DrZaharuddin Group


Гео и язык канала: Весь мир, Английский
Категория: не указана


Похожие каналы

Гео и язык канала
Весь мир, Английский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Api di LA dengan angin yang kuat..

——————
Jom tambah kemahiran pelbagai kursus di mycourse.my


Gaji dari RM1800-RM2300


Ia mengingatkan umat Islam tentang keagungan solat lima waktu dan perintah taat kepada Allah SWT.

6) Berdoa untuk Bertemu Ramadan

Salah satu doa yang dianjurkan dalam bulan Rejab ialah:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Ertinya : "Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi – hadis hasan)

Doa ini menunjukkan harapan untuk diberkati dalam bulan Rejab dan Syaaban serta persediaan untuk memasuki Ramadan dengan hati yang bersih.

Bulan Rejab adalah peluang besar untuk umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amalan-amalan yang telah disyariatkan. Meskipun tiada dalil sahih yang menetapkan amalan khusus dalam bulan ini, kelebihan umum bulan haram memberikan motivasi untuk kita meningkatkan ibadah seperti puasa, istighfar, sedekah, dan bacaan Al-Quran. Janganlah kita terlepas peluang ini untuk memperbaiki diri dan meraih rahmat Allah SWT. Semoga Allah menerima segala amalan kita. Amin.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com


KELEBIHAN REJAB DAN AMALAN PATUT DIGANDAKAN?

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram (al-ashhur al-hurum) yang dimuliakan dalam Islam, sebagaimana firman Allah SWT:

منها أربعة حرم

Ertinya : "Daripadanya (bulan-bulan dalam setahun) ada empat bulan haram."(Surah At-Taubah : 36)

Keempat-empat bulan tersebut adalah Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam, dan Rejab. Dalam bulan ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah, kerana dosa yang dilakukan lebih besar dan amalan kebaikan lebih diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Kelebihan Bulan Rejab

1) Dikaitkan dengan Kemuliaan Bulan Haram

Dalam bulan haram, umat Islam dianjurkan untuk menjauhi dosa dan meningkatkan amal soleh. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan dalam Lataif al-Ma'arif bahawa bulan haram, termasuk Rejab, adalah waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai amalan.

2) Hadis Tentang Keutamaan Bulan Rejab

Terdapat hadis yang sering dirujuk berkenaan bulan Rejab, namun status kebanyakan hadis mengenai kelebihannya dipertikaikan.

Bagaimanapun, prinsip umum dalam bulan haram boleh diamalkan. Antaranya adalah hadis:

الصوم في الحرم أفضل

Ertinya : “Puasa dalam bulan-bulan haram adalah yang paling utama.” (Riwayat Abu Daud, no. 2428 – hadis hasan)

Hadis ini menunjukkan bahawa berpuasa dalam bulan Rejab adalah sebahagian daripada amalan yang dianjurkan, meskipun tiada keistimewaan khusus berbanding bulan haram yang lain.

3) Bulan Rejab dalam Al-Quran

Firman Allah SWT:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Ertinya : "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, daripadanya ada empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan tersebut.". (Surah At-Taubah : 36)

Ayat ini menunjukkan kemuliaan empat bulan haram, termasuk Rejab, di mana dosa dan kebaikan yang dilakukan diberi perhatian yang lebih oleh Allah SWT.

Amalan yang Digalakkan dalam Bulan Rejab

1) Berpuasa Sunat khususnya (hari-hari bidh)

• Disunatkan berpuasa dalam bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, dan Ibn Majah dengan sanad Jayyid, seorang lelaki dari Bani Bahilah datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya tentang puasa. Baginda SAW bersabda:

صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ، صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ
Ertinya : "Berpuasalah dalam bulan-bulan haram, dan tinggalkan, berpuasalah dalam bulan-bulan haram, dan tinggalkan."

