Perokok... Tolonglah!
Kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Selepas mengambil tempat duduk, kami bersembang dan melayan anak-anak bermain sementara menunggu pelayan mengambil pesanan.
Berhadapan dengan meja kami, terdapat 4 orang anak muda sedang bergelak ketawa.
Ktik!
Ktik!
Pemetik api dinyalakan dan disuakan pada rokok yang berada di mulut mereka.
Phiuuuuuu!
Asap dilepaskan sepuas hati. Berselang seli dengan gelak ketawa mereka. Ya Robbi! Langsung tak hiraukan orang lain. Seolah-olah, mereka berempat sahaja yang berada dalam premis itu.
Saya dan anak-anak sedang batuk dan selsema. Menyedut asap tersebut membuatkan saya terasa tersangat lemas. Lalu, suami mengajak untuk beralih tempat ke bahagian lain.
Saya bangun dan mendukung si kecil untuk beredar dari meja itu. Elok saja melewati meja anak muda tadi, asap rokok dilepaskan berkepul-kepul dan menerpa muka. Saya terbatuk dan kaki tiba-tiba terhenti di sisi meja mereka.
"Dik, minta maaf eh. Sini kan tempat awam. Tolonglah jangan hisap rokok kat sini. Semua orang datang nak makan. Tengok, semua bawa anak kecil. Tolonglah kesian pada orang lain."
Terluah juga apa yang saya rasa terhadap mereka. Namun, masih cuba untuk menjaga butir kata supaya mereka tidak membalas dengan kemarahan. Risau juga kalau tiba-tiba mereka mengamuk sampai terbalikkan meja. Huish!
Sempat saya mengerling di atas meja mereka ketika itu. Sekotak rokok dan pemetik api bersama segelas air terletak di hadapan masing-masing. Oh! Rokok menjadi menu utama mereka lah ya.
Sungguh saya geram dan marah dengan sikap mereka itu. Ikutkan hati, sudah hilang selera saya nak makan. Sering saja sikap tak beradab si perokok begini membuat hati saya mendidih. Di mana-mana tempat pun, ada saja yang buat perangai tak reti nak hormat orang.
Tanpa rasa bersalah melepaskan asap beracun untuk disedut oleh orang lain. Padahal, lebih daripada 5 buah keluarga yang ada di situ bawa anak kecil. Takkan tak perasan? Takkan tak tahu?
Apa masalah sebenarnya?
Isu rokok, bukan isu sehari dua. Semua orang dah sepatut tahu, tempat awam 'DILARANG MEROKOK!'. Pengunjung datang ke restoran untuk makan, bukan untuk menyedut asap beracun daripada mereka. Mereka dah merentap hak ramai orang.
Setelah sekian kempen kesedaran yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Setelah sekian cara yang telah dilakukan. Namun, golongan ini masih buat tidak peduli.
Nak sedarkan bagaimana lagi agaknya?
Nak kata sebab pendidikan. Ahli akademik pun ada yang buat perangai begitu.
Nak kata sebab agama. Ahli agama pun ada yang buat.
Nak kata sebab budak muda. Orang tua pun sama.
Kenapa susah sangat nak faham? Nak merokok, sedut sorang-sorang. Jangan libatkan orang lain.
Perokok...Tolonglah!
"Tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan kepada orang lain." (Hadis Riwayat Ahmad, Malik & Ibn Majah)
@orangcakap