🇵🇸 Hujan Lebat Banjiri Khemah di Gaza, Tambah Derita Rakyat Palestin
Hujan lebat telah membanjiri khemah-khemah pelarian Palestin di seluruh Gaza, menambah lagi penderitaan kepada 2.3 juta penduduk yang berhadapan pengeboman berterusan Zionis sejak Oktober lalu.
“Kami berlari pada lewat malam, air hujan membanjiri khemah, makanan rosak, anak-anak menjerit, dan saya takut mereka akan jatuh sakit,” kata Rami, 37, seorang penduduk Gaza yang terpaksa berlindung di sebuah kawasan yang dahulunya merupakan stadium bola sepak.
Pertahanan Awam Palestin melaporkan bahawa ribuan pelarian terjejas akibat banjir musim ini dan meminta bantuan penderma untuk menyediakan khemah baru serta karavan sebagai perlindungan.
“Hujan telah mengakibatkan kerosakan teruk kepada khemah-khemah yang menempatkan ribuan pelarian. Air mengalir masuk dan merosakkan barang-barang serta tilam,” kata jurucakap Pertahanan Awam, Mahmoud Basal, dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau memberi amaran, “Keadaan semasa menandakan bencana kemanusiaan yang nyata jika tiada tindakan segera diambil.”
Jurucakap tersebut merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi menyediakan khemah dan karavan untuk pelarian di Gaza sepanjang musim sejuk.
Perang genosid Israel di Gaza telah meragut lebih 44,000 nyawa, memaksa hampir seluruh penduduk berpindah sekurang-kurangnya sekali dan memusnahkan sebahagian besar wilayah kecil itu hingga menjadi runtuhan.
Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia