Hamba, [3/2/17, 10:40 AM]
Tabah dan bersabar selagi dirimu mampu. Berusahalah untuk terus kuat 💪🏻. Jangan pernah menyerah kalah sebelum tiba digarisan penamat. Yakinlah ada sesuatu yang sedang menantimu sebenarnya selepas banyak kesukaran ditempuhi 😁.
Sesuatu yang akan membuatmu sendiri terpana dengan nikmat sehingga dirimu lupa bertapa pedihnya rasa sakit yang ditanggung oleh badan bahkan luka parah dihati selama ini ☺.
Kalau Allah tak memberikan apa yang kita mahu, maknanya Allah menyimpan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita 😍. Kerana Allah tidak akan menolak segala doa² hambanya, tetapi memberi yang terbaik buat dirimu 🥳.
Tak kira cepat atau lambat Allah tetap akan kirimkan yang terbaik. Sehingga apabila tiba masanya kita menerima perkara yang terbaik itu, kita mungkin akan berasa alangkah baiknya jika semua yang kita pernah minta Allah tak tunaikan tapi digantikan dengan perkara yang paling terbaik itu 😬.
Ingat pesan Allah dalam surah Al-Baqarah (216) 🔥
وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Percaya dengan takdir dan susun atur daripada Allah untuk diri kita. InsyaAllah hati kita akan lebih damai serta tenang. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik. Allah is the best planner ever in this world 💕.
Yakinlah diri sendiri itu adalah Insan paling Istimewa dimata Allah. Cinta-Nya mendalam terhadapmu lalu ujian demi ujian diberikan bertalu² 👍🏻. Kerana terlalu rindu mendengar luahanmu serta suaramu berbisik memohon kepada-Nya 😊.
"Dan kerana Allah, bersabarlah."
[ Quran 74:7 ]
Yang Benar Hamba Allah 🤗
#life
#nasihat
#muhasabahdiri
CC TO : @Hamba_Allah_yang_selalu_alpa
Quotes @ByHambaAllah