Buletin Info 1 Malaysia


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia
Channel ini akan berkongsi info tentang...
🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций




Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYASITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

13 Januari 2025 09:47am

SUNGAI PETANI - Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya di sini, runtuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kenderaan dipandu seorang warga emas berusia 83 tahun itu, dikatakan baharu sahaja selesai mengisi minyak di stesen berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada jam 10.03 pagi Ahad itu tidak melibatkan kecederaan pada mangsa.

"Akibat kemalangan, bahagian hadapan sebelah kiri kereta kemek dan lampu hadapan sebelah kiri pecah manakala motosikal yang diletakkan di parkir, pecah lampu belakang, tayar dan bahagian belakang," katanya.

Menurut Wan Azharudin, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku setelah pemandu kereta selesai mengisi minyak, apabila memulakan perjalanan, pemandu dengan tidak sengaja telah tertekan pedal minyak sehingga terlanggar bahagian belakang motosikal yang diletakkan di kawasan parkir.

"Kedua-dua kenderaan terus menuju ke hadapan sehingga menyebabkan dinding kedai di stesen minyak pecah.

"Akibat kemalangan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kesemua yang terlibat telah dinasihatkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Artikel Sinar Harian

#sinarharian




PARITBUNTAR
13 Januari 2025

HARGA PADI RM 1,300?

Adun Titi Serong, Ust Hakimi Hamzi Mohd Hayat menegaskan kerajaan perlu cakna megenai masalah pesawah terkini iaitu harga belian padi yang menurun ke RM 1,300 satu tan metrik.

Menurut beliau perhimpunan aman dikawasan jelapang padi yang dibuat PeSAWAH bersama penduduk adalah langkah awal pesawah menggesa kerajaan supaya menyelesaikan segera masalah ini sebelum golongan ini terus pergi ke kementerian.

" Jika kerajaan mahu mengekalkan harga RM 1,300 / metrik tan itu kenalah melihat pelbagai sudut.

" Sebagai contoh jika harga itu mahu dikekalkan, harga subsidi padi semasa yang diterima pesawah iaitu RM 500 / tan metrik perlu dinaikkan lagi sehingga mencapai satu harga yang boleh diterima pesawah," katanya.

Sementara itu Mantan Exco Pertanian Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata harga RM 1,300 itu langsung tidak memadai dengan usaha dan kos yang dikeluarkan pesawah.

Katanya kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian segera berikutan pihaknya turut mendapat banyak rungutan dari golongan ini yang menyatakan kerisauan dan ketidaksanggupan mereka untuk mengusahakan lagi sawah padi.

END#


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram
PARITBUNTAR
13 Januari 2025

Keluhan lebih 200 pesawah Kerian berkenaan harga belian padi yang merudum teruk dari RM 1800 ke RM 1,300 setiap matrik tan. Biarpun Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan, namun harga belian yang tertera pada resit jualan padi tetap RM 1,300. Jadi???

Mohon kerajaan ambil tindakan segera dan pesawah gesa harga padi dinaikkan antara RM 1,500 hingga RM 1,800 satu tan matrik.

Hadir sama ADUN Titi Serong, Ust Hakimi Hamzi dan Mantan Exco Pertanian, Datuk Yunus Jamhari.
#ADMIN




kmalangan maut pagi tadii di  jalan pajak song kepala batas seberang Perai.




Penunggang wanita maut selepas motosikal dirempuh kereta

13 Januari 2025, 11:28am

SUNGAI PETANI: Seorang penunggang maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta sehingga tercampak ke atas kereta lain di Kilometer 48.2 Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada jam 8 malam itu, mangsa wanita berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku dalam hujan lebat membabitkan motosikal SYM Bonus dinaiki mangsa dengan kereta Proton Wira dan Honda City.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di simpang mahu membelok ke kanan ke Taman Permai Pura, di sini.

