KasihAllah


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Jadi hamba

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Keluar dr toilet hp bunyi.
Tanda ada whatsapp.

'Sha.. I really miss u.. Hahah.'

Msg dr junior.
Pelik. So random.

'Erk, Pagi ni dpt msg pelik. Hmmm.. Knp tbe2 ni?'
'Sbb sye dpt jr. Lmbt wat keje cam sye dlu. She is just exactly like me. Thats y i keep missing u.'

Dulu, selalu tertanya2.
Knp Allah selalu susun bg aku sama team dgn fresh first poster..
*
Paeds.

Hari pertama aku masuk wad kanak2 tu,
Ak dh kena marah kaw2 disebabkan kesalahan first poster.
Padahal masa tu aku baru 2nd poster je pun.
And dari surgery ke paeds tu mmg dunia berbeza kot..
So xde beza aku dgn junior tu.
Tapi mo expect aku dh pandai itu ini..
*
Medical.

Renal ward.

Hari tu cover the whole ward sorg.
Sebab x cukup org.
Team leader hantar 2 org 1st poster yg masih tagging utk tolong.
Tapi sekejap2..
'Sorry Sha. Xdapat la insert branula pt tu.'
'Sorry. Vein dia xnampak langsung. Xdapat amek darah.'

What do u expect..
Pt renal memang line dorg mencabar kot.
Xkan nak marah org yg baru start kerja beberapa hr sbb xdpt insert line pt renal?
Aku pun selalu struggle..

Jam dh tunjuk 3 pagi
Tp keje masih bertimbun.
End up ak termenangis dpan taggers berdua tu sbb sesak sgt dada.
Zzzz
*
Ortho.

Allah susun lg bagi 1 team dgn first poster.
Dan ditakdirkn colleague tu agak slow.
Tapi sgt rajin belajar.

Pernah suatu ketika,
Pt yg kami jaga berdua banyak xstabil.
Aku terpaksa berlari sana sini settlekn isu.
Tapi sekejap2 colleague ni akn dtg..
'Sha.. Anaest suruh senior call..'
'Sha.. Dorg reject referral..'
'Sha.. Xdapat scan ni urgent..'
Sampai end up ak termenangis.
Again.
Sebab terasa berat sgt beban atas bahu.

*
Hp kembali ditatap.
Keypad ditaip, membalas whatsapp.

'Aceceh dh senior skrg. Cuba teka apa inspirasi sy utk cuba bersabar n mengajar?'

Sebab..
Masa aku first poster,
Allah hantar seorg senior yg super duper baik.
Yg ajr aku bertatih..
Sampailah aku mampu berlari.

Yg duduk sebelah aku masa ak refer case utk betulkn kesalahan.
Yg suruh aku present depan dia sebelum aku pergi request scan.
Yg perhatikan setiap step aku bila nak insert branula.
Yg back up aku dgn boss bila boss perlekehkan aku.

Perlahan2 Allah ajar aku.
Allah jawab persoalan aku.
Allah bg aku junior colleague sebab Allah nak aku memberi.
Sebagaimana aku pernah menjadi org yg menerima.

Bila ada masa kesabaran teruji,
Allah nak ingatkan aku.
Kau pernah berada di takuk yg sama dgn mereka.
Jadi apa yg buat kau terasa bongkak bangga diri?
Sedangkan segalanya bermula dgn langkah pertama.

Baby step.
Yg penuh struggle dan air mata.

Maka,
Rendahkan hatimu.
Buktikan syukurmu dgn memberi..

@takeitorleaveit


Postnatal.

Menunggu ibu masuk bersama bayi mereka.

Biasanya pada hari itu, aku akan bersedia untuk check baby dahulu. Baru ibunya.

Pintu dibuka.
Pesakit masuk.

Aku nampak dia bersendiri.

'Postnatal sebulan ke?'

Dia angguk. Senyum.

'Baby?'

Biasanya hari postnatal, ibu-ibu akan datang bersama bayi-bayi mereka untuk masing-masing diperiksa.

Dia geleng.
'Baby meninggal'

Terdiam.
'Ohh'

Lalu aku mula bertanya perihal ibunya, kandungannya sebelum ini dan memeriksa.

Termasuk bertanya emosinya. Risau jika kematian itu memberi kesan kepada psikologinya.

Tak berapa lama, selesai.

Jika diikutkan yang 'wajib', aku telah selesai memeriksa si ibu tadi..

Namun kemudiannya..
Aku pause beberapa saat.
Memandang wajah ibu tadi dalam-dalam.

Dia muda, baru berumur 23tahun.
Kehilangan anak kembar dalam kandungan pada usia lebih 7 bulan.

Wajahnya jelas masih bersisa kesedihan dan persoalan.

Aku tahu, di hadapan aku adalah seorang wanita yang ada haknya ke atas aku.. apa yang harus ku katakan padanya.

Aku mula mencari baris-baris mula..

'Dulu, masa kerja kat kl, sy pernah bantu sambut baby kembar lahir. Kembar lelaki. Macam puan'

Dia memandang aku.. cuba untuk mengerti apa yang sedang aku cuba beri.

'Masa saya sambut tu saya happy sangat. Kalau say pun happy, apatah lagi ibu dia.. saya rasa ibu dia paling happy dalam labour room masa tu'

Separuh seloroh.
Riak wajah ibu ini berubah. Seakan lebih berminat untuk mendengar aku berbicara.

'Tak lama lepas tu, saya buka buku pink (antenatal) dia.. Rupanya 13 tahun sebelum tu, pesakit tu pernah mengandung anak kembar jugak, perempuan, tapi meninggal dunia dalam perut..'

Dari terdiam membisu,
Ibu tadi tiba-tiba bersuara.

'Oh. Dulu meninggal, kembar juga ye? Anak pertama?'

'Ha ah.. anak pertama kembar meninggal. Anak kedua sampai enam, bukan kembar. 13 tahun lepas tu, Allah ganti dengan kembar semula'

Matanya membundar. Tersenyum.
Aku melihat sinar di wajahnya.

'Ramai lah ek anak2 dia'

'Ramai.. allah ganti dari dua kehilangan pertama'

Dia angguk.

'Puan, yakin.. ada dua anak syurga dah tunggu puan. Dan apa pun yang pergi, Allah akan ganti kembali'

'InsyaAllah kembar puan ni, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik lepas ni. Jangan putus asa atau putus doa'

'Jaga diri, jaga makan. Nanti ada rezeki mengandung kita jumpa balik ek. Doa pada Allah'

'Baik dokter.. insyaAllah.. terima kasih banyak2'

Ternyata wajahnya yang sugul ketika masuk ke bilik awal tadi, berubah menjadi bercahaya bersama garis senyuman.

Aku melepaskan hela nafas..
Lega.

Aku cuma mahu dia keluar dari bilik aku dengan satu harapan, dan satu keyakinan dengan qada dan qadar Tuhan.

