banyak benda yang aku diamkan, bagi yang mengenali aku, aku cuma “riuh” untuk hidupkan suasa bukan “riuh” tentang perkara yang aku jalani.
banyak sakit yang aku diamkan, banyak terasa hati yang aku abaikan, banyak marah yang aku hindarkan. apa yang aku cerita hanya 5% dari apa yang aku jalani hari hari.
masih aku, memeluk lukaku sendiri. mereka cakap aku tidak sunyi, hakikatnya aku anak perempuan yang hadapi semuanya sendiri. tidak bercerita penat lelahku, sakitku kerna tidak mahu dianggap beban.
nota nilai itu sekadar nyawa untuk teruskan pencarian secebis khazanah Tuhan untuk mencari rezeki esok hari. aku pun masih ada harga diri, bukan sengaja.
aku hanya anak kecil yang masih belajar bersyukur sekecil kecil nikmat Tuhan, masih mengolah tapak tapak meniti selepas ini.
janji aku, selagi Tuhan izinkan roh ini memenuhi jasad, akan aku berhenti susahkan nyawa, jadi orang berguna, ubah segala cerita.