Kita sering kali melihat hidup orang lain dan membuat andaian, “Kau senanglah… Single, tak ada anak, tak ada komitmen.” Tapi, kita lupa bahawa setiap orang ada tanggungjawab dan perjuangan yang mungkin kita tak nampak.
Single tak bermakna tiada tanggungjawab. Ada yang menjaga ibu bapa sehingga hari tua, ada yang membantu adik-beradik dan bermacam jenis komitmen lain.
Setiap orang memilih jalan hidup mereka dengan sebab tersendiri. Daripada membandingkan, lebih baik kita saling memahami dan menghargai usaha masing-masing.
Hidup ini tak sama untuk semua. Tapi, dengan empati, kita boleh saling menyokong tanpa perlu menghukum.♥️
-aisyaa-
29|12|2024
•ᥫ᭡•
@bicarabulanofficial