SENDIRI MENYEPI
Dulu aku selalu pelik, kenapa ada sesetengah orang perlukan orang lain?
Kenapa ada orang, asyik nak kena berteman?
Sampailah aku merasai sendiri perasaan yang sama. Entah kenapa, hari itu, aku rasa sepi tiba-tiba.
Agaknya sebab sudah lama tidak berasa keseorangan. Terlalu lama tempoh aku rasakan diri sudah biasa berteman.
'Ya Allah! Kenapa tiba-tiba rasa lonely macam ni?'
Rasa kosong.
Rasa sunyi.
Rasa macam hiba.
Rasa nak menangis pun ada.
Aku berjalan dan terus berjalan.
Sambil diri terus bertahan dengan peperangan yang berlaku antara dua raja perasaan.
Lama, baru aku tersedar. Sebenarnya Allah nak ingatkan aku tentang suatu perkara yang sudah kutinggal lama.
Allah nak beritahu aku yang selama ini, Dia sentiasa ada.
Di kala manusia tidak ada, Dia kan selalu menjadi peneman setia.
Di kala manusia pergi, dia tidak akan pernah meninggalkan diri ini.
Allahu akbar!
Rupanya itu yang Allah nak ajar!
Allah nak jentik hati untuk kembali kepada fitrahnya semula!
'Aku ada... Aku sentiasa dekat...'
Dalam kesunyian perasaan, seperti terdengar satu bisikan. Serta-merta hati terasa berbunga.
Kesedihan tadi bertukar menjadi rindu. Seolah terasa pelukan kasih sayang daripada Yang Maha Agung yang membuatkan hati bertambah syahdu.
Jadi, teman...
Dia saat nanti kau diuji dengan rasa berseorangan, bergembiralah.
Kerana itu adalah peluang untuk kau merasa 'berdua-duaan' dengan Tuhan.
Ambil peluang berbisik-bisik dengan Dia. Mengadu pada Dia. Menangis merindukan-Nya. Berdoalah memohon kembali cinta kepada Yang Maha Esa.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu. Dan cinta kepada amalan yang dapat membawaku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, jadikanlah bagiku cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku sendiri, keluargaku dan air yang sejuk."
Kemudian, senyumlah semula.
Dan, perasan tak?
Bila kita sorang-sorang, Allah akan gembirakan kita dengan perkara kecil yang berlaku di sekeliling. Kita akan lebih menghargai setiap perkara.
Tiba-tiba, Allah pertemukan kita dengan orang baik yang bantu permudahkan urusan kita.
Tiba-tiba, Allah izinkan kita untuk happy dengan tolong orang ke. Dengan berbalas senyum dengan acik cleaner misalnya. Dengan buat kanak-kanak gembira. Dengan apa-apa peristiwa yang membuatkan kita bertambah syukur akan nikmatNya.
Masa tu, barulah kita tersedar. Allah lah sebaik-baik Penghibur hati kita.
"When you feel all alone in this world. And there's nobody to count your tears. Just remember no matter where you are, Allah knows..."
Hakikatnya...
Sendiri menyepi adalah peluang untuk kau berdekat-dekat dengan Ilahi.
Kerana apa?
Kerana kita, bila selalu 'ada' manusia, mudah saja terlupa tentang kewujudan Dia, Sang Pencinta.
Di saat kau sunyi, peganglah hati.
Berkata-katalah menggunakan nikmat 'lidah' yang tersembunyi ini.
"Ya Allah... aku rindu Kau. Hanya Kau yang boleh buat aku happy. Maafkan aku, dah lama asyik terbuai dengan manusia. Sudah lama pula aku tinggalkan Engkau Yang Maha Mencinta. Kembalikan aku kepada mencintai-Mu, Ya Rabb."
Bila hati terasa sunyi, itu petanda ruh sedang merindui Ilahi. Maka, kembalilah kepada fitrah yang suci.
@Ruang_Aksara