by Damia' Adnee


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


bercerita berdasarkan pengalaman–
memberi ilmu berdasarkan pengetahuan 💕

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


KEJAM

Makin hari, makin kerap kita dengar kekejaman berlaku tidak kira di dalam atau luar negara.

Dari segi agama, sosial dan lain-lain.

Sampai adanya tahap sanggup berbunuhan.

Pernah tak? Kita terfikir..

"Andai aku mampu berada di tempat yang tertinggi suatu hari nanti, izinkan aku untuk pulihkan dunia daripada segala kekejaman ini !"

Tapi apakan daya,

Perkara yang benar, dianggap bohong, fakta naif.

Namun, perkara yang auta, dianggap benar lagi terjamin kesahihan.

Allahu, kasihan lihat dunia sekarang.

Dunia makin tenat,

Dunia makin parah,

Dan segala perubahan ini terletak pada diri kita.

Kita yang menentukan segalanya.

Semoga kita mampu mengenal yang mana baik, yang mana buruk.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah perkara yang benar dan adil buat dunia ini.

Serta pulihkanlah dunia daripada segala kekejaman yang nyata ini.

Aamiin.


in shaa Allah, one day.
may Allah give us a chance to be His guests ♡


syukur ❤️


Dosa yang paling besar ialah berputus asa. Kerana putus asa lah, Iblis itu menjadi Iblis.

Apa maksud "Iblis"?

Secara bahasa, kata Iblis (الإبليس) berasal dari akar kata balasa (بلس).

Kata tersebut memiliki makna tunggal, iaitu putus asa (يئس).

Bermakna, Iblis digelar Iblis adalah kerana dia telah BERPUTUS ASA dari rahmat Allah SWT.


; Surat Untuk Orang Putus Asa


Kadang, perkara yang remeh juga mampu meregangkan hubungan silaturrahim 🥀


Pilihan di tangan anda sama ada ;
1- Post dengan patuhi syarat-syarat
2-Tidak post gambar diri, namun lebih kepada perkara lain.

Semoga bermanfaat 🌸


Репост из: Seketul Gadis
bila kita rasa orang lain toxic..

cuba cek mungkin diri kita yang toxic dan semua orang dimata kita kelihatan toxic.

bersihkan hati dan fikiran, lapangkan dan tenangkan.

dunia ni banyak perkara yang indah, kecuali sikap busuk hati kita.


Mengapa langit itu bersih dan lapang?
Kerana tiada seorang pun manusia yag menghuninya.


5_6136654160197583174.pdf
4.4Мб
Buat sesiapa yang berminat buku "Hari-hari Tarbiah dalam Hidupku (Pengalaman sebagai Pesakit Covid-19)" karya Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, boleh save ya 🌻


Boleh ke Post/Like Gambar Kawan (Non-Muslim) ?


Introvert 🥀


AIB

Saya pernah buat dosa, kalian pernah buat dosa, semua orang pernah buat dosa.

Tapi,
Betapa indahnya apabila Allah Yang Maha Penyayang itu,
Tutup aib kita daripada diketahui oleh orang lain.

Sebesar-besar dosa yang pernah dilakukan, Allah masih tutup.

Itu tanda Allah sayang akan hamba-hambaNya.

Subhanallah !
Alhamdulillah !
Allahuakbar !

Jadi, kita sebagai pendosa, jangan lah kita senang-senang pamerkan aib kita.

Aib itu perlu ditutup, bukan untuk dipamerkan.

Okay? 🌸


Репост из: Nais Dakwah


PAKAI TUDUNG LABUH ITU USTAZAH? Part 2

Pakai tudung, tak wajib.
Yang wajib, tutup aurat dengan sempurna.

Pakailah apa pun, janji kalau ia mampu tutup aurat kita dengan sempurna, why not kan?

Tapi,
Pernah tak terfikir, apa fungsi pemakaian tudung selama ini selain daripada patuh perintah Allah?

Okay, let's see.

1) Pemakaian menutup aurat yang sempurna itu dituntut kerana untuk menjaga aib/maruah seseorang sebagai Muslim.

2) Ia juga dituntut untuk membezakan setiap agama selain agama Islam.

3) Tiap manusia itu mempunyai nafsu, ada dua golongan yang kita tahu iaitu mereka yang mampu mengawal nafsu dan tidak mampu mengawal nafsu. Maka, pakaian yang menutup aurat ini umpama sebagai kelengkapan untuk kita pertahankan diri kita.

Itu kalau tutup aurat dengan sempurna.
Tapi, kalau tidak?

Mari kita berfikir sejenak, apa fungsi kain yang kita panggil tudung itu jika ia tak
mampu menutup aib kita?

Got it?

Kerana itulah, Allah pernah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat ke 59 ;

Wahai Nabi ! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
.
.
Ingat,
Orang yang bertudung labuh tidak semestinya orang yang baik, tapi orang yang baik pasti memilih untuk bertudung labuh.

🌸


Jika anda seorang yang berkelebihan,
Alhamdulillah, anda amat beruntung.

Maka, gunakan ia sebaiknya ya.

Gunalah ia untuk menuju ke jalanNya, dan bukan yang sebaliknya.

🌻


Kamus Bahsa Arab SALUNI (Mobile).pdf
28.9Мб
Buat sesiapa yang berminat untuk miliki Kamus Bahasa Arab ini, boleh save ya 🌸


🌸


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Salam Maulidur Rasul ❤️

Mari kita ulangkaji sedikit mengenai biodata Rasulullah SAW 🌸


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Wanita itu perlu dilindung, bukan untuk dipamerkan 🌸

Показано 20 последних публикаций.

37

подписчиков
Статистика канала