Selain itu, terdapat keutamaan untuk berpuasa pada hari-hari putih (ayam al-bidh) dalam setiap bulan, termasuk Rejab. Hadis Nabi SAW menyebut:

صِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ الدَّهْرِ، وَأَيَّامُ الْبِيضِ صَبِيحَة ثَلاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Ertinya : "Puasa tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun. Hari-hari putih itu ialah tanggal 13, 14, dan 15."
(Riwayat An-Nasai, sanadnya sahih menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari)

2) Bertaubat dan Memperbanyakkan Istighfar

Bulan Rejab sebagai bulan haram adalah masa terbaik untuk bertaubat daripada dosa-dosa. Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:

من لزم الاستغفار جعل الله له من كل ضيق مخرجاً ومن كل هم فرجاً

Ertinya : “Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesempitan dan kesedihan.” (Riwayat Abu Daud, no. 1518 – sahih)

3) Memperbanyakkan Sedekah

Amalan sedekah amat digalakkan, lebih-lebih lagi dalam bulan yang dimuliakan.

4) Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran

Membaca Al-Quran dan bertadabbur dengannya amat dianjurkan sepanjang tahun, namun dalam bulan haram seperti Rejab, ganjarannya lebih besar.

5) Mengenang Peristiwa Penting

Peristiwa Israk dan Mikraj sering dikaitkan dengan bulan Rejab.




SOALAN : Assalamualaikum Dr, Apakah hukum dan kedudukan Islam terhadap orang yang sengaja lengah bayar hutang walaupun ada kemampuan?

JAWAPAN : Dalam Islam, membayar hutang adalah kewajipan yang sangat ditekankan. Tidak membayar hutang tanpa sebab yang sah adalah dosa besar kerana ia melibatkan penganiayaan terhadap hak orang lain. Orang yang sengaja melengah-lengahkan atau culas membayar hutang termasuk dalam golongan yang zalim.

Allah SWT memerintahkan agar hutang dilunaskan, sebagaimana firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ

Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang untuk tempoh yang tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya..." (Surah Al-Baqarah, 282)

Ayat ini menunjukkan pentingnya disiplin dalam urusan hutang dan kewajipan melunasinya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Hadis Nabi SAW Mengenai Ancaman Tidak Membayar Hutang
Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Ertinya : "Penangguhan (membayar hutang) oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya, orang yang sengaja menangguhkan bayaran hutang walaupun mampu adalah zalim dan berdosa setiap hari melengahkannya.

Dalam hadis lain, Nabi SAW memperingatkan ancaman berat terhadap orang yang tidak membayar hutang:

نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Ertinya : "Roh seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sehingga hutangnya dilunaskan." (Riwayat Al-Tirmizi, hadis hasan)

Hadis ini menunjukkan bahawa roh seseorang tidak akan mendapat ketenangan hingga hutangnya diselesaikan, sama ada oleh dirinya sendiri atau warisnya selepas kematian. Justeru, setiap hari dilengahkan bayaran hutang yang sebenarnya mampu dibayar, mendedahkan seseorang kepada risiko 'tersangkut' dari rahmat Allah di alam barzkah kelak walaupun dia mati syahid sebagaimana ada disebut dalam satu hadis lain.

Ancaman lebih keras disebut dalam hadis:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ

Ertinya : "Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat untuk membayarnya, Allah akan memudahkan baginya untuk melunasinya. Tetapi sesiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya (tidak membayar), maka Allah akan membinasakannya." (Riwayat Al-Bukhari)

Ambil berat dan paling seriuslah dalam melunasi hutang yang tertunggak dari masanya, apabila sahaja ada wang, selesaikan hutang dahulu walaupun beransur, JANGAN salahguna untuk tunai umrah dan sedeqah keluar pula, kerana selesai hutang tertunggak adalah lebih awla. Ini termasulah hutang tertunggak perniagaan, membeli barangan secara tangguh dan pinjaman wang tunai dari pihak lain.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com




Subuh masuk lewat ketika ini ( iaitu jam 6:07 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir.

