✨PRODUK-PRODUK DALAM RUTIN JAGA KULIT HARI INI✨
Sejak jualan 11.11 hari itu memang banyak produk-produk kulit yang aku baru guna. Semua kat bawah ni adalah baru kecuali pencuci muka, iaitu QV Gentle Wash.
1. Wardah Vitamin C Face Mist🍉
Face mist dan toner asasnya benda sama. Yang penting kena tahu bahan-bahan yang digunakan (untuk tahu fungsi) dan kenal pasti tekstur.
Aku pakai face mist ini sama macam aku pakai toner sebab ia ringan macam air mutlaqq. Aku sembur kat tangan pastu sapu keseluruh muka. Kalau sembur terus pada muka akan ada yang tersasar.
Fungsi Wardah face mist adalah untuk mencerahkan kulit kusam serta melembapkan kulit. Bagi aku ia melembapkan kulit berminyak dengan agak baik, tang mencerah tu aku tak tahu lagi.
2. Safi Instant Spot Corrector 🍉
Benda ni padu. Jerawat jadi cepat matang, pecah dan kering. Selain digunakan sebagai spot treatment, aku juga sapu gel ni beberapa kali seminggu di kawasan cenderung naik komedon contohnya pada hidung. Supaya blackhead dan jerawat susah naik. Berkesan👍
3. Mad Hippie Vitamin C Serum🍉
Kesannya mantap bila penggunaanya digabungkan dengan Vitamin A. Pakai secara bergilir. Ulasan penuh akan tiba.
4. Aiken Hydra Plus Moisturizer🍉
Yang ni kadang rasa kurang melembapkan kadang rasa macam cukup. Tapi yang pastinya bahan-bahan dia okay dan harganya mampu milik. Lawannya mungkin Neutrogena Hydro Boost.
5. Boonga Sunscreen🍉
Akhir sekali aku simbah sunscreen ni. Sunscreen ini bertekstur losen yang jenis melembapkan kulit. Jadi untuk kulit berminyak, selepas pakai serum atau toner, boleh terus pakai sunscreen ni. Tak perlu pelembap lain. Sunscreen ini sendiri adalah pelembap. Sebab kalau tambah pelembap lain, takut kulit jadi berminyak.
Pada akhir gambar aku ada letak muka aku sebijik untuk tatapan umum. Nak tunjuk rupa terkini. Kot-kot ada yang berkenan nak datang memimang (hantaran 10k ke atas sahaja).
Kanda Aziz