Hijrah Cahaya Srikandi


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Saya akan kongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat agar memperoleh keberkatan .
Saya bukan manusia yang sempurna .
Mahu menjadi ✨ lebih baik ✨
Doakan saya, doakan saya ❣
spread love ❤ ;
asy's

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


:: 📝❤️ ::

Bila kawan tegur kau lakukan kesalahan , jangan anggap yang kawan nak tunjuk baik . acah alim . kau patutnya berterima kasih . sebab apa ?

sebab Allah masih beri peluang untuk kita berubah ke arah yang lebih baik . Tu tanda , Allah sayangkan kau .

Bila Allah sayang dan cinta pada kau , Allah akan hantar sahabat untuk membimbing kita untuk bawa ke Syurga-Nya bersama-sama .

Sebenarnya kita kene bersyukur . Bukan merungut .

@cahayasrikandi | 93


:: 📝❤️ ::

Jadilah orang yang terbaik di sisi Allah , yang terburuk di mata sendiri ,dan yang sederhana di mata manusia .💐

@cahayasrikandi | 92


:: 📝❤️ ::

Tinggalkan fikiran yang membuatmu lemah ,dan peganglah fikiran yang memberikan kekuatan kepadamu,

@cahayasrikandi | 91


:: 📝❤️ ::

Wahai Lelaki

The moment kau letakkan perempuan lain dalam hati kau lebih daripada seorang ibu .
Selamat datang ke dunia yang penuh dengan keserabutan !

Nak contoh ? Mari kita ambil contoh yang biasa kita dengar dan mungkin kita pernah buat .

Mak : Funan , tolong mak buangkan sampah ni jap .
*funan sedang chatting/oncall dengan makwe*
Funan : ye mak , japp nanti saya buang .

Maksudnya kat sini , kau dah letakkan perempuan yang kau sedang chatting ni , di tempat yang lebih tinggi daripada ibu .
Selamat datang ke dunia yang penuh dengan keserabutan !

@cahayasrikandi | 90


Репост из: Iddin Share ✨ @iddinramli
Hal terindah dalam kehidupan adalah bila hati mula syukur dengan apa jua pemberian Ilahi.

Kerana mengeluh hanya akan membuatkan kau lelah sendiri dengan apa yang telah ditetapkan tidak akan hadir padamu.

Jika kamu mampu bersyukur dengan apa yang kamu miliki, pasti kamu tak akan risau dengan apa yang bukan milik mu.


:: 📝❤️ ::

"Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak".

[Tok Guru Nik Aziz ]

@cahayasrikandi | 89


:: 📝❤️ ::

Doa Mohon Ketetapan dalam Iman dan Islam ✨

@cahayasrikandi | 88


:: 📝❤️ ::

Jagalah solatmu , kerana saat kamu kehilangan solatmu , maka kamu akan kehilangan segalanya ..

[ Umar bin khattab ]

@cahayasrikandi | 87


cepat-cepat doa utk mak..

"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,

Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."

Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..

Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..

Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

Sesiapa nak share, silakan share.

Semoga Mak ditempatkan diantara org2 beriman. Aamiin.

Saya Sayang Emak ❤️

#sharing #jentikhati

@cahayasrikandi | 86


Tajuk : Mak 😢

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..

Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..

Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..

Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..

Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"

Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..

Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..

Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..

Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..

Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"

Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat jenazah utk mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?

Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..

Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."

Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,


Nota Tajwid


Dalam jam 10 malam nanti akan saya share nota tajwid tau . Boleh sama ii belajar dan betulkan cara bacaan , betulkan tajwid dan sebagainya .

Share pada kawan-kawan tau . Nanti kita dapat pahala sebab kita ✨ kongsi kebaikan ✨

Moga manfaat


Life doesn't get easier, you just get stronger ❤️🌸


:: 📝❤️ ::

Doa Mohon Keampunan

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ أَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Daripada Abu Bakar As Shidiq bahwa dia berkata kepada Rasulullah SAW; "Ajarkanlah kepadaku doa yang boleh aku baca di dalam solatku." Baginda menjawab: "Ucapkanlah; "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang."

{HR Ibnu Majah No: 3825}

@cahayasrikandi | 85


:: 📝❤️ ::

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Jom perbanyakkan selawat agar mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW ♥️🌼


:: 📝❤️ ::

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

@cahayasrikandi | 84


:: 📝❤️ ::

sentiasa berdoa .
mintalah apa sahaja pada Allah SWT .
Allah Maha Kaya .

Allah akan beri semua pada saat yang paling tepat .
andai Allah tidak beri apa yang kita minta , mungkin itu bukan yang baik untuk hamba-Nya . malah Allah beri yang lebih baik . Allah akan beri yang terbaik .

sentiasa bersangka baik pada Allah .
doa dengan sungguh-sungguh .
sabar dengan dengan cabaran .

rintih , merayulah pada-Nya .
Allah Maha Mendengar .

Allah tidak biarkan hamba-Nya dengan tangan yang kosong lepas hamba-Nya berdoa .

Pasti Allah akan berikan yang terbaik dalam kehidupan hamba-Nya .

Sebab Allah sayang .
Sebab Allah cinta .

@cahayasrikandi | 83


Репост из: Neelofa
ya Allah..pilih lah aku...

ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengingatiMU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa takut padaMu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa membaca ayat suci Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menegakkan agama Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa berjihad dijalan Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa mengamalkan sunnah pesuruh Mu.
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sujud kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bersyukur kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menunaika solat berjemaah
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertakwa kepada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa menuntut ilmu yg di redhai Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa bertaubat pada Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa merasa hina di sisi Mu..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa sabar dgn ujian MU..
ya Allah,pilihlah aku hamba yg sentiasa dpt melawan hawa nafsu..
ya Allah,pilihlah aku masuk ke syurga Mu

Source : blogspot


:: 📝❤️ ::

Jangan pernah meletakkan sepenuh harapan pada makhluk .

@cahayasrikandi | 82


Kembalilah kepada Allah , walau kau telah berdosa seribu kali

Показано 20 последних публикаций.

234

подписчиков
Статистика канала