Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: Новости и СМИ


Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
Новости и СМИ
Статистика
Фильтр публикаций






Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025!

Jom mulakan tahun baharu dengan mengamalkan budaya hidup sihat.

Malaysia sihat, kita raikan!


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Tahun baharu sentiasa menjadi peluang untuk kita bermuhasabah dalam menetapkan hala tuju yang lebih baik bagi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Tahun 2025 akan menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang disusun-gerakkan oleh KKM yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi komitmen rakyat terhadap Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Ayuh bersama-sama membina sebuah negara yang sihat dan sejahtera.

#MalaysiaSihat


🥳Setiap kali bermula tahun baharu kita pasti berazam ke arah kehidupan yang lebih baik. Kami kongsikan pesanan kesihatan yang boleh kita amalkan untuk tahun 2025.

Sentiasa amalkan langkah pencegahan kesihatan awam demi kesejahteraan anda dan keluarga.

Jaga diri ya. 😄!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Denggi - Pasca Banjir

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Mas Ahmad Sherzkawee bin Mohd Yusoff, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Derah Petaling.

#MalaysiaSihat


Kuah yang berlemak/ berminyak/ manis akan menyebabkan pertambahan kalori yang tidak diperlukan. Oleh itu, pengambilan kuah berlemak/ berminyak secara berlebihan (sehingga banjir) secara kerap boleh mengakibatkan kenaikan berat badan dan seterusnya meningkatkan risiko obesiti.

Jadi, hadkan pengambilan kuah banjir yang berlemak/ berminyak dan tukar kepada kuah yang ditumis atau sup sebagai alternatif yang lebih sihat.

Sumber: Nutritionist KKM


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
Setelah banjir surut, aktiviti pembersihan di rumah terus dijalankan.

Pakai alatan perlindungan diri yang bersesuaian seperti but getah, sarung tangan dan perlindungan mata.

Peralatan rumah seperti pinggan mangkuk haruslah dibersihkan dengan betul dan hapuskan juga punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


🫁 Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, demam dan susah bernafas. Namun demikian, pesakit yang mempunyai pneumonia, boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yang dikenali sebagai ‘septic shock’ dan membahayakan nyawa.

Dikongsikan tanda-tanda dan langkah untuk mencegah sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

🏥 Berjumpalah dengan pakar kesihatan supaya proses penyiasatan dan rawatan dapat dilakukan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


𝗔𝗪𝗔𝗦𝗜 𝗚𝗨𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜‼️

BERHENTI ⛔️ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman ☕️🧃 atau makanan 🍪🍜 hari ini❓

⚠️ Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jom ambil tahu‼️

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


📌Berikut dikongsikan tip keselamatan makanan untuk ibu bapa dalam penyediaan bekal makanan ke sekolah.

🫰🏻 Didik anak-anak anda untuk mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa di sekolah sebelum makan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Anak-anak ketagih dengan Gajet❓

‼️Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.

⛔️Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.

✅Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.

Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


👩🏻‍🍳 Masak sendiri membolehkan anda memilih sendiri bahan, jenis makanan dan mengawal kuantiti bahan perasa yang digunakan.

Ia seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD).

💕 Masaklah masakan yang sedap dan berkhasiat dengan penuh kasih sayang di rumah untuk keluarga tersayang.

Anda juga boleh libatkan anak-anak anda semasa aktiviti memasak.

JOM, MASAK SENDIRI❗️

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Antara tindakan selepas banjir

✅ Pakai alat pelindung diri semasa melakukan kerja pembersihan
✅ Hapuskan punca pembiakan lipas, lalat, tikus dan nyamuk
✅ Lupuskan sampah dan bangkai binatang dengan cara yang betul
✅ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Terdapat kawasan banjir yang telah mula surut dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan.

Lakukan perkara-perkara ini bagi mencegah denggi selepas banjir.

❗️ Segera lupuskan bekas-bekas yang berpotensi menakung air
❗️ Letak bahan pembunuh jentik-jentik dalam takungan air
❗️ Gunakan repelan
❗️ Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah
❗️ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, sakit badan dan lain-lain

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama


Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

Marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan.

Katakan tidak kepada minuman manis!

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Pengambilan sumber antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser.

Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul yang dikenali sebagai radikal bebas yang merosakkan sel-sel dan menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan sumber antioksidan khususnya 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari serta amalkan gaya hidup yang aktif dalam usaha mencapai kesihatan yang optimum untuk mencegah kanser dan pelbagai penyakit tidak berjangkit yang lain.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


“AIR KOSONG ATAU AIR MANIS?”

Apakah pilihan anda ketika anda makan?

Atau anda keliru yang mana satu anda perlu pilih?

Terdapat banyak kebaikan memilih air kosong berbanding minuman manis. Antaranya ialah:

* Pilihan yang lebih sihat
* Menjimatkan kalori
* Menjimatkan duit
* Menghilangkan dahaga

Oleh itu, pilihlah air kosong sebagai minuman pilihan anda setiap kali anda makan.

Sumber: Nutritionist KKM


Perlukah buah-buahan 🍏🍇🍊🍐🫐🥭dibasuh sebelum dimakan?

Ya, buah-buahan termasuk anggur perlu dibasuh dengan air yang bersih untuk membuang dan mengurangkan risiko daripada sebarang mikroorganisma berbahaya atau bahan kimia seperti residu racun perosak. 🫧

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama


Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#MalaysiaSihat
#IhsanMadani
#SkuadIhsanMADANI
#KKMprihatin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Показано 20 последних публикаций.