Tips Penulisan Wattpad Inkfinity


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐅𝐈𝐍𝐈𝐓𝐘:
ㄴ 𝕊𝕖𝕝𝕖𝕡𝕒𝕤 𝔻𝕣𝕒𝕗 ℙ𝕖𝕣𝕥𝕒𝕞𝕒 𝟚.𝟘
✄ ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ✎

Hai bakal penulis hebat!

Menulis, semua sudah. Menyunting, sudah. Apa-apa pun, sudah!

Katakanlah, sekarang anda sudah ada sebuah manuskrip yang sudah sempurna dan bersedia untuk dihantar ke penerbit.

Persoalannya, adakah anda tahu tatacaranya?

Risau jika  manuskrip tersalah hantar rumah penerbitan?
Bagaimana jika ada terbuat silap yang boleh menggugat peluang terbit? 😨

Usah risau, usah runsing! Mari sertai Inkfinity dalam perkongsian untuk membincangkan:

┏━━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━┓
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐊𝐑𝐈𝐏
𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓
┗━━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━┛

Bersama:
𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗢𝘀𝗺𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗲𝗻 (@Aimannordin0)
Penulis 'Laga Pujangga' dan 6 lagi judul buku lain.

Tarikh: 27/4 (Sabtu)
Waktu: 9.00 malam - 10:30 malam
Platform: Live Telegram Inkfinity
Pautan: https://t.me/lnkfinity

Tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang!

259 1 4 16 14

🔴 PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY KELAS PENULISAN INKFINITY: PROSES SUNTINGAN KENDIRI 🔴

Tahniah kepada para pemenang!
Sila hubungi Tuan @ajwadmohdshafie segera!


Репост из: Ajwad Shafie
Pemberian Hadiah (Giveaway)!

• Hadiah istimewa untuk 2 orang bernilai RM99 seorang.

• Slot tajaan untuk sertai Kelas Penulisan untuk Pemula: Cabaran Tulis Konten 30 Hari.

• Syarat penyertaan:
1. Kongsi takeaways daripada sesi ini di X, Facebook atau Instagram.
2. Gunakan tanda pagar #SuntingSendiri dan #CabaranMenulis.

• Pemenang akan diumumkan di X (@ajwadshafie) malam esok 22/4/2024.


𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐊𝐅𝐈𝐍𝐈𝐓𝐘:
ㄴ 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐃𝐫𝐚𝐟 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝟏.𝟎

✄ ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ ✎
Hai, bakal penulis-penulis hebat!
Anda sudah ada draf manuskrip yang sudah siap atau hampir siap?

Langkah seterusnya, anda perlu menggilap karya anda. Sebagai penulis, anda patut jadi editor pertama pada karya anda sendiri!
Kerja penulisan sebenar berlaku di tahap ini kerana ada begitu banyak aspek yang anda perlu perhatikan!

Tapi, anda tidak tahu bagaimana?

Jangan risau!
Sertai Inkfinity untuk membincangkan:

┏━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━┓
𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐒𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈
┗━━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━━━┛
Bersama:
𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗷𝘄𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗳𝗶𝗲
Pengasas & jurulatih utama Prolead Training & Learning (Prolead Legacy)

Pada ketetapan yang berikut:

𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 21 April 2024 (Ahad)
𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂: 09.00 - 10.00 malam
𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺: Live Chat Telegram Inkfinity
𝗣𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻: https://t.me/lnkfinity

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu pengetahuan bersama kami!
Jumpa anda nanti!


[QUIZ #INC2024] HURUF BESAR DAN KECIL - NAMA JAWATAN Pilih penggunaan huruf besar dan kecil yang SALAH pada nama jawatan.
Опрос
  •   Beliau merupakan Inspektor Polis yang terlibat penyiasatan kes berprofil tinggi itu.
  •   Doktor Kamil telah menulis antologi cerpen yang bertajuk 'Habuk Bintang'.
  •   Umairah sedang menulis cerpen tentang dua orang saintis yang harus mencari vaksin untuk virus baru.
56 голосов


[QUIZ #INC2024] HURUF BESAR DAN KECIL - NAMA ORANG Pilih jawapan yang BETUL.
Опрос
  •   Zaqi Adiputra Bin Harith Zainal
  •   Maisarah Filzah Azzahra binti Masri
  •   Aishwarya Rai A/P Abhay
  •   Gopal a/L Arumugam
57 голосов


