tuhan..

Orang yang takmau ngaji Tauhid, takmau perkemaih Aqidah, takmau mantapkan Iktiqad, dialah yang akan ikut Dajjal Laknatullah..

Sebabnya adalah dia sendiri takmau kenal Allah تعالى.. Maka tertipulah dia dengan fitnah Dajjal Laknatullah.. Na'uzubillahi minzalik.."

[ Tuan Guru Babo Haji Salleh Bin Musa Sik ]
Ulamak tauhid Pondok Ar Rahmaniah pekan sik kedah...Al-Fatihah untuk tn Guru Baba...😭
****

ALLAHU AKBAR
cc akhi Qalbun Salim

@zikrulmautofficial😊


Menguruskan orang yang mati lebih senang daripada menguruskan hati yang mati, Orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan.Tapi hati yang mati hendak dimandi akalnya ada, hendak dikafan jasad bernyawa, hendak disolat masih bermaya, hendak dikubur nafasnya ada.
Orang yang mati meninggalkan kenangan, Hati yang mati meninggalkan palitan dosa. Usah takut dengan orang yang mati, Tetapi takutlah bila hati yang mati.Berhati-hatilah dengan hati yang mati. Hidupkan kembali hati yang mati dengan mengenal Allah dn dgn menegenal sajalah dpt kita mendekatkan diri kepada Allah.


@zikrulmautofficial😊


[LIVE] TANYA MURABBI: HIDUP BERSAMA AL-QURAN.
Bersama Ustaz Nazri

Rancangan : Tanya Murabbi
Tajuk : Hidup Bersama Al Quran
Penceramah : Ustaz Nazri

Sinopsis :
Tanpa kita sedar selama ni, kita selalu dicintai dan disayangi. Dan selama kita hidup, Dia selalu bagi surat cinta untuk kita baca. Dia juga selalu call kita 5 kali sehari.

Subhanallah sweetnya. Siapakah Dia?

Dia tu adalah Allah dan surat cinta yang dimaksudkan ialah Al-Quran.

Sejauh mana kehidupan kita dengan Al Quran. Moga selepas kuliah malam ini menjadikan kita orang yang sangat menyintai Al Quran, Kalam Allah.

[LIVE] TANYA MURABBI: HIDUP BERSAMA AL-QURAN.
Bersama Ustaz Nazri
.👇👇👇(Open Via Facebook)
https://goo.gl/uiRDx4

Mohon Bantuan Sebarkan. Moga beroleh manfaat.


🎾 SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis 👇... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. tepuk dahi 😓

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jagalah solat..jagalah aurat wahai sahabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 ...
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

@zikrulmautofficial😊


بسم الله الرحمن الرحيم .

*Hai insan !*
*Fikir oleh mu...*

*☝🏼"Jangan lupa dan lalai*
*⚰ingat akan kubur seorang diri ,*
*😭tiada sesiapa boleh menolong akan engkau ,*
*🌹hanyalah " 'amal " ibadat serta " 'iman " yang menolong akan engkau ."*

@zikrulmautofficial😊


Kapsul Imam Muda

Setinggi manapun aku terbang.. tidak akan mencapai syurga bila tidak solat 5 waktu
-Superman-

@zikrulmautofficial😊


Para Ulama mengatakan "Bulan rejab adalah bulan istighfar. Bulan sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan ramadhan adalah bulan Al-Quran."

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah:

1) Banyakan doa "Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" (Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)

2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah.

3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya" (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).

4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.

5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.

[Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered]

@zikrulmautofficial😊


Ilmu drpd Allah semuanya ni....
Kita dipinjamkan saja...
Sebagai amanah yg kita kena jaga elok²....

@zikrulmautofficial😊


*لاَ تُخۡبِرُوۡا النَّاس بِكُلِّ شَيۡءٍ نَمۡلِكُوۡنَهُ*
*لَيۡسَ الجَمِيۡعُ لَدَيۡهِمۡ حُسۡن النَّوَايَا بَلۡ معظمهم لَدَيۡهِمۡ الحَسَدُ وَ الغِيۡرَۃ*

*Jangan BERITAHU orang lain SEMUA yang kita MILIKI*

*(Karena) TIDAK semua (Orang) MEMILIKI NIAT yang BAIK. Tapi, KEBANYAKAN dari mereka (Orang Lain) MEMILIKI "RASA IRI" dan "CEMBURU"*

*
Ingat...Ada beberapa hal yang sifatnya "PRIVASI"*


*_ عذب الكلام_*


@zikrulmautoficial😊



20 last posts shown.

2 186

subscribers
Channel statistics