🌸Seindah Sakura Official💕
💍
Cinta Seuntai Tasbih
📿
*By:HajarHeliza*
PART 2
"Kamu ni..ibu cakap hujung minggu ni ada orang datang nak merisik kamu.lbu harap kamu setuju,"ujar ibuku buat kali kedua dengan riak wajah yang amat teruja.
Aku hanya mampu mempamerkan senyuman plastik buat ibuku.Riak wajah aku kekalkan walaupun nyata aku terkejut dengan berita yang baru diperkhabarkan oleh ibuku itu.
Aku memandang sekilas ayah yang sedang membaca akhbar di sebelah ibu tanpa mahu masuk campur perbincangan kami.
Aku tunduk menekur lantai buat seketika.'Awak...maafkan saya kerana telah mengkhianati janji yang telah kita buat dulu.Saya terpaksa..,'rintih hatiku.
Aku sedaya upaya cuba menahan air mataku daripada gugur di hadapan ayah dan ibu.
"Jadi,apa keputusan Raisya?,"soal ibuku dengan riak tidak sabar.
Iyalah...aku ni anak perempuan tunggal mereka.Abang-abangku semua telah kahwin.Kawan-kawanku,ada yang sampai dah dapat anak.Aku,masih tidak berkahwin walaupun umurku sudah 26 tahun...kenapa???sebab... aku sedang tunggu seseorang.
Ibu setia menanti jawapanku sambil sekali sekala berbual-bual dengan ayah.
Aku pandang wajah ibuku.Dan aku pandang pula wajah ayahku.Berat sebenarnya untuk membuat keputusan ini dalam hidupku.Tapi,mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka untuk membesarkanku,aku terpaksa setuju.Terpaksa korbankan jiwa dan ragaku walaupun kelak aku yang bakal terluka akibat keputusanku ini.
Aku redha... Kerana aku tahu Dia telah merancang yang terbaik buat kita melangkaui apa yang telah kita rencanakan.
Aku tahu,ibu dan ayah sangat risau akanku yang tidak berkahwin lagi.Seringkali mereka ujarkan tentang persoalan mengenai kahwin padaku.Cuma,saat itu aku belum bersedia lagi kerana hatiku hanya pada si dia.Tapi kini,aku perlu redha dengan semuanya walaupun aku tidak pinta untuk semua ini berlaku dalam hidupku.
'Ya Allah,bantu hambamu ini.Aku harap keputusan yang bakal aku buat ini adalah yang terbaik buatku,'doa hatiku tulus.
"Raisya,"ibu mengawangkan tangannya dihadapan mukaku.
Aku tersentak.Senyum aku hadiahkan buat ibuku yang setia menanti keputusanku sedari tadi.
"Ibu tahu Raisya tak akan kecewakan ibu.Ibu harap Raisya terima.Ibu mana yang tak nak lihat anak dia bahagia.In sya Allah,lelaki yang ibu pilih untuk Raisya adalah yang baik-baik sahaja,"nada suara ibu mula berubah sayu ketika menuturkan ayat itu.tidak seceria tadi.
Ada rasa sebak yang menjalar di hatiku ketika ini.
Air mata tidak dapat ku tahan lagi.
"Ibu...,"
aku segera memeluk ibu.Erat.
"Raisya setuju ibu.Raisya yakin lelaki itu adalah yang terbaik buat Raisya.Raisya sayang ibu,"air mata semakin lebat membasahi pipiku.Aku tidak mahu menjadi anak derhaka.
Pipi kanan dan kiri ibu aku kucup.Ibu turut menangis sambil mengucup dahiku.
Ayah hanya memerhatikan kami sambil mengukirkan senyuman.
~BERSAMBUNG~