[QUIZ #INC2024] TANDA PETIK BERGANDA ("...") Pilih contoh ayat yang BETUL.
Опрос
  •   " Saya nak jadi penulis! " kata Nad dengan bersemangat.
  •   "Saya nak jadi penulis! " kata Nad dengan bersemangat.
  •   " Saya nak jadi penulis!" kata Nad dengan bersemangat.
  •   "Saya nak jadi penulis!" kata Nad dengan bersemangat.
  •   "Saya nak jadi penulis"! kata Nad dengan bersemangat.
  •   "Saya nak jadi penulis," kata Nad dengan bersemangat.
56 голосов


[QUIZ #INC2024] FORMAT TANDA BACA Pilih contoh ayat yang salah.
Опрос
  •   Ingat , mata pena lebih tajam daripada mata pedang .Ada perjuangan yang bergerak ... kerana tinta.
  •   Ingat, mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Ada perjuangan yang bergerak... kerana tinta.
56 голосов


Semoga hari penuh berkah ini memberi kita kedamaian diri dan hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami, Inkfinity Writers Guild.

Selamat menyambut hari raya, semua! ✨️


Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1445H/2024M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita sambut kedatangan malam penuh barkah ini dengan menghayati ibrah peristiwa Nuzul Al-Quran dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita.

#inkfinity #nuzulalquran #ramadan


┏━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┓
PERINGATAN TERAKHIR!
┗━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┛

Hai, peserta-peserta Inkfinity Novella Challenge 2024!

Hari ini sudah 22 Mac, iaitu tarikh tamat pusingan kedua INC2024! Sudahkah anda mencapai minimum 10K patah perkataan?

JANGAN LUPA ISI BORANG PUSINGAN 2
Borang akan ditutup jam 3:40 pagi esok. Jadi, selagi ada masa... Pulun siapkan kuota patah perkataan anda!

Pautan:
https://forms.gle/5fCLSzkmbXr4bXdC7

Hadiah tambahan untuk pemenang pusingan kedua akan diemelkan! Jangan sampai terlepas ya!

Semoga berjaya!

"Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!"


BORANG PUSINGAN 2 INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024

Hai, pejuang-pejuang aksara!

Kita sedang menghitung hari sebelum tarikh tamat pusingan kedua INC2024, iaitu pada 22 March 2024. Adakah anda sudah berjaya mencapai 10,000 patah perkataan yang dikehendaki untuk menakluki cabaran menulis novella ini?

Belum?

Jangan putus asa dulu!
Anda masih ada masa lagi untuk melengkapkan kuota bilangan patah perkaraan anda sebelum tarikh akhir pusingan ini. Anda pasti boleh!

Anda sudah berjaya?

Tahniah!
Anda tinggal selangkah lagi untuk berjaya menyiapkan novella anda dalam masa yang singkat. Sebelum anda meneruskan pecutan akhir, silalah isi borang ini. Benarkan kami meraikan kejayaan ini bersama anda!

Pautan Borang Pusingan 2 INC2024;

https://forms.gle/5fCLSzkmbXr4bXdC7
(Pautan ini juga boleh didapati di 'bio' Wattpad, Telegram dan Instagram rasmi Inkfinity)

Borang akan dibuka dalam tempoh berikut. Jangan sampai terlepas!

Mula    : 20 Mac 2024, 3:40 AM
Tamat : 23 Mac 2024, 3:40 AM

Pusingan akhir akan serta-merta bermula pada 23 Mac - 6 April 2024 dan kami akan menuntut 17,000 patah perkataan jumlah keseluruhan cerita anda untuk dianggap pemenang cabaran ini.

Semoga berjaya!
Jumpa anda di pusingan akhir!

"Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!"


BORANG PUSINGAN 2 INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024 KINI DIBUKA!❤️


PEMENANG PUSINGAN 1 INKFINITY NOVELLA CHALLENGE 2024

Seperti yang anda ketahui, untuk pusingan 1, peserta dicabar untuk menulis 4,000 patah perkataan selama 10 hari (1 Mac - 10 Mac).

Kelebihan yang didapatkan oleh para pemenang:

✓ Mendapat pelekat pusingan
✓ Mendapat 'follow' daripada Inkfinity dan penganjur (jika belum)
✓ Diutamakan urutannya dalam Senarai Bacaan rasmi INC2024
✓ Diutamakan oleh penganjur untuk bacaan, promosi dan penilaian
✓ Dipromosikan di Instagram story Inkfinity

Nak tau siapa? Bacalah di sini!

https://www.wattpad.com/1429975781?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=lnkfinity

Nota:
Penerima kelebihan ini terhad pada data yang kami dapatkan daripada borang Gform pusingan 1.