Dan betapa Allah itu sentiasa ada untuk kita berharap dan meminta pertolongan.

Dan ini, nyatanya buatku sendiri.

Bahawa takdir Allah itu tak pernah salah masa, atau salah arah.

Apa jua yang dijadikan, ada hikmah yang tak tergambarkan.

Apa jua bentuk kehilangan, akan mengajarkan kita makna kehambaan.

Dan satu hari, Allah akan gantikan semula semuanya.

Jika tidak di dunia, pasti ada di syurga.

240917

@takeitorleaveit


'Kenapa kau nak pergi situ?'
Dia berkali kali tanya pada aku. Pandang serius macam nak terkam.

Aku tergelak.
Bersungguh tanya. Curious betul.
Entah apa jawapan yang patut aku berikan pada dia.

'Aku takde anak macam kau.. diorg lah boleh jadi anak-anak aku kat sini'
Grin

Tahu itu jawapan tak logik langsung untuk dia.
Dia pandang, agak tak puas hati dengan muka nakal aku.

'Der. Anak kalau nak, kau kahwin la'

'Kau ingat kahwin macam beli burger?'

Dia pula ketawa. Menjeling kemudiannya.
Malas lagi dah nak tanya aku agaknya.

Petangnya.
Di rumah itu.

'Terima kasih la ek dokter. Datanglah lagi'

Aku hanya senyum.
Memang aku jatuh cinta pada wajah anak-anak itu.

'InsyaAllah nanti dokter ni boleh bantu, kita cari bantuan buat anak-anak ini'
Rakan di sebelah aku seakan membuka harapan baru buat wanita itu.

Aku senyum.
Entah ini adalah hadiah, ataukah ia adalah ujian keimanan buat aku yang masih lagi blurr dengan apa yang ada di depan mata.

Jujur semasa awal membuat keputusan untuk mengambil tahu perihal rumah anak-anak yatim di kawasan ini, aku sekadar mahu melihat dan membantu apa daya.

Mungkin hanya sedikit huluran dan mungkin juga dengan hadiah keberadaan aku sahaja.

Aku mahu melihat senyuman anak-anak yang barangkali tidak pernah kenal erti bahagia.

Namun masuk ke rumah itu, lain pula jadinya.
Besar harapan 'ibu' kepada anak-anak ini buat aku rupanya..

Aku balik, memandu.
Basahnya mata tidak dapat ditahan hati yang seperti baldu.

'InsyaAllah, saya datang lagi. Kita sama² bantu apa boleh'

'Doktor ambil ni'
Sambil dia menyerahkan satu pamplet mengenai rumah itu.

Aku belek satu-satu.
Ayat akhir membuatkan hatiku tersentak.
Matlamat : melahirkan generasi yang takutkan Allah dan rindukan nabi.

Betapa besarnya harapan si ibu dan ayah pada anak-anak yang diperjuangkan mereka.
Sehabis baik mereka mahu pendidikan, agama, keperluan dan segalanya terjaga.

Ketika banyaknya yang sarat di kepala.
Aku tahu wanita di hadapan aku tadi juga tiada apa-apa.

Namun cintanya begitu besar buat anak-anak yang hidupnya tidak indah seperti kita..

Mulialah mereka pasangan suami isteri, kerana mereka memuliakan anak-anak yang tidak ada sandaran dan kasih sayang di dunia.

Dan aku.

Masih berfikir apa yang boleh aku lakukan dengan posisi aku..
Ketetapan hjrahku di sini.

Dalam kebuntuan, iman aku berkata.
Lihatlah wajah anak-anak ini, dan betapa mereka adalah wajah yang nabi rindui..

Salam maal hijrah.

Doakan anak-anak ini dipelihara dari jahat dan zalimnya dunia.

Semoga mereka akan menjadi jalan buatku untuk memaknai cinta Allah dan rasulNya.

'Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka Allah akan menuliskan kebaikan pada setiap lembar rambut yang disentuh tangannya'
(HR. Ahmad, Ath-Thabrani)

'Aku dan orang-orang yang menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya'
(HR. Bukhari)

210917

@takeitorleaveit


Pesakit baru masuk
Mengendong bayi di pangkuannya.

Aku meminta ibu meletakkan anaknya di katil dan mula memeriksa baby.
Sambil tu, berbual.

'Anak ke berapa?'

Sengaja aku tanya. Biasanya soalan tu lah dulu yang aku mula..

Ibu-ibu ni memang gembira kalau kita tanya pasal anak dia.

Ibunya senyum.
'Pertama'

'Ooh'
Aku terdiam sekejap.

Tersasar dari jangkaan aku.
Pada mulanya aku jangka ini adalah anak ke tujuh ke lapan.

Kerana umur pesakit yang melebihi 40 tahun, biasanya di bandar ini anak-anak ramai belaka. Umur 20 tahun dah ada tiga anak. 40tahun, 10 anak.

Jangkaanku meleset.
Dalam hati. Hm mungkin jodoh dia sampai lambat ni.

Bila dah duduk di meja, aku mula bertanya perihal keadaan dirinya, perihal anaknya.
Ada apa-apa masalah atau tidak.

Tiba-tiba dia bersuara.
'Dah 23 tahun saya kahwin dokter'

Sekali lagi aku terkejut. Jangkaan meleset kali kedua. Dah kahwin lama rupanya.

Dia senyum,
Entah mengapa aku melihat raut yang tenang di wajahnya.

'Lama nak dapat dia ni..'
Sambil dia pandang wajah anak dia yang sedang nyenyak tidur di riba.

Tanpa sedar, mata aku sendiri berkaca.

Di hadapan aku rupanya adalah seorang wanita yang pasti kuat dan teguh kesabarannya.
Setenang wajahnya.

Tempoh 23 tahun itu sebenarnya telah lama dituliskan Tuhan, sejak wanita ini sendiri belum dilahirkan.

Allah memang telah menulis wanita ini akan berkahwin pada usia 18 dan mendapat anak pada usia 41.

23 tahun,
Yang tidak dipercepat atau diperlewatkan.

Itulah 23 tahun untuknya yang tidak pernah akan sama dengan kita.

Kita semuanya berbeza.
Apa yang ditulis pada kita juga berbeza.

23 tahun wanita ini mungkin adalah dua tahun, ataupun seratus tahun kita.

Namun hidup ini bukanlah mengenai digit dan angka.

Selama mana kita menunggu, selama mana kita meminta, selama mana kita berharap dan berdoa,
Akhirnya, tidak ada beda..

Semuanya hanyalah satu digit yang tak lebih dari sebuah angka.

Sebulan.
Setahun.
Dua tahun.
Atau puluhan tahun.

Ia hanyalah satu tempoh yang sebenarnya sama sahaja, Allah berikannya untuk menguji kita sebagai manusia.

Yang Allah mahu melihat, apakah tindak balas kita sebagai seorang hamba.

