JADILAH VAKSIN BUKAN VIRUS
PERHATIAN.
Percayalah, tiada guna lockdown satu negara kalau ramai antara kita yang masih belum mampu lockdown nafsu diri sendiri dari menyebarkan informasi dan berita-berita palsu yang memburukkan keadaan.
Percayalah, kebimbangan utama semua dan majoriti dari kita sekarang bukan hanya bimbang dijangkiti virus tetapi juga kebimbangan dipenuhi oleh virus berita dan serangan fakta-fakta palsu.
Maka, Berhentilah forward atau menyebarkan perkara dan info yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya atau kita bukan pakar berkenaannya.
Kesan maklumat atau berita palsu boleh mendatangkan bahaya lebih besar malah memberikan tekanan kepada pihak-pihak bertanggungjawab untuk menangani krisis ini.
Bayangkan masa berjam-jam pihak berkuasa untuk memantau dan memperjelaskan setiap berita palsu yang tersebar seluruh negara. Masa berharga ini sebaiknya digunakan bagi kerja-kerja mencari dan mengimplimentasi penyelesaian krisis yang lebih besar.
Jadilah warganegara yang bertanggungjawab dan bertoleransi dengan membantu mengurangkan kesan akibat krisis bukan menambahkan lagi kekusutan mencari jalan penyelesaian.
Vaksin utama kepada virus berita palsu adalah dengan sentiasa merujuk kepada sumber yang sah. Telegram MKN adalah antaranya.
Jadilah vaksin bukan virus.
Mudah kan?
Boleh kan?
👍😊
-Capt Inspirasi-