"Aku banyak buat dosa tapi hidup aku senang je sampai sekarang, aku tak ada dapat bala atau musibah apa2 pun dari Allah, kira Allah redha la macam tu kan?"
"Hmm..."
"Eh, takkan hmm je kau reply? Betul la kan maknanya Allah tak kisah dan tak salah la aku buat dosa?"
"Ok, macam ni la. Aku nak tanya kau beberapa soalan. Tapi, kau kena jawab jujur."
"Silakan."
"Pertama. Bila kali terakhir kau solat jemaah kat surau?"
"Err, dah tak ingat, rasa macam tahun lepas, tu pun sebab ada program apa ntah. Solat wajib pun jarang, apatah lagi solat jemaah."
"Kedua. Dalam seminggu kau baca al-Quran berapa kali?"
"Eh, jangan kata seminggu, sebulan pun belum tentu aku baca. Aku pun dah tak ingat kat mana aku letak al-Quran tu."
"Ketiga. Kau ada buat apa2 kebaikan lain tak pada hari ini, macam sedekah atau lain2?"
"Err... Entahlah. Kejap, aku tanya kau satu soalan je, aku nak jawapan tapi kau pula yang soal jawab aku."
"Ok, apa2 pun terima kasih atas jawapan jujur kau. Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita tertipu dengan syaitan dan hawa nafsu tanpa kita sedar. Kita rasa, bila kita buat dosa dan tak dapat apa2 balasan, maknanya seolah2 kita tak salah bila buat dosa tu. Tapi..."
"Tapi?"
"Tapi, bila Allah sendiri dah tak pilih kita untuk solat jemaah di surau, baca Al-Quran, sedekah, buat kebaikan2 atau amalan2 lain, malah Allah tak pilih kita untuk qiamullail, itu juga merupakan bala atau musibah yang Allah beri pada kita. INGAT, SELESA MELAKUKAN MAKSIAT SEHINGGA KITA JADI JAUH DENGAN ALLAH MERUPAKAN SUATU BALA ATAU MUSIBAH YANG SANGAT BESAR, TANPA KITA SEDAR."
**
Guru kami pernah berkata, "Bagaimana kamu boleh berfikir bahawa kamu akan dipilih Allah untuk bangun tahajud pada waktu malam untuk bersamaNya sedangkan waktu pagimu dipenuhi dengan maksiat dan dosa?"
Ingat, setiap manusia melakukan dosa. Namun, itu bukan alasan untuk selesa melakukan dosa. Terus istighfar, bertaubat andai tersalah langkah.
Moga2 Allah ampunkan dosa kita. Moga2 Allah sudi untuk menerima taubat dan amalan2 kita. Allahumma ameen.
@Deep_Usrah 💥