Apa yang berlaku pada kita bukanlah persoalannya. Namun apa kesan yang membentuk jiwa kita darinya, itu yang berbeza.

Apakah sama dua tahun orang yang sabar, dengan dua bulan orang yang menyalahkan Tuhan?

Tidak.

Kerana itu, nombor hanyalah angka.
Yang berbeza adalah hati kita. Jiwa kita. Iman kita.

Apakah kita redha diri kita disusun mengikut kemahuanNya, atau sebaliknya.

Apakah kita berbahagia dalam tulisan takdir yang telah lama dilakarkan pada kita, atau kita hanya menangisi nikmat yang diberi percuma?

'Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu, untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya' (al mulk : 2)

Pandanglah hidup dengan sederhana.

Lihatlah hidup dalaam kaca mata seorang hamba.

Baik seperti nabi zakaria yang menunggu,
Nabi yusuf yang dibuang,
Maryam yang dipulaukan,
Atau nabi ayub yang ditinggalkan,
Hatta nabi sulaiman yang diberi kerajaan,

Hadapilah dengan jiwa seorang hamba.

Yang hakikatnya selamanya tidak memiliki apa-apa, bahkan diri kita sendiri dipunya.

@takeitorleaveit


'Selamat dtg ke department paling dibenci.'
Itu ayat intro senior masa lapor diri.

Aku macam errr?
Knp intro scary sgt ni..
***

Last week first time join m&m (morbidity and mortality) meeting as a mo.
Yg dasarnya utk bincang kes utk improvement dlm handling cases.

Xsangka stress dia lain macam.
Rasa mcm ditembak bertubi² dr pelbagai department.
Time tu baru faham kenapa senior bg intro scary mcm tu.
The pressure is so real.

Sampai satu tahap, they keep pointing their fingers to floating mo. Yg baru habis ho nk jadi mo.
Antara cadangan mereka, utk treat floating mo as ho.

Time tu, hati berperang.

Kita tak boleh expect seorang kanak² dari merangkak terus boleh berlari pecut. Kita kena bagi masa utk kanak² tu belajar sendiri.
Kalau jatuh dan belajar utk bangun tu yg buat kanak² boleh berjalan akhirnya, kenapa kita perlu persoalkan?
Takkan kita nak suruh kanak² tu teruskan merangkak sbb tu yg lebih selamat?

Semua benda dlm hidup ni memerlukan proses.
Tambah² lg medical line.
Sbb medical line is life long education.
Tanya la pakar atau consultant mana pun,
Akan ada je benda baru yg dipelajari saban hari.

Somehow, rasa dahsyatnya judgement dan expectation manusia.

Kadang2 kita xnak beri org peluang.
Sedangkan kita terlupa, suatu masa dulu kita pernah diberi peluang yg serupa.
Di saat kita masih di fasa belajar merangkak.

Keluar dari meeting haritu, dgn satu perasaan.
Betapa aku terlupa utk bersyukur atas nikmat bertuhankan Allah.

Tak boleh bayang kalau lahir² je ke dunia,
Allah expect utk tutup aurat, solat lima waktu.

Tak boleh bayang kalau bila masih lagi belajar utk menyebut aa baba mama, Allah expect utk keluar and sebarkan dakwah.
Time tu, nak sampaikan satu ayat pun mustahil.

Tertunduk menyembah bumi..
Sungguh lah Allah tu paling memahami..

Yg tak pernah jemu membuka jalan utk hambaNya.
Yg tak pernah berhenti merawat luka di saat jatuh.
Yg tak pernah bosan menanti kita utk bangun dr rebah..

Makin hari makin cinta.

Thank you Allah..

@takeitorleaveit


"Dr, pt fit kat blkg" -sn, sambil berlari² menuju arah bertentangan. Berkejar mencapai mesin bp

Aku lari belakang

Then sampai pintu kubikel blkg, i saw the mother is holding the child (dukung peluk).

Anak masih sawan
Aku lari menuju ke mak, terus grab anak dari dakapan dia

"Letak anak"
"Letak anak iring ketepi" - sambil turunkan anak dari dakapan mak dan letak di bawah lalu iringkan

Gtc (sawan) still ongoing
With uprolling of eyeballs

Mak muka dah risau sgt
Separa menangis, dia hanya mampu biar dan lihat anaknya sawan

From the point where i grabbed her child from her hands, and asked her to put the child down, her face looks pale

Then tanpa disuruh sn lebih pantas dan cekap, dah letak high flow mask, ambil Bp, spo², temperature, dxt

Brp minit, sawan berhenti
Mak masih kelihatan tergamam

Ni kali kedua anaknya sawan
Lalu dia dipindahkan ke katil acute; compex febrile fit

Round another new case

"Ok we give neb salbutamol hourly first" -mo. Sambil aku tulis dlm bht segala plan utk sorg pt aeba (asthma)

Tiba2
"Dokteer tolong anak sy dokter!!" -suara mak menjerit

We both looked at the sound, at the end of the cubicle

Nampak mak tengah peluk anak yg umur dlm 8tahun sambil mencurah air dari botol ke kepala anak

Aku tak dpt lihat jelas bagaimana keadaan anak dia sbb dia dipeluk sambil berdiri

Nampak seperti tonic movement of bilateral upper limb and lower limb.
Kejang tanpa jerky movement

"Letak anak puan" - mo aku bersuara
Dua tiga kali mo aku ulang perkara sama. Arahkan mak utk letak anak.

Mak sudah seperti histeria, menjerit2 minta tlg "dokter tolong dokter. Anak sy dokter"

Tapi dia refuse utk letak anak dia kat bawah, xnak lepaskan dari pelukan dia.

I saw she tried hard to stop the fit
Dia pekup muka anak dia tolak kepala ke bawah bila anaknya mendongak, dan sekejap2 goncang badan anak dia. Dituang lagi dan lagi air ke kepala anak

"Puan kami nak tolong. Letak anak puan skrg" -mo aku sudah meninggikan suara bila mak masih berkeras memegang memeluk anak pada saat genting tu

Sekejap diletak namun dia tarik dan berdiri peluk semula

Akhirnya anak dalam dakapan dh mula sedar (concious) tapi keadaan still xtenang sepenuhnya

Sekejap2 anak tu seperti drowsy dan blank tentang apa yg berlaku. Pandang kiri kanan. Panjat katil tiba2. Jerit tiba²
"Mak nak bunuh adik ke?" Diulang².