Waktu solat tahajjud bermula selepas isyak (kemudian tidur dahulu) dan tamat adalah masuk waktu Subuh atau masuk waktu fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. Jangan mensasarkan kemulian di dunia tetapi matlamat sebenarnya adalah di akhirat. Insha Allah.

Kemaskan lagi solat-solat dengan cara mendirikan yang betul lagi kemas, boleh ikuti kursus intensif tatacara solat, wudhu dan solat jemaah di sini

https://mycourse.my/courses/wudhu-tatacara-solat-solat-jemaah-sempurna/

Dijamin bermanfaat, Insha Allah.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Join grup saya
https://t.me/DrZaharuddinGroup






Dalam kehidupan ini, manusia sering sibuk mengejar urusan dunia hingga lalai menyediakan bekalan untuk akhirat. Namun, Allah SWT telah memberi peringatan agar manusia tidak terpesona dengan dunia yang fana ini.

Rezeki dunia yang diperoleh hendaklah dijadikan alat untuk meraih kebahagiaan akhirat, seperti melalui amal soleh, sedekah, dan ketaatan kepada Allah.

Firman Allah SWT:
‎فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ۝ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ“
Ertinya: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.”(Surah Al-Insyirah: 7-8)

Ayat ini menegaskan kepentingan untuk sentiasa mengarahkan perhatian dan usaha kepada Allah, walaupun sibuk dengan urusan dunia.Firman Allah SWT
‎:وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ“
Ertinya: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”(Surah Al-Qasas: 77)

Ayat ini mengingatkan manusia supaya mencari kebahagiaan akhirat melalui rezeki dunia, dengan tidak melupakan tanggungjawab duniawi, namun sentiasa menjadikannya alat untuk kebaikan akhirat.

Gunakan harta dunia untuk akhirat. Firman Allah SWT:
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ ۗ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ“
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami rezekikan kepadamu sebelum datangnya suatu hari di mana tidak ada jual beli, tidak ada persahabatan, dan tidak ada syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Baqarah: 254)

Ayat ini mengingatkan bahawa sebahagian rezeki dunia yang diperoleh hendaklah digunakan untuk bekalan akhirat, seperti dengan bersedekah dan membantu sesama manusia.

Hadis Rasulullah SAW tentang dunia dan akhiratSabda Rasulullah SAW:
‎الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Ertinya: Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW:
‎أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ، يَعْنِي الْمَوْتَ“
Ertinya: Perbanyaklah mengingat pemutus kenikmatan (iaitu kematian).”(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hadis ini mengingatkan agar manusia tidak terlena dengan kenikmatan dunia, kerana kematian akan mengakhirinya. Dengan mengingati kematian, manusia akan lebih berhati-hati dalam menggunakan masa dan hartanya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.elzarshariah.com


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


TEN ATTITUDES OF SMART PEOPLE

1. They are usually quiet than others – Smart people often prefer to listen and observe rather than dominate conversations.

2. They are aware of their own ignorance – Smart people recognize the limits of their knowledge and are open to learning more.

3. They avoid bragging – Instead of bragging, smart people let their actions speak for themselves.

4. They are humble – Despite their intelligence, they remain modest about their abilities.

5. They may have fewer close friends – They find it difficult to connect deeply with others because of their unique perspective.

6. They ask insightful questions – Smart people question deeply, seeking to understand and analyze.

7. They identify flaws and loopholes – They often examine systems or arguments to find imperfections.

8. They enjoy reading – A love of books and continuous learning is common among intelligent people.

9. They have strong intuition – They can often sense the true intentions and feelings of others.

10. They avoid confrontation – Intelligent individuals generally avoid unnecessary arguments and conflicts.
"Live purposefully"

6.1k 1 45 6 108

Bagi para pelabur saham, salah satu aspek yang adakalanya kurang perhatian adalah caj komisyen broker per trade, ada yang mengenakan caj USD25 per trade untuk saham global, ia sangat mahal khsusnya bagi pelabur kecil-kecilan.

