Jangan dibawa main dendam seorang perempuan.
Dulu ketika masih bersama, merekalah pasangan yang paling cocok. Sentiasa ada disisi untuk memberi sokongan dan cinta yang tak berbelah bagi.
Pergi merata ceruk pasti akan dikemas kini dalam media sosial. Sampaikan orang tengok pun berasa seolah-olah kita juga melancong secara maya. Kemewahan, pengaruh dan keluarga yang kita nampak sempurna.
Kita semua impikan ada pasangan sebegitu dengan kekayaan sebegitu.
Namun, akhirnya terputus juga di tengah jalan angkara orang ketiga. Mungkin kemarahan yang membuak-buak kerana pasangan berpaling tadah? Berubah hati?
Masing-masing terus merancang beberapa bentuk penderitaan dan kesukaran hidup bagi bekas pasangan hanya kerana memvunuh bukanlah jalan yang terbaik bagi membalas dendam. Jalan terbaik adalah dengan memburukkan situasi hidup bekas pasangan supaya lebih menderita dan terseksa mental.
Perkara ini bukanlah perkara yang harus dibanggakan oleh warga maya. Orang ramai hanya tengok untuk bertepuk tangan saja. Yang sakitnya, siapa?
Faham nak naikkan semangat perempuan yang ditinggalkan oleh suami. Boleh bangkit dengan bingkas tanpa pandang ke belakang. Yang ini aku faham.
Tapi pengaruh yang ada tu telah disalahgunakan untuk melempiaskan dendam yang telah lama terbuku di hati masing-masing.
Kesian betul kat anak-anak yang menyaksikan pertelingkahan sebegini antara ibu bapa mereka.
Teringat kata-kata William Shakespeare:
‘Hell hath no fury like a woman scorned’
Yang bermaksud,
"Api neraka pun tak sepanas dendamnya seorang perempuan."
Terlalu mencintai juga akan menyebabkan terbukanya pintu kekecewaan yang terlalu mendalam kelak.