Agak lama situasi nak kembali tenang
Kelam kabut selama beberapa minit

Air pula dah memenuhi lantai, bekas curahan tadi

"Penah ke dia mcm ni mak?"
"Xpernah" -mak dh nangis²

Dua (tiga sebenarnya) fit berlaku dlm 1 malam

Di mana both, dua2 ibu memeluk anak erat masa anak tengah sawan

Which is sebenarnya sgt bahaya utk si anak

Risiko aspiration (tersedak), tertutup laluan pernafasan (blocked airway) bila kita tak bantu dia dlm situasi seperti tu

Silap haribulan dari simple febrile fit boleh choking dan mati

Tapi sebab mak taktahu

Diorg sangka dengan diorg peluk anak, that would calm their child down

Dan diorg sangka, dengan pelukan itu akan membantu anak utk lalui sawan tu dengan ada mak di sisi

Mereka sangka bila kita letak anak tu tandanya kita tak buat apa² dan biar sahaja

Mungkin ada yg rasa doktor bodoh sebab biar anak sawan mcm tu je

Ye lah sape yg sanggup 'tengok je' 'tanpa buat apa²' anak yg tgh sawan?

Memberi seseorang dakapan, hadiah, bunga, coklat, atau coki coki bukanlah tanda kita sayangkan mereka

Love, its more than that
Its much beyond that

Its when all u think is about their safety alone

Bila apa yg kita fikir adalah keselamatan dan nyawanya sahaja

Though all u can do is by hurting them, leaving them

Can we imagine His love
The most sincere love on the earth?

Yang pastinya tak mungkin bisa ditafsir dengan sebuah pelukan
Sekeping coklat
atau sekotak hadiah

Its more than we can imagine
Much beyond that we can think

He shows love sometimes differently, for the safety of our akhirah

It may comes by the things we can never imagine, by laugh or tears, by smile or sorrows

Thats Allah
Because He loves us more than we can ever think

@takeitorleaveit


'Doktor, blh tak tlg tgk jantina anak sy?'

Aku senyum,
Sambil tangan masih memegang scan.

'Sy cuba ek puan. Kadang2 pada umur ni belum nampak. Sy scan yang lain2 dulu'

Dia angguk.

Selesai aku memeriksa parameter yang lainnya. Aku mula mencari dua tulang paha bayi untuk melihat celah kelangkangnya.

Tak berapa lama mengubah-ubah probe, kelihatan sesuatu di celah tersebut. Lelaki.

Aku tidak pasti sama ada ini jantina yang ibunya harapkan atau sebaliknya.

Namun seringkali aku cuma mampu menerangkan kemudiannya, tak apa jantina apa pun. Asalkan sihat dan soleh kemudiannya.

'Nampak macam lelaki. Tapi, ini cuma jangkaan. Jantina akhirnya wallahualam, kerja Allah'
Sambil aku menunjukkan celah kelangkang bayinya.

Dia tiba-tiba memekup muka dan mengesat air mata.

Suami di hujung katil juga, kelihatan sebak dan terus keluar dari bilik pemeriksaan.

Aku terdiam.

Entah apa yang aku sendiri rasa. Barangkali hiba.

Untukku sendiri, jantina anak itu bukanlah apa-apa. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah rezeki dan rahmat dariNya.

Namun melihat kegembiraan dalam tangisan pasangan ini, aku berfikir barangkali ada sesuatu yang didoa mereka saban hari..

Mungkinkah ada sesuatu yang diingini yang barangkali kita tidak pernah fahami.

Aku memandu pulang dengan satu nama Allah yang bermain di fikiran.

Al mujib.
Yang maha memakbulkan.

Pernahkah kita mendengar bahawa Allah itu maha memakbulkan?

Bayangkan jika ada manusia di dunia yang paling gemar menunaikan keinginan manusia, jika Allah pula mengatakan bahawa Dia adalah al mujib, pastilah berganda-ganda sifat ini dalam diriNya hingga takkan tercapai akal fikiran kita.

8pm.
Aku masih teringat-ingat wajah ibu dan ayah tadi.

Membuatkan fikiranku melayang memikirkan apa yang aku sendiri doa selama ini..

Tak semena-mena mataku kabur,
Dadaku bergetar.
Kelopakku basah.

8 tahun,
Dan aku masih tidak putus harap dalam berdoa padaMu ya Allah.

'Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya)'
(an-Naml: 62)

@takeitorleaveit


Jam dh pukul 1 pagi. Waktu bekerja dh sejam tamat. Beberapa hari ni pt ramai betul. Kad terakhir dicapai. No giliran seterusnya dipanggil.

'Ala dr laki ke..' gumam si pesakit.
'Kenapa? Nak dr perempuan ke?' tanyaku.
'Kalau boleh..'
'Hm sorry dik. Malam ni yg keje semua laki.'

'Argh sudah. Kes apa plak ni... x larat dh nk tgk kes pelik2,' dalam hati. Kadnya dibaca.
'Penile discharge.'
'Aduhhh'

'Kenapa ni dik? Dah berape lama jadi?' tanyaku pada remaja awal 20an depanku.
'Dah dua hari.'
'Awak dah kahwin?
Kepalanya digeleng.
'Sorry saya tanya. Awk ada..'
Belum habis soalanku, laju si adik mengangguk. Mungkin tkmahu aku menghabiskan ayat. Tapi aku xboleh assume dia faham apa yg nak ditanya.
'Awak ada bersama mana2 lelaki ke?'
'Ada..' jawabnya dgn muka bersalah.
'Ada tukar2 partner?'
Kepalanya digeleng lagi.

'Adik, kita nak cucuk antibiotik eh.'
'Sakit ke dr?'
'Dah pandai buat, pandailah tanggung,' jawab si kakak yg menemaniku.
Kurang senang dgn reaksi si kakak, kubalas soalannya dgn senyuman. 'Pedih sikit la kot dik. Tkpe la. Untuk kebaikan awak jugak.'

Entah kenapa, xmampu menghalang rasa sedih membuak² di hati.

Kenapa adik.. you are so young. You look soooo innocent. Kalau aku jumpa tepi jalan, i wont expect this at all. Dan aku tahu, utk dia datang pada hari ini, dia memerlukan kekuatan yg bukan sedikit. Dapat merasakan ketakutan yg dirasainya pasti menggunung tinggi. Mana ada org yg sanggup mengadu benda private and mengaku kesalahan sendiri, kalau bukan sebab ada pendorong yg sgt kuat. Dan untuk itu, aku cuba menyantuninya sebagai tanda menghormati kekuatannya. Walau aku sukar menerima perbuatannya.

Tgh nak cucuk, dpt merasakan si adik mcm nak cakap sesuatu.
'Kenapa dik? Awk mcm ada benda nak cakap je?'
'Saya menyesal dr. Saya x sangka..'
'Kenapa awak x sangka?' Terkejut.
'Sebab sebenarnya ni kali pertama saya..'
'Hah? Betul ke ni?' Double terkejut.
'Betul dr. Saya xkenal sangat pun dia.'
'Awak serious la. Mcm mana boleh sampai macam ni kalau x kenal?'
'Saya baru je kenal dia. Dia ajak saya keluar sembang je mula². Tapi lepas tu dia goda saya.'
'Adik, benda bertepuk sebelah tangan x jadi dik,' sambung si kakak yg menemaniku.

