SOAL JAWAB
HADIR KENDURI TANPA DIJEMPUT
SOALAN:
Apakah hukumnya orang yang tidak dijemput oleh tuan rumah pergi makan pada majlis kenduri yang diadakan?
JAWAPAN:
Orang yang tidak dijemput oleh tuan kenduri haram ia makan makanan atau minuman yang disediakan pada majlis tersebut melainkan dia tahu andainya tuan kenduri sedar kedatangannya maka tuan rumah redha atau suka dia hadir makan disitu.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori:
ويحرم التطفل وهو حضور الوليمة من غير دعوة إلا إذا علم رضا المالك به لما بينهما من الأنس والانبساط
Maksudnya: “Haram hukumnya tetamu yang tidak dijemput hadir pada kenduri melainkan apabila dia tahu bahawa tuan rumah redha dengan kedatangannya kerana antara keduanya saling menyukai dan sedia menerimanya.'' [Kitab Syarah Al-Bahjah]
Dan tetamu yang tidak dijemput itu kena ganti segala makanan yang dia telah makan di majlis tersebut jika tuannya tidak menghalalkannya.
Berkata Syeikh Bujairimi:
ولا يبعد الضمان والحرمة حيث لم يعلم رضاه بذلك وأنها تكره حيث علم رضاه لأنها قد تؤذي
Maksudnya: “Dan tiada jauh dikatakan wajib ganti dan haram (makan) itu sekira-kira tidak diketahui redha tuan rumah dengan tetamu yang tidak diundang tersebut.” [Hasyiah Bujairimi]
Kesimpulan
Orang yang tidak dijemput oleh tuan kenduri tidak boleh makan makanan dan minuman yang disediakan pada majlis tersebut melainkan setelah meminta izin dari tuan rumah atau dia mengetahui jika tuan rumah tahu kedatangannya maka tuan rumah akan redha dan suka.
Wallahua’lam
• Wan Muhammad Firdaus •
=======================
☪ Kalam Untuk Semua ☪
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@thepensilkayuofficial