'Tujuan kita di lahir di dunia ini adalah untuk persiapkan diri selepas mati....' tergiang giang di kepala kata kata seorang teman sebelum pemergiaan beliau beberapa hari selepas itu.
'Apa tujuan kita hidup?' Tanya cikgu sambil menyelit pen di kocek bajunya.
'Kembali bertemu Allah'
'Untuk hidup selepas mati,
'Untuk ke syurga'
Bermacam macam jawapan diberi oleh para pelajar. Bahang panas tengahari membuatkan mereka tidak sabar sabar ingin pulang ke hostel.
'Tu kamu yang hujung sekali apa jawapan? Jauh termenung . Menungkan apa?'
'Errr .Maaf cikgu soalan apa tadi?'
Fakhrul .Pelajar yang duduk paling hujung sekali, memandang cikgu blur. Kenal sangat dengan hobinya yang suka merenung padang ,melihat hujan dan sukakan bau rumput. Tingkahnya sukar untuk kami tafsir. Seorang yang pendiam dan tidak banyak bicara namun selalu tersenyum. Senyum itu lah yang seringkali menjadi isyarat masa pendapat aku di perkecil diperlekeh teman sekelas. Masa aku tiada keyakinan ke depan untuk present. Ya senyum itu lah. Terima kasih Fakhrul !
'Apa tujuan kita hidup?' Ulang cikgu lagi
'Untuk mencari redhaNya '.Balas Fakhrul perlahan.
'Bagaimana tu ? Kawan kamu cakap sebab nak syurga. Kamu pula cakap redha Dia. Terangkan sikit .Mungkin ada kawan kawan kamu yang ingin tahu.' Tanya cikgu seakan akan ingin menguji.
'Syurga itu ganjaran. Bila sebut ganjaran automatik apa yang kita buat kita mengharapkan balasan. Jika kita manusia tertumpu pada ganjaran semata apa jaminan tiap amal kita akan di terima? Boleh jadi keikhlasan kita kurang, usaha kita tidak seberapa sebab mindset kita hanya nakkan reward.
Redha pula suatu yang Allah suka , maksudnya kita buat sesuatu dengan harapan Allah akan pandang, Allah akan suka dengan apa yang kita buat. Dengan itu kita akan lebih bersungguh sungguh mendapatkannya. Kasih sayang , keberkatan , belas kasihan semua tu adalah kerana redha Allah .Bila masa Allah redha ke atas hamba hambaNya maka syurga lah tempat hamba itu-inshaAllah '
Masing masing kusyuk mendengar. Anak lelaki akhirnya bersuara. Seperti ada sesuatu yang menarik di balik penjelasan beliau.
'Mencintai syurga Allah dengan mencintai Allah dua benda yang berbeza bila......'
'Baik lah kita sambung esok..' Pintas cikgu . Jam menunjukkan pukul 1330 pm. Setiap pelajar melepas nafas lega. Seharian belajar tiba masa untuk berehat.
Fakhrul dah cabut awal awal.
'Rul' Aku sekat dia .' Sambung yang tadi' Pintaku dengan penuh pengharapan.
Dia senyum. 'Nanti lah' Senyum terakhir tanda keterpisahan dunia.
......
Persoalan syurga vs redha Allah ?
Mana lebih utama ?
Analoginya seperti mengajar anak kecil berpuasa. Kita nak dia puasa penuh maka kita janjikan dia dengan duit so that dia akan usaha untuk berpuasa. Namun adakah besar nanti mereka perlu lagi di beri ganjaran jika berpuasa penuh? Mesti la tidak kan. Sebab puasa itu satu kewajipan dan ganjaran syurga bagi yang melaksanakanya. Pendek kata manusia perlu di ransang terlebih dahulu untuk buat sesuatu.
Reward system macam ni perlu di ubah sebab bila kita hanya nampak ganjaran kita tidak di latih untuk berikan sepenuh komitmen pada sesuatu. Lantara itu masih ada lagi yang tak solat ,tak puasa, lengah lengahkan solat, lengahkan dalam membuat kebaikan etc. Sebab kita sendiri belum kenal siapa kita apatah lagi mengenal 'tuan' yang mencipta empunya diri. Syurga hanya peransang diri supaya manusia beramal ibadah. Tidak lah menjadi kesalahan jika kita beramal untuk meraih syurga Allah s.w.t , namun bercita cita untuk redhanya itu lebih baik sebab ibadah yang dilakukan bukan semata kerana cinta syurga tetapi cinta tuan yang menciptakan syurga.
Kerana itu cuba duduk fikir dan renung sedalam-dalamnya adakah benar-benar kita mencintai Allah SWT?
atau
Hanya mengharap syurga Allah semata. Cuba kita dalami betul betul bacaan dalam setiap pergerakkan solat kita adakah ia mampu menjadikan kita seorang hamba Allah yang sebenar-benar hamba ? Sesungguhnya ibadahku,hidupku dan matiku hanya kerana Allah. Tidak ada di situ ikrar kita sewaktu mula-mula mengangkat takbir mengatakan b