Xtau mahu percaya atau tidak. Tapi riak wajah remaja muda itu membuatkan kupilih utk percaya.

'Sekarang ni mcm mana dr?'
'Sy nak awk berhenti buat benda mcm ni. Jangan dekati lelaki tu lagi.'

Melihat mukanya mcm masih xboleh digest dgn apa yg berlaku,

'Xpe la adik. Allah nak selamatkan awak la tu. Cuba awak fikir kenapa Allah bagi mcm ni padahal baru sekali je? Org lain kt luar sana beratus2 kali buat tapi tak ade pape pun. Sebab Allah nak awk belajar. Allah xnak awk terus tenggelam dgn dunia mcm ni.. Allah boleh je biarkan awk hanyut tp Dia sayang awk. Sebab tu Dia pilih awak..'
'Tu la. Ada la benda Dia nak tunjuk..'

Selesai semuanya, si adik buka pintu.
'Terima kasih dr.'
'Takde pape la. Awk tu jangan nakal² lagi. Take care.'

Dan malam tu pulang dgn seribu satu perasaan.

Dahsyatnya godaan wanita. Patutlah sampai boleh jadi fitnah dunia.

Dahsyatnya kesan tidak menundukkan pandangan. Semuanya takkn bermula seandainya dua2nya tidak memandang satu sama lain.

Betullah bila Allah kata,
'Jangan dekati zina.'

Allah guna perkataan 'dekati' instead of 'buat'.
Sebab semuanya bermula dgn langkah pertama.
Sebab tu kt kena stop dr mula melangkah ke zon merbahaya tu. Once terjebak, padah makan diri.

Moga Allah kuatkan umat akhir zaman.
Dunia yg segalanya terlalu kelabu.
Sukar membezakan antara hitam dan putih..

@takeitorleaveit


Red zone.

Pt tengah tunggu utk dihantar ke wad. Streptokinase dh habis. ECG pt menunjukkan saluran jantung tersumbat teruk. St elevation everywhere.

Teringat perbualan dgn colleague beberapa hari lepas.
'Masa kat new zealand dlu, pt MI (serangan jantung) je semua tolak PCI (masuk balloon dlm saluran yg tersumbat).'
'Serious la? Kayanya new zealand. Kt hospital lama dlu ada jugak PCI tp tgk jugak. Xsemua pt hantar gi PCI.'
'Negara kita miskin. Tambah2 sini. Kesian dgn pt2 yg extensive MI. Susah nak survive punya.'

Rasa mcm mimpi. Baru je bersembang isu ni. Tgk2 pt dtg dpan mata.

'Dr, saya nak solat mcm mana eh?' tanya pt.
'Owh jap eh.'
Berlari amek spray. Tlg pt tu ambil wudhu sambil duduk di atas katil.
'Ok cik? Solat dulu eh? Papehal panggil saya.'
Sambil tlg membetulkan duduknya di katil.

Selesai tlg pt ambil wudhu, aku keluar pergi trace result darah pt lain. Beberapa minit kemudian, balik ke red zone. Beberapa org tgh bergegas. Boleh rasa aura Adrenaline rush in the air.

'Eh kenapa ni? Tanyaku curious.
'Pt collapse.'
'Huh? Pt mana?' Langsir diselak.
Kelihatan salah sorg tgh CPR, menekan dada pt. Sambil yg lain bersedia utk intubate (masukkan tiub utk bantu pernafasan).
'Ya Allah pt tadi!' Tergamam.

I really cant believe my eyes.
Hey bukan ke tadi dia yg baru mnta tlg dia nak solat?
Bukan ke aku baru tolong dia amek wudhu beberapa minit yg lalu?

Ya Allah..

Sedikit sebanyak aku cemburu.
Dia pergi dlm keadaan menghadap Ilahi.

Tapi..
Sedikit sebanyak aku jadi takut.
It just a matter of seconds.
Cuba kalau dia menangguh solatnya hanya beberapa saat?

Astaghfirullah..

Pergi lah cik.
Semoga pemergianmu dlm redha Dia..

Pemergianmu betul2 menyedarkanku yg masih hidup,
Bahawa hidup ni hanya bermain dgn ruang masa yg terlalu singkat..

Semoga aku juga bisa pergi dlm keadaan menghadap Ilahi sepertimu..
Ameen.

@takeitorleaveit


'Dr, saya nak discuss kes.'
'Kes apa?'
'Pt ni complaint pening kepala and susah nak jalan. Dia ada double vision tibe2 pukul 3 ptg td bla bla bla. Neurology examination tangan kaki ok.'
'Cranial nerves? Mata dia?'
'Alamak sy xbuat plak.'
'Pt mana? Jom tgk.'

Rupa2nya mata belah kanan pt, ad certain pergerakan yg dia xboleh buat. Bila kita suruh pandang ke kiri, mata sebelah kiri je yg gerak. Mata sebelah kanan xbergerak. Bila mata xbergerak ke arah yg sama, benda tu yg menyebabkan bila pandang benda, dia nampak dua.

'Ya Allah. Kenapa complicated sgt kes awk ni. Ni case study sy masa student niii.'

Masa tu 3rd year. Berlegar2 dlm wad cari kes.

Sembang2 ambil history dgn sorg pakcik ni. Tapi pakcik ni cm x pandang ke arah aku. Kejap2 dia pejam mata. Lama. Aku cm pelik.

'Pakcik?'
'Ye? Sorry pakcik pening kepala,' Jawabnya sambil memandang ke arah kananku.
'Eh pakcik ni. Dia sembang dgn siapa sebelah aku ni?' Tertanya2 dlm hati sambil menoleh ke kanan. Xde orang. Aku dgn innocentnya masa tu mula rasa seram.
'Pakcik, saya kat sini,' panggilku.
'Eh sebelah ni siapa? Kawan kamu ke?'
'Ohmai pakcik..'

Rupa2nya pakcik masuk hospital disebabkan double vision. Apa yg dilihatnya nampak dua.

Fail pesakit diselak.
'Internuclear ophthalmoplegia.'

Sebaris diagnosis yg sampai sekarang terngiang2.

Tanpa kita sedar, mata kita yg kecil ni sebenarnya memerlukan banyak muscle and nerve utk membolehkannya berfungsi. Dan banyak lagi mechanism2 yg membenarkan ia berkhidmat sebagai 'mata yang sempurna.'

Mcm dlm kes ni, Allah jadikan salah satu pathway xberfungsi dengan baik, terus manusia jd huru hara.
Benda yg dilihat nampak dua.
Kt xpernah fikir apa kesan bila mata kita nampak dua, sebab kt xpernah alami.
Pt yg ad masalah ni selalu akan datang complaint pening kepala sampai xboleh berjalan. Ye la, mcm mana nak jalan kalau benda dpan mata nampak dua.
Pening wo.

