Salam Sejahtera ES. Berikut adalah gambar - gambar di susur keluar ke lebuhraya WCE dari Manjung, Perak. Setelah beberapa tahun jalan ini digunapakai tanpa binaan konkrit dibina ditengah jalan tiba - tiba konkrit ini dibina bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang menggunakan jalan ini setiap masa untuk pergi dan balik dari Manjung / Lumut ke destinasi masing - masing. Bagi penduduk taman pula sudah pasti menjadi kegusaran untuk bergerak keluar dan masuk dari taman.
Persoalannya disini, andai kata ia adalah untuk keselamatan penduduk dan untuk pengguna jalan raya; Adakah spesifikasi jalan telah dikaji ? Panjang, lebar, dan situasi dianalisa terlebih dahulu sebelum pihak berwajib memberi kelulusan.
Hal ini dijelaskan oleh kontraktor bahawa kelulusan untuk membina jalan ini telah diberikan namun jalan yang sempit, permukaan jalan yang bertampal dan berlubang boleh menjadi faktor kemalangan jalan raya yang akhirnya akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di jalan yang sempit lagi merbahaya ini.
Moga pihak berwajib mengambil tindakan segera dan alternatif lain bagi menyelesaikan masalah jalan raya sebegini. Sebenarnya, sejak dibina konkrit tengah jalan ini, dah ada kemalangan berlaku. Sekian.