TACENDA


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Things better left unsaid.
Anggaplah ini diari, tulus dari hati menceritakan tentang dunia.
Need someone who can lending their ears for you? Just hit me up @nrtlnsfa

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Saat dunia tidak mendengar rintihan hati kau,
Jadilah telinga pada diri sendiri.

Kita bukan tidak bernasib baik, kita hanya sedang diuji.

-nrtlnsfa 🖌️


Kau hadir saat dunia tak berpaksi pada aku,
Kau hadir saat aku tidak meminta untuk ditemani oleh Nya,
Kau hadir saat aku selangkah lagi putus asa,
Kau hadir saat segalanya terasa berat.

Kau ibarat doa2 yang selama ini aku langitkan, tapi dengan keadaan sekarang kau buat aku tertanya.

“Siapa kau sebenarnya”

-nrtlnsfa 🖌️


Mereka kata aku “egois” seolah boleh hidup sendiri sampai bila-bila tanpa memerlukan pertolongan sesiapa hanya kerana aku selalu menyendiri. Tapi sebenarnya, jiwa aku sedang tenat, bergaul dengan manusia buatkan aku makin hilang diri sendiri. Tapi mereka tak salah, cuma jiwa aku yang dah terlalu lelah.

-nrtlnsfa 🖌️


Makin lama kau hidup, makin kau tak sangka kan? Ada orang berjuang dalam hidup atas sebab yang kadang kau sendiri tak boleh relate. Tapi itulah kehidupan sebenar.

Itulah jawapan yang selama ini kau cari tatkala kau sering bertanya pada Nya “adil kah dunia”.

Keadilan pada dunia tu ada, tapi Allah tunjukkan dengan pelbagai cara. Sebab tu kena selalu menilai sesuatu dari mata hati.

-nrtlnsfa 🖌️


Maaf kalau kedengaran pelik, tapi aku sejenis manusia yang susah nak maafkan diri sendiri. Orang lain buat aku sakit, aku maafkan. Tapi segala sakit yang mereka bagi tu akan jadi luka yang end up aku akan keep on salahkan diri. Dan perkara yang paling sukar adalah bila mana aku harus memaafkan diri sendiri dengan apa yang telah terjadi.

Bertahun aku ajar diri untuk stop jadi people pleaser tapi masih belum berjaya. Setiap kali ada satu senyuman terukir disebabkan pergorbanan aku, hati aku akan terus batalkan sikit demi sedikit hajat untuk “lebih penting kan diri”. Itulah lumrah kehidupan “people pleaser”.

Orang tak nampak kita sakit, orang tak nampak kita sedang berjuang mati-matian untuk hidup dengan waras. Tapi, jika kau pun sama macam aku, tolong jangan give up dulu. Kita fight sama2 sampai nanti bahagia kita datang dari diri kita dan bukan lagi orang lain ❤️


-nrtlnsfa


Satu lagi, bila dah besar ni. Jangan terlalu mudah buat kawan, berikan masa pada diri untuk mengenali sesorang. Jangan mudah percaya.

-nrtlnsfa


Wahai perempuan,
Jagalah diri sebaiknya, kita tak tahu dengan siapa kita akan berurusan dalam harian kita. Kita tak tahu hati mana yang busuk, hati mana yang ikhlas. Jangan selalu kemana2 sendirian, dunia sekarang bukan lagi tempat yang aman. Banyak manusia yang lebih keji dari binatang perangainya.

Jika tiada siapa yang risau pasal kau, aku risau pasal kau. Mulai harini sharelah location dengan kawan rapat/keluarga, dan mula lah beli safety tools jika tak pernah ada

- Pesanan ikhlas dari Admin 🤍


Orang baik tu ramai, tapi orang yang tak pernah ada khilaf tu tak wujud. Jadi, berkawanlah dengan semua orang tanpa memandang rendah atau terlalu menyanjung mereka. Andai dia pengaruh negatif, itu tugas kita untuk sikit demi sedikit membimbing dia, tapi andai kata sebaliknya jadikanlah itu ikutan.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Allah tu adil, cuma kita je lupa bersyukur dan tamak.

-nrtlnsfa
@tacendawords


“Kau tu perempuan, kau tak boleh buat tu semua, tu keje lelaki” , “kudrat perempuan tak sama macam lelaki” , “takyah sombong sangat lah one day kau kahwin dengan lelaki juga”

Siapa kata aku ada persaingan dengan lelaki? Dan Siapa kata aku tak perlukan lelaki?. Apa yang aku pertonton kan sekarang adalah usaha aku untuk bina kehidupan aku sendiri. Dan sejauh ni tiada lagi lelaki yang boleh aku banggakan selain gelaran “ayah” aku sendiri.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Sesusah mana pun aku selagi ada cara untuk aku selesaikan, aku akan buat. Walaupun terkadang hasilnya melukai fizikal diri sendiri.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Aku obses buat semua benda sorang diri bukan sebab aku sombong. Tapi aku tahu bertapa sakitnya bergantung pada orang. Jadi, sebab tu aku gigih cari kebahagian aku sendiri walaupun terkadang jauh sudut hati, aku nak ada seseorang yang treat aku macam dunia dia.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Sabarlah hati, adat manusia memang begitu.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Kalau kau rasa kau sorang kat dunia yang hadap sakit tu, kau silap. Sebenarnya ramai yang sedang hadap benda yang sama, hanya cuma mereka tak bicarakan duka tu pada dunia.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Allah pilih kita untuk hadap supaya kita boleh berkongsi pengajaran pada orang lain, jadi gunakan peluang tu untuk buat kebaikan.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Kenapa kita? Kenapa tak orang lain? Sebab itulah keistimewaan kita. Dalam dugaan pasti ada kemanisan. Orang lain takkan mampu hadap apa kita hadap.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Sakit kan berpura-pura? Tapi hidup tak selamanya akan berpihak kepada kita walaupun kitalah yang teraniaya. Ujian tu berat, tapi if kita masih mampu terus hidup kita hebat.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Siapa kata orang lain penentu bahagia kita. Bukan semua tahu kisah kita, bait yang kita lafaz dalam sepi, dan alur cerita sebenar yang kita simpan seorang dalam hati. “Mereka tak tahu”. Tapi berbalik kepada lumrah, mereka pasti ada sebab tersendiri disebalik kata-kata mereka, cuma pemahaman kita yang berbeza.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Dah lumrah manusia macam tu, kalau dikira dari logik memang ingin sahaja tertawa pada mereka-mereka yang binasa kerana patah perkataannya sendiri, tapi hakikatnya kita juga manusia. “Hidup bagai roda yang berputar ikut takdir”. Semua manusia sama, dibahagi bahagian nya sama rata. Mungkin harini kita tertawa dia, entah esok atau lusa pula giliran kita.

-nrtlnsfa
@tacendawords


Tak semua benda akan kekal sama, ada masa kita kene berubah menyesuaikan diri dengan keadaan. Dan tak mudah juga untuk berubah, masih tetap akan ada lukanya, tapi mungkin jauh lebih sakit jika kita memaksa ia untuk kekal sama.

-nrtlnsfa
@tacendawords

Показано 20 последних публикаций.