Mcm dlm kes ni, Allah cuma tarik satu je nikmat pergerakan mata. Sebelah mata je yg xboleh buat satu je pergerakan. Contoh mudahnya, mata belah kanan boleh pandang ke kanan, atas dan bawah tapi xboleh pandang ke kiri. Dgn satu je pergerakan, terus pening dan xboleh berjalan.

Tu baru nikmat pergerakan mata.
Belum nikmat boleh melihat.
Boleh fokus jauh dekat, gelap terang.
Boleh nampak warna2.
Nikmat air mata.
Dan banyakkkk lagi.

Tu baru mata.
Belum nikmat organ2 lain.

Selalu amazed.
Setiap malam aku tidur dengan segunung dosa.
Dan saban waktu jugak Allah masih beri peluang keesokan harinya,
Utk menjadi hambaNya yg bersyukur.

Selalu rasa malu.
Setiap hari kita xpernah sekali berhenti menggunakan nikmatNya,
Tapi kita tetap menjadi hamba yg merungut,
Dan menyalahkan takdir..

Selalu rasa kagum.
Kasih sayang apakah ini?
Kenapa wujudnya kasih sayang yg xpernah berhenti memberi,
walau yg menerima xpernah berhenti membuat dosa..

Kerana Dia Al Wahab,
yg memberi tanpa sebab.

Kerana Dia ArRahman Ar Rahim,
yg terus menyayangi tanpa syarat.

Dan pagi ni,
Seperti biasa,
Aku lupa menyintaiNya
Di saat aku masih mampu melihat sebaik sahaja kelopak mata dibuka..

Astaghfirullah...

@takeitorleaveit


Masuk-masuk keje, ruang red zone penuh manusia.
'Kenapa ni?' Macam meriah sangat je.'
'Ada patient passed away. Family xpuas hati. Sampai bergaduh marah jerit² kat sini.'
'Patient baru ke?'
'Taklah. Pt yang korang pass over tadi. Yang sampai masa korang dah nak balik tadi.'
'Owh..'

'Kenapa dia boleh mati? Tadi dia elok je.'
'U doktor kan? U boleh hidupkan dia balik?'

Satu demi satu ahli keluarga mengamuk. Sampai main hentak2 meja. Yang dimarah hanya mampu diam. Early stages of grief. Denial. Anger.

'Cik, tadi dia sampai pun keadaan dah teruk sebenarnya. Nafas laju. Air penuh dalam peparu, satu badan.'
Definisi ok yg berbeza buat ahli keluarga dan doktor. Pada mereka, as long as patient boleh buka mata, bernafas, bersembang, mereka kata patient ok. Padahal cakap pun x cukup nafas. Kejap² berhenti curi nafas.

Kecewa.
'Awak datang nak marah2 kami sebab pt x mampu survive padahal pt defaulted ubat dan follow up dah bertahun, ada awak peduli? Datang sebab dah develop complication akibat tangan sendiri, blood results totally deranged, salah kami jugak ke? Datang nafas laju melampau tapi berkeras xnak bantuan oksigen, kami jugak ke yang patut dipersalahkan?'
Geram. Tapi hanya mampu berperang dalam hati.

Kita manusia suka sangat menuding jari ke arah orang lain bila keadaan dah melarat. Bila kita xnak menerima hakikat yg sebenarnya kitalah yg bersalah. Walaupun kita tau apa yg berlaku tu adalah kesan pilihan kita pada masa lalu.

Xkisah la hal dunia atau hal akhirat.

Contoh paling senang, study last minute. 😂
Selama ni punya bertangguh. Rasa 1 page tu macam mustahil. Sbb malas yg menggunung. Tapi malam exam, tiba² satu buku medik yg tebal tu boleh habis. Pergh.. time tu la duk menyesal xsudah. Nangis guling² pn xberguna.

Pastu taubat next exam nak study awal. Walaupun end up cycle yg sama je stiap kali exam 😴
Tapi.. menyesal exam dunia ok lagi..

Exam akhirat?
Kita tau je kalau x buat apa Allah suruh, apa akibatnya.. but somehow still berdegil x nak jadi hamba yg taat.

Xboleh bayang macam mana keadaan bila apa yg depan mata tu terlalu menakutkan sampai kita tarik je sape² utk dipersalahkan. Termasuklah syaitan.

'(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka jahanam, ia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat pada saat itu) syaitan yg sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata, "wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yg jauh terpesong" (Qaaf: ayat 27)

Lagi sedih bila Allah xnak dengar pun kita salahkan syaitan. Sebab Allah dah lama bagi amaran tp kita yg degil xnak dengar..

'Allah berfirman,' Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, padahal Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu.' (Qaaf: ayat 28)

Kalau dunia ni pn kt tend salahkan org atas kesalahan kita, mcm mana la akhirat nanti..
Ya Allah..

Pt seterusnya dipanggil.
'Kenapa ye cik?'
'Saya rasa seminggu ni badan saya menggigil teruk la. Berpeluh².'
'Cik ada masalah kesihatan apa² ke?'
'Saya ada masalah hyperthyroid.'
'Ada makan ubat x? Surgery?'
'Sebenarnya saya dah lama x jumpa doktor, makan ubat..'

Aduh..
Again..
'Thyroid storm ke ni?' Gumam dalam hati.

Yeah. End up patient selamat hantar icu..

@takeitorleaveit




aya lama sangat?

Kuning berpanjangan boleh disebabkan banyak perkara. Jangkitan kuman, kurang penyusuan, masalah tiroid, masalah hati, masalah usus dan juga boleh jadi sesuatu perkara yang normal sahaja. Apabila bayi anda didapati menghadapi masalah kuning berpanjangan, klinik kesihatan akan merujuk bayi anda ke hospital bagi memastikan tiada masalah-masalah yang disebut di atas. Penyiasatan akan dilakukan. Jika semua siasatan normal, jangan risau, teruskan penyusuan, kuning akan turun. Pihak hospital akan membuat pemerhatian sehinggalah kuning turun.

Jadi, perlukah serbuk mutiara, sengkuang cina, mandian herba dan sebagainya untuk menurunkan kuning?

Sudah tentu tidak. Bukan sahaja ianya satu pembaziran malah ia berpotensi memudharatkan bayi kesayangan anda. Rujuklah pada yang ahli, bukan penjual produk yang berpaksikan keuntungan semata-mata.

P/s: gambar ihsan google, menunjukkan kernicterus, satu komplikasi dari kuning yang tidak dirawat dengan betul.

@takeitorleaveit


BAYI SAYA KUNING!

Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan mengalami kuning atau juga dikenali sebagai "jaundice". Kebanyakan masa, ianya boleh pulih dengan sendiri tanpa apa-apa intervensi. Tetapi, ada bayi yang mengalami kuning yang teruk hingga perlu rawatan hospital.

Adakah masyarakat tahu apa punca kuning?

Kuning atau "jaundice" adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen BILIRUBIN yang berlebihan dalam darah. Pigmen ini akan mendap di kulit dan memberikan warna kekuningan pada bayi. Pigmen ini adalah hasil pemecahan sel darah merah bayi.

