Belajar Al Quran


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


- Perkongsian Ilmu untuk belajar membaca Al quran dan tajwid
- Perkongsian Ilmu perubatan islam dan Bahasa Arab dan lain-lain
- InshaAllah sebarkan manfaatnya

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Bunyi dalam mempelajari Al Quran terbahagi kepada 5 bahagian. InshaAllah jika sudah menguasai 5 bahagian ini dengan baik, sudah boleh membaca Al Quran. Seterusnya adalah perihal makhraj, tajwid, sifat huruf dan bacaan ganjil di dalam Al Quran
.
1. Bunyi bacaan pendek
2. Bunyi bacaan panjang
3. Bunyi tanwin
4. Shaddah
5. Sukun
.
.
















Antara sunnah sebelum tidur ialah membaca surah 3 Qul 3x kemudian menyapu badan 3x. Cuma timbul persoalan, kita nak tiup kat tapak tangan tu sebelum baca atau lepas baca?

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ،
'Aisyah radiallahu 'anha meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila pergi ke tempat tidurnya pada malam hati, baginda akan menyatukan kedua tapak tangannya.

ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا ، فَقَرَأَ فِيهِمَا : قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Kemudian baginda akan menghembus pada kedua tapak tangan itu, lalu membaca padanya: Surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.

ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ ،
Kemudian baginda akan menyapu bahagian tubuhnya yang dapat disapu dengan kedua tapak tangannya bermula dari kepala, wajah dan bahagian depan tubuhnya.

يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Baginda melakukan hal itu tiga kali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5017]

Ulama membahaskan hal ini.

Ia berkait dengan maksud huruf 'fa' dalam hadis itu daripada sudut bahasa.

Ringkasnya:

Sebahagian ulama seperti Ibn Hajar dan lain-lain menguatkan pandangan baca dulu sebelum tiup.

Antara hujahnya ialah sama seperti ayat ini:

( فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله ) [النحل: 98]
Apabila kamu membaca al-Quran, mohonlah perlindungan Allah.

Sebahagian lagi kata ikut zahir hadis tiup sebelum baca. Ini pandangan Ibn 'Allan dalam Dalil al-Falihin, Al-Albani dalam Al-Sahihah. Hujahnya zahir hadis, dan Al-Albani berhujah jua dengan hadis ruqyah nabi s.a.w sapu dengan tangan dulu sebelum baca.

Ibn al-Uthaimin pula merumuskan: Zahirnya tiup dulu, cuma hal ini luas, boleh baca dulu atau tiup dulu.

Siapa pandai B.Arab boleh baca di sini:-->
https://islamqa.info/ar/answers/174571/%D9%87%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%81%D8%AB-%D9%8A%D9%83%D9%88%D9%86-%D9%82%D8%A8%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B1%D8%A7%D8%A1%D8%A9-%D8%A7%D9%88-%D8%A8%D8%B9%D8%AF%D9%87%D8%A7

Kesimpulannya:
1- Tadah tangan (macam berdoa)
2- Baca 3 Qul 3 kali.
3- Tiup ke tapak tangan (Boleh jua tiup sebelum baca).
4- Sapu badan 3 kali.

#MMMR
.
.
Klik sini untuk ke menu utama




Pohonlah hajat di hari Jumaat ini pada waktu terbaik yang disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu pada waktu-waktu akhir setelah Asar (sebelum Maghrib), kerana "sekiranya seorang Muslim memohon sesuatu pada waktu itu, pasti Allah akan perkenankan doanya" [hadis riwayat Abu Dawud, al-Nasa'i].
Berdoalah sebanyak mungkin dengan memelihara diri dari doa yang tidak mustajab dan penuh pengharapan serta sangka baik agar Allah menarik kembali wabak ini.

-Dr. Kamilin Jamilin-
.
.
Klik sini untuk ke menu utama










InshaAllah kita akan berkongsi lagi ilmu pada hari ini. ☺️









Показано 20 последних публикаций.

404

подписчиков
Статистика канала