*⋆*❀❁❀*⋆*❀❁❀*⋆*❀❁❀*⋆*

Jika anda tidak tersenarai sebagai pemenang pusingan 1,
JANGAN MENGALAH DULU!

Anda tidak tersingkir.
Oleh itu, anda perlu teruskan menulis dan cuba menakluki cabaran Pusingan 2 pula.

┏━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┓
    Tempoh Cabaran Pusingan 2
     11 Mac 2024 - 22 Mac 2024

    Jumlah Bil. Patah Perkataan
                   10K
┗━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┛

Akan ada kelebihan-kelebihan dan hadiah yang lebih hebat anda boleh nikmati jika anda berjaya.

Borang Pusingan 2 akan dikeluarkan 3 HARI sebelum tarikh tamat pusingan 3. Pastikan anda sudah:
✓ Ikuti kami di Wattpad
✓ Ikuti kami di Instagram
✓ Sertai kami di Telegram
agar anda tidak ketinggalan maklumat terkini.

"Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!"


Marhaban ya Ramadan.

Berbuah lebat pohon amra,
Hinggap sebentar burung kenari,
Bulan mulia telah tiba,
Tambah ibadah perbaiki diri.

Semoga Ramadan tahun ini kita dapat jalaninya dengan penuh ketenangan dan ketakwaan disamping meningkatkan kualiti kesihatan dengan amalan berpuasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua ahli Inkfinity Writer Guild.


Ramai rakan-rakan penulis setuju, nak menamakan watak umpama menamakan anak sendiri. Lagi-lagi watak utama. Berhempas pulas penulis melakukan carian hanya untuk mencari nama-nama yang indah, menarik dan mempunyai maksud yang molek-molek.

Tetapi ada juga penulis terlepas pandang beberapa perkara penting ketika hendak menamakan watak-watak dalam cerita yang ditulis.

Baca tips di atas supaya anda lebih peka memilih nama watak dalam cerita anda. ✨️

Semoga bermanfaat! 💚

✍🏼

Suka #TipsPenulisan seperti ini?

Sertai channel Telegram kami di:
https://t.me/Inkfinity_notes

🍀

Tekan pautan untuk lihat dan baca hantaran yang dimuat naik di Instagram kami;
https://www.instagram.com/p/C4Qju6lJFC4/?igsh=MWF0NnEycHBjMnc3dw==


'𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗗𝗶𝗷𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗚𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴'

Selamat Hari Wanita Sedunia 2024 daripada kami, pihak Inkfinity Writers Guild.


𝐈𝐍𝐊𝐅𝐈𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐋𝐋𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟒
♦️♦️♦️𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐬𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝟏 ♦️♦️♦️

Hai, pejuang-pejuang aksara!

Bagaimana? Adakah anda sudah berjaya mencapai 4,000 patah perkataan yang dikehendaki untuk lulus pusingan pertama cabaran menulis novella kami ini?

Belum?
Jangan putus asa dulu! Hari ini baru 8 Mac 2024! Anda masih ada TIGA hari lagi untuk melengkapkan kuota kiraan patah perkataan anda sebelum tarikh akhir pusingan ini. Anda pasti boleh!

Anda sudah berjaya?
TAHNIAH! Dengan kemampuan anda menulis begitu banyak dalam masa yang singkat begini, anda mungkin bakal menjadi penulis yang prolifik di masa depan! Silalah tunjukkan bukti kejayaan anda di borang ini, agar kami dapat meraikannya dengan anda!

Pautan Borang Pusingan 1 INC2024:
🔗https://forms.gle/RZ5ie6EEqKwjmQVPA
(Pautan ini juga boleh didapati di 'bio' Wattpad, Telegram dan Instagram rasmi Inkfinity)

Borang akan dibuka dalam tempoh berikut. Jangan sampai terlepas!
┏━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┓
  Mula    : 8 Mac 2024, 02:30 AM
  Tamat : 11 Mac 2024, 02:30 AM
┗━━━━━━ ◦ೋ✮◦ೋ ━━━━━━┛

Pusingan kedua akan serta-merta bermula pada 11 Mac - 22 Mac 2024 dan kami akan menuntut 10,000 patah perkataan jumlah keseluruhan cerita anda untuk lulus ke pusingan akhir.

Semoga berjaya!
Jumpa anda di pusingan kedua!

"Realisasikan Mimpi, Bebaskan Kreativiti!"


#TipsPenulisan

Watak Anda Menghadapi Masalah!
'Masalah' yang dimaksudkan di sini ialah cabaran, kesulitan, konflik atau kesukaran yang dihadapi dalam cerita. Misalnya, tentangan daripada ibu bapa, peperangan... atau dalam erti kata lain, plot.