Kenapa sel darah merah bayi pecah?

Sel darah merah bayi hanya sesuai untuk kegunaan dalam alam rahim. Apabila lahir, penukaran sel darah merah perlu berlaku bagi memastikan cukup oksigen dibawa oleh sel-sel darah merah itu. Penukaran ini melibatkan pemecahan sel darah merah bayi tersebut. Ia dipanggil HEMOLYSIS. Apabila ini berlaku, hasil pecahan sel darah merah itu menghasilkan bilirubin. Bilirubin yang banyak dalam darah akan menyebabkan kuning. Proses ini akan berterusan mencapai kemuncak pada hari kelima bayi dan semakin berkurang selepas itu. Kesannya, kuning juga akan turun sendiri.

Namun, kenapa sesetengah bayi kuningnya tinggi hingga perlu intervensi?

Perlu difahami, badan bayi menyingkirkan sendiri pigmen bilirubin yang berlebihan. Proses ini melibatkan metabolisma pigmen ini di HATI, dan seterusnya penyingkiran melalui berak dan kencing. Jika proses ini difahami, mudah lah kita faham apa risiko bayi mendapat kuning yang tinggi.

Secara mudah kita bahagikan penyebab kuning tinggi kepada 3.

1. Penghasilan pigmen bilirubin berlebihan dari biasa
Ini boleh disebabkan oleh pemecahan sel darah merah bayi yang keterlaluan. Kes ini kebiasaannya berlaku dalam ibu berdarah O, ibu berdarah jenis rhesus negatif, bayi menghidapi G6PD (sejenis masalah kekurangan enzim dalam sel darah merah) atau jangkitan yang membuat sel darah merah bayi pecah terlalu banyak.

2. Kegagalan hati memproses pigmen bilirubin dan mengeluarkan ke air kencing dan najis
Hati bayi tidak sematang hati orang besar. Jika ibu mengambil suplemen atau jamu, ia akan pergi melalui susu ibu ke hati bayi, seterusnya menyebabkan hati bayi bengkak. Ini mengurangkan fungsi hati dan menyebabkan kuning susah disingkirkan. Apatah lagi kalau bayi diberi terus ubat-ubatan atau suplemen secara terus tanpa konsultasi doktor. Masalah kongenital seperti biliary atresia atau choledocal cyst (masalah pembentukan salur hati tidak sempurna) juga akan menyebabkan pigmen bilirubin tidak boleh disingkirkan lantas menyebabkan kuning.

3. Bayi kurang berak dan kencing.
Kuning disingkirkan melalui berak dan kencing setelah bilirubin dimetabolisma oleh hati. Jika bayi kurang disusukan, mereka akan kurang berak dan kencing lantas melambat proses bilirubin disingkirkan.

Oleh itu, jika bayi anda kuning, teruskan penyusuan dengan kerap (1-2jam sekali) dan JANGAN BAGI APA-APA suplemen, jamu atau ubat tanpa nasihat doktor. Mandian herba juga TIDAK BERKESAN menurunkan kuning kerana ia tidak langsung membantu proses yang diterangkan di atas.

Kalau kuning tinggi sangat bahaya ke?

Bahaya! Pigmen bilirubin yang tinggi akan pergi menembusi selaput otak bayi yang tidak matang lantas menyebabkan keradangan pada otak dan saraf tunjang. Ini akan menyebabkan bayi berpotensi TERENCAT AKAL kelak dan juga PEKAK! Sebab itu kuning ini perlu dirawat dengan betul.

Apa rawatan yang betul untuk kuning ni?

Teruskan penyusuan, pastikan bayi mendapat hidrasi dari susu yang mencukupi bagi membantu penyingkiran pigmen bilirubin melalui air kencing dan najis. Jika kuning dikesan terlalu tinggi, rawatan fototerapi boleh membantu. Fototerapi menggunakan sinar ultraviolet bagi menukarkan pigmen bilirubin yang termendap di kulit bagi menjadi sebatian yang larut air dan mudah disingkirkan melalui kencing dan berak. Pendek kata, fototerapi memudahkan tugas hati dalam metabolisma bilirubin.

Jika kuning terlampau tinggi, penukaran darah (exchange transfusion) akan dilakukan bagi memastikan pigmen bilirubin tidak mencacatkan otak dan pendengaran bayi.

Kenapa kuning bayi s




Orang tua selalu cakap 'baby hisap jari kaki tanda dia nak adik lagi'.

Now let me tell you guys a story.

Ada seorang perempuan,aku namakan Puan N.pregnant 5 bulan.bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.

Jadi doktor cakap apa tau?

'dia nak adik lagi lah tu....'

Tak tak.doktor tak cakap macam tu.mau kena lempang.hahaha.

Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.

Nak tahu kenapa?

Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni yg aku attach ni.

Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.

Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.

@takeitorleaveit


is ifqi) sampai tahap Abu Bakar menghentikan bayaran nafkah kepadanya. Abu Bakar hentikan nafkah je okayyy. Bukannya pergi belasah ke apa ke. Marah macam tu pun, Abu Bakar boleh cakap 'demi Allah, aku sgt ingin dosaku diampuni Allah..' So Abu Bakar pun sambung balik bagi bayaran nafkah tu..

'Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa2 selain Allah?'

'Demi Allah, aku sangat ingin dosaku diampuni Allah..'

Shah,
Tahan marah tu.
La taghdab.

Biar apa orang nak kata,
Kau xkan jumpa dia lagi dah lepas ni.
Tapi kalau kau lepaskan peluang Allah bagi ni,
Kau boleh lepas tawaran diampuni dosa tau x?
Siapa yang rugi?
Sobs.

Maka,
Kerana Tuhanmu,
Bersabarlah..

Kerana dosamu yang menggunung,
Telanlah kemarahanmu..

Demi sebuah keampunan dari Tuhanmu,
Maafkanlah manusia.
Bukan kerana mereka membutuhkannya,
Tetapi kerana kaulah yang akhirnya memerlukannya..

@takeitorleaveit


'Dr, no saya 123. lama lagi ke turn saya?'
'Lambat lagi cik. Kita tunggu giliran ye. Dr tengah tengok patient lain,' jawab nurse.
'Tapi mata dia dah berdarah2.'

Takut seandainya pt mmg dlm keadaan yg memerlukan rawatan cepat, aku menyuruhnya membawa pt masuk. Setelah mengimbas sekali lalu, aku tahu ini bukan kes super emergency. Maka aku menyuruhnya tunggu di luar.

Tiba gilirannya, aku cakap dengan nurse,
'Berdebar plak saya nak panggil dia. Tolong la jangan dia masuk marah2.'

'Ya Allah, lancarkan perkataanku..' doaku sambil memanggil nombor seterusnya.