Di pasaran tempatan ada yang mengenakan caj pada kadar 0.08% ke 0.5% per trade. Ia sebenarnya mengurangkan kemampuan keuntungan trader.

Namun satu platform pelaburan Saham Berlesen yang baru beroperasi di Malaysia, Webull, semua trader saham berpeluang menikmati 0% komisen bagi setiap dagangan saham selama 180 hari !

Selain itu ia juga punyai akaun deposit Islamic iaitu HSBC AMANAH dan sekatan tersalah pilih dari melabur ke syarikat berpengkalan di Isra** bagi saham-saham di pasaran Global.

Menurut pengalaman kami sendiri yang telah menggunakan platform Webull, setiap pengguna akan menikmati:
✅ 0% Komisen – Tiada caj komisen untuk 180 hari pertama.
✅ 0% Caj Platform
✅ 0% Caj Penyelesaian (Settlement Fee)
*tertakluk kepada terma dan syarat

Bagaimana Cara Untuk Bermula?

Daftar Akaun & Depositkan Modal

Depositkan sekurang-kurangnya RM8,000 ke dalam akaun Webull anda. Pastikan jumlah tersebut dikekalkan selama 30 hari untuk melayakkan anda menikmati faedah eksklusif ini.

Daftar dengan hanya imbas kod QR atau melalui pautan https://www.webull.com.my/k/shariahinvesting
https://www.webull.com.my/k/shariahinvesting

Tuntut Ganjaran Saham Patuh Syariah Percuma Bernilai RM500*

Sebagai penghargaan kepada pengguna, Webull menawarkan pemberian saham AS patuh syariah bernilai RM500 secara percuma apabila anda melengkapkan sekurang-kurangnya satu dagangan BELIAN.

*tertakluk kepada terma dan syarat




http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/546-siapa-lelaki-dayus-menurut-islam-.html

Bacaan bermanfaat khususnya buat para bapa dan suami. Isteri dan semua wanita juga amat perlu memahami hal ini.


KWSP mengurus lebih RM 1.2 trillion dan sekitar 40 % dilaburkan dalam pasaran saham awam di dalam dan lur negara. Ia berjaya hasilkan lebih 50 % dari keuntunagn KWSP setiap tahun. Bagi individu biasa, yang ada kemahiran dan pengetahun saham, kini turut boleh melabur dalam saham setelah kajian masing-masing sambil mengetahui status saham-saham di USA, melalui platform Webull dan transaction fee pada 0% selama 180 hari. Ini sangat menjimatkan.

Hasil pelaburan yang halal membawa keberkatan dalam kehidupan, manakala yang haram membawa kerugian di dunia dan akhirat. Pelaburan dalam syarikat yang tidak patuh shariah boleh menyebabkan rezeki kita menjadi tidak berkat dan terhalang doa.

Disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa:
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِك
Ertinya : "Kemudian Nabi saw menceritakan tentang seorang lelaki yang telah menempuh perjalanan jauh (musafir), sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (HR Muslim)

Selain itu, Platform Webull turut menawarkan fungsi Akaun Bank Islamik, dengan kadar pulangan indikatif sehingga 2% dan 2.5% untuk tunai (tidak dilaburkan) dalam MYR dan USD masing-masing.

Untuk memulakan pelaburan anda secara patuh Syariah, boleh daftar segera melalui QR Scan atau pautan
https://www.webull.com.my/k/shariahinvesting
https://www.webull.com.my/k/shariahinvesting




Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Ai jelaskan peranan syaitan, cukup menarik dan bagus untuk kita ambil pengajaran walaupun dari Ai. Perlu usaha elak pergaduhan sesama sendiri dan banyak lagi.



Показано 20 последних публикаций.