Bila berhadapan dengan masalah, watak cerita kita mestilah aktif mencari cara untuk mengatasinya. Jika tidak, mereka akan dianggap watak pasif dan watak pasif sangatlah tidak menarik.

Berikut ialah 3 cara untuk memantapkan plot:

1. Buatkan watak perlu membuat keputusan
Rintangan yang kita letakkan sepanjang perjalanan watak untuk mencapai matlamat akhir mestilah sesuatu yang memaksa watak berhadapan dengan pilihan. Antara beberapa pilihan itu, mereka mesti membuat keputusan. Lantas, keputusan yang dibuat oleh watak itulah yang akan mempengaruhi jalan cerita.

2. Pilihan yang ada mestilah sangat susah
Berikan watak itu pilihan yang sukar kerana semuanya memberikan konflik dalaman kepadanya. Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Sentiasa ingat bahawa watak akan membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor berikut:
> Motivasi
> Latar belakang
> Bagaimana mereka dibesarkan
> Moral/etika/adat/kepercayaan
> Ketakutan
> Kesetiaan

Watak akan mengalami konflik dalaman ketika membuat keputusan jika perkara tersebut bertentangan dengan prinsip yang selama ini dipegang.

3. Kenalpasti jenis pertaruhannya
Bergantung ceritanya, pertaruhan yang akan dialami oleh protagonist cerita tersebut akan berbeza.

Misalnya,
> Novel fiksyen sains tentang bagaimana Bumi akan ditakluki oleh makhluk luar angkasa yang kejam? Itu pertaruhan berskala tinggi.
> Novella romantika tentang seorang pemuda yang tidak dapat kembali ke kampung kerana tiket bas habis? Itu pertaruhan berskala rendah.

Isunya bukan pada skala pertaruhan tinggi atau rendah. Ini bukan tentang yang mana lebih baik, tetapi kita perlu tahu di mana aras yang sesuai untuk cerita kita. Cerita yang tidak sepadan dengan pertaruhannya bakal payah untuk memikat pembaca.

Semoga bermanfaat!


#TipsPenulisan

Teknik Membina Romantika Dalam Cerita

1. Jadikan hero & heroin harus sentiasa bersama.
Samada ia sesuatu yang tidak sengaja, rutin atau pertemuan kasual, pertemuan yang kerap memungkinkan mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain.

2. Perlahan-lahan tapi pasti
Tidak peduli betapa romantisnya cinta pandang pertama, dalam penulisan ia akan nampak seperti dipaksa-paksakan. Tulislah sebuah cerita cinta yang bersemi sedikit demi sedikit seiring perkembangan wataknya. Atau, berikan mereka pertemuan pertama yang mencetuskan percikan emosi yang tidak dapat dilupakan. Tidak semestinya ia sesuatu yang menyenangkan.

3. Tunjukkan mereka mulai suka & selesa dengan kehadiran sesama mereka
Selesa ialah apabila mereka merasa selamat untuk menunjukkan sisi diri mereka yang tidak mereka tunjukkan pada orang lain dan pergaulan mereka lebih santai & kasual.

4. Buatkan mereka saling memerlukan untuk perkara-perkara praktikal
Kita memerlukan dan bergantung dengan orang lain untuk bertahan hidup. Mungkin hero ialah seorang peguam dan heroin ialah seorang aktivis yang memerlukan pembelaan di mahkamah. Kreatiflah dalam memilih pekerjaan untuk watak-watak anda.

5. Buatkan mereka bingung dengan perasaan cinta yang baru bercambah
Mereka cuba menafikan tetapi tidak dapat mengawal bila jantung mereka berdebar atau merasa riang setiap kali melihat orang yang disukainya.

6. Berikan mereka sesuatu untuk mereka tengkarkan
Hero & heroin perlu ada sesuatu yang mereka setujui, tapi juga perlu ada sesuatu yang membuatkan mereka boleh bertengkar hebat untuk jadi penyebab ketegangan hubungan. Ketika inilah, mereka akan pergi pada watak sampingan untuk nasihat, untuk kearah yang lebih baik atau lebih buruk.

7. Ciptakan pengejaran
Pengejaran ialah apabila mereka sedaya upaya mencurahkan usaha dan tenaga demi mendapatkan cinta sang kekasih sebelum terlambat atau hilang dari pandangan agar dapat buatkan pembaca bersorak untuk mereka.

Semoga bermanfaat! 🍀

Показано 20 последних публикаций.

146

подписчиков
Статистика канала