'Cik xyz, sorry lama menunggu. Banyak isu plak pt tadi,' ayat intro sebaik sahaja dia membuka pintu. Kelihatan bersamanya pesakit yg dikatakan mata berdarah2 tadi.
'Abang saya ni dah la xboleh dengar dan bercakap, mata dia plak sebelah dah buta. Saya xnak dia hilang satu2nya mata yang dia ada plak,' jawabnya sedikit kasar.
'Sabar shah sabar. Api jangan dibalas api,' pujuk dalam hati.
'Mata mana yang xboleh nampak?'

Pesakit datang complaint mata yg memang sudah sedia ada xnampak, sakit and merah lepas terkena pelepah kelapa sawit sehari sebelumnya.
'Kenapa hari ni baru datang ye?'
'Semalam saya sibuk xboleh datang.'
'Saya nak periksa sikit mata ni. tolong bagitahu dia step2 yg saya nak buat.' Aku memintanya menjadi pengantara antara aku dan pesakit.
'Korang ni xde doktor yang boleh guna bahasa tangan ke?' Jawabnya dengan nada yang mula menggoncang kesabaran.

Selesai pemeriksaan, kes dirujuk ke bahagian mata. Dr sebelah sana minta hantar gambar. Mengenangkan kurang enak aku 'berwhatsapp' di hadapan mereka, mereka diminta tunggu di luar sebentar.
'Nak kena tunggu luar lagi? Berapa lama lagi nak tunggu?' Dengan suara yg mula naik oktafnya.
'Cik, tunggu luar sekejap je. Saya tengah bincang dengan dr mata ni.'
Lalu mereka keluar dengan gaya tidak puas hatinya.

'Akak, tolong saya. Tahap kesabaran saya dah makin nipis ni..' adu pada nurse.

'Awak boleh tunggu dari semalam sebab awak sibuk tapi awak xboleh tunggu walau untuk beberapa minit hari ni. Awak kata mata pt berdarah2 macam darah xberhenti mengalir sedangkan xde setitik darah pun semasa diperiksa. Awak kata awak takut patient kehilangan mata yang satu2nya dia ada tapi mata yang cedera adalah mata yang sedia ada tak nampak. Awak marah2 saya macam saya ni orang bawahan awak..' dalam hati.

Geram yang amat.
Masa tu apa yg menahanku dari membalas kata2nya hanyalah kerana aku adalah seorang doktor. Walaupun tiada istilah 'patient is always right', aku cuba sehabis baik menghormatinya sebagai ahli keluarga pesakit.

'Nasiblah aku ni malas bergaduh..' rungutku dalam hati.
Dan sesaat kemudiannya aku yang tersentak sendiri.

'shah, kau tahan marah kau sebab apa sebenarnya? Sebab kau doktor atau sebab tu apa yg Allah suruh?'

Tiba2 rasa sedih dengan diri sendiri. Kau boleh dapat pahala yg lebih besar bila kau tahan marah kerana Allah instead of kerana manusia. Peluang tu kau biar sia2 mcm tu je..

Sedangkan Allah dah kata dalam quran.

'Dan bersegeralah kamu MENCARI AMPUNAN dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluasa langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yg bertakwa. (Iaitu) orang yg berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yg MENAHAN AMARAHNYA DAN MEMAAFKAN orang lain. Dan Allah mencintai orang yg berbuat kebaikan. Dan orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa2nya, dan siapa lagi YANG DAPAT MENGAMPUNI DOSA-DOSA SELAIN ALLAH?..' (Ali Imran: 133-135)

Best bila Allah guna perkataan 'kazama' yg bermaksud menelan. Allah nak suruh kita telan kemarahan. Maknanya sampai tahap orang xboleh nampak kita tengah marah, sma macam mana orang xboleh nampak kita tengah menelan makanan. Bukan macam bila orang boleh nampak kita mengunyah. Allah xnak kita kunyah kemarahan tu tapi Allah nk kita telan. 😭😭😭

Dan lagi best bila Allah buka dan tutup ayat pasal marah ni dengan cakap pasal keampunan Allah!

Teringat Abu Bakar. satu hari Abu Bakar sgt marah dgn Mistah kerana peristiwa memfitnah Saidatina Aisyah (had


Passover.

'Kenapa meriah sangat ni?'
'Ada accident. Bas langgar kereta. Anak nak hantar ct scan. Suspect intracranial bleed. (Pendarahan dalam kepala). Mak x boleh ingat apa jadi.'
'Accident macam mana?'
'Bas langgar lampu merah. Langgar kereta dorang yang memang turn nak jalan.'
'Kesiannya. Yang xbersalah plak yg jadi mangsa..'

Kes2 kemalangan ni dah lali sangat dengar. Tapi kes kali ni antara kes yg melekat dlm kepala. Sebab geram dgn pemandu bas yg langgar lampu merah tapi sihat walafiat. Yg jadi mangsa orang2 yg xbersalah.

Terbayang2 muka mak yg blur2 xingat apa jadi. Gaya macam x boleh digest pun yg si anak kecik tengah kritikal.

Kadang2 kita rasa 'whatever la. Kau jgn sibuk hal aku. Aku yg buat salah, aku yg tanggung.' Tanpa menyedari sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada org lain.

Sama mcm bila kt buat dosa.

Kita rasa 'kubur lain2. Ko jangan masuk campur.'
Tanpa sedar kt mungkin mengheret orang2 yg kita sayang bersama dosa2 kt.

Mcm bila kita keluar rumah xpakai tudung. Kita rasa kita je yang salah. Tapi tanpa sedar, setiap langkah kita tu mungkin ada saham utk ayah kita atau suami kt yg bertanggungjawab atas kita kerana kecuaian mereka dalam mendidik kita..

Sampai sekarang ingat lagi perbualan dgn pakcik masa kecik2 dulu. Masa tu kena tinggal kat kampung sebab mak ayah pergi umrah. Tengah2 main, tiba2 pakcik datang.

'Dah solat belum ni?' tanya pakcik.
'Belum,' jawabku.
'Pergi la solat. X kesian ke kat mak ayah. Penat2 dorang pergi umrah jauh2, tengok2 anak dia kirim dosa dr malaysia..'

Masa tu rasa macam..
'Wow dosa kena kirim sampai mekah? Kesiannya mak ayah..'

Besar kan kesan kesalahan kita?
Bukan diri sendiri je yg kena..
Tapi tempias dia boleh kena jugak kat orang2 yg kita sayang.

Macam mana kita xnak tgk mak ayah kita sakit kat dunia ni, mesti la mcm tu jugak kita xnak tgk mak ayah kita sakit kat akhirat sana nanti kan..
Na'udzubillah.

I know it's super hard.
Because im struggling too.

Tapi kasih sayang tu datang bersama tanggungjawab,
Dan memerlukan pengorbanan.
Kerana cinta itu kata kerja.
Bukan sekadar lafaz..

@takeitorleaveit



Показано 20 последних публикаций.

593

подписчиков
Статистика канала