Katanya, sebuah Proton Wira yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek lalu merempuh belakang motosikal terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke hadapan sebelum terkena bahagian hadapan kereta Honda City yang berada di laluan bertentangan.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu Proton Wira berusia 24 tahun yang gagal menjaga jarak ketika mengekori kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Katanya, saringan ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemandu terbabit didapati negatif dadah, namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Buletin Tv3




Ibu muda hilang bersama bayi kini di Melaka

Oleh NOR AINNA HAMZAH
13 Januari 2025, 11:05 am

TAMPIN – Wanita berusia 22 tahun yang hilang dari rumahnya di Felda Sungai Kelamah di sini, dengan membawa bayi perempuannya berusia dua bulan, Jumaat lalu berada dalam keadaan selamat di Sungai Udang, Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, wanita itu telah membuat satu laporan di Balai Polis Sungai Udang Melaka pada pukul 7.49 malam semalam.

Menurutnya, dalam laporan polis itu, wanita berkenaan menyatakan dia telah keluar dari rumah keluarganya dengan rela hati tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Wanita berkenaan juga memberitahu dia serta bayinya dalam keadaan baik dan sihat. Oleh itu, pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang membantu sehingga mangsa ditemui semula,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berkenaan bersama bayi perempuannya yang berusia dua bulan.

Laporan polis mengenai kehilangan wanita itu dibuat oleh ibunya pada pukul 5.48 pagi selepas wanita itu dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 3.07 pagi pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE




Polis terima laporan sandwic dijual di UM tiada sijil halal

AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD ISMADI ISMAIL

13 Januari 2025 04:23pm

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan berhubung penjualan makanan produk 'ham and cheese sandwich' yang diragui status halal di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kes telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

"Kita telah terima laporan berkaitan isu berkenaan, kes telah dirujuk kepada agensi dan Kementerian berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Isnin, Jakim mengesahkan produk itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata, Bahagian Pengurusan Halal Jakim menerima banyak pertanyaan di media sosial berkenaan produk 'ham and cheese sandwich' yang diragui status halal.

Menurutnya, Jakim sudah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama KPDN pada Jumaat lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

Sinar Harian




Penunggang motosikal maut dalam nahas 4 kenderaan
13 Januari 2025, 3:06pm

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Platinum 7/60, Seksyen 7, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kemalangan jam 10.25 pagi itu membabitkan masing-masing sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), kereta dan motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV jenis Toyota Alphard dipandu seorang lelaki berumur 38 tahun dari arah kawasan perumahan menghala ke Persiaran Bestari hilang kawalan.

“Ia kemudian melanggar belakang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 46 tahun yang sedang bergerak lurus dari arah sama.

“Kemalangan itu menyebabkan motosikal terbabit melanggar sebuah kereta yang diparkir di sebelah kiri jalan mengakibatkan penunggang berkenaan jatuh ke atas jalan.

“Pemandu MPV itu mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebuah SUV jenis BMW X5 yang berada di hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, penunggang motosikal itu yang mengalami kecederaan di kepala disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Shah Alam yang hadir ke lokasi kejadian.

“Pemandu MPV terbabit ditahan untuk diambil sampel urin dan darah bagi melengkapkan siasatan.

“Keputusan urin negatif dari pengaruh dadah. Sampel darah juga diambil untuk diuji oleh Jabatan Kimia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850.

Buletin Tv3


🦜 *Alor Setar 12 Jan: Keharmonian dan semangat masih kukuh dalam pasukan menjadi antara penyebab mengapa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masih mampu melakar kemenangan sebaik menyambung semula aksi Liga Super pada tahun ini di sebalik masalah tunggakan gaji yang masih melanda.*
*Kemenangan ini juga adalah kejayaan kali ketiga berturut-turut di laman sendiri selepas Sang Kenari menewaskan Penang FC 1-0 pada 18 Disember dalam saingan Liga Super dan Piala Cabaran dengan mengetepikan KL Rovers 3-0 pada 22 Disember lalu.*
*Menurut Ketua Pasukan KDA FC Akmal Zahir, kekuatan yang masih ada dalam pasukan disebabkan keharmonian menjadi faktor penting dalam mempertahankan semangat untuk mereka terus berjuang mencari kejayaan.*

🦬 *Kuala Lumpur 11 Jan: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah menaruh harapan tinggi kepada pemain tempatan untuk membuktikan kemampuan dan membawa pasukan Perak FC ke tahap lebih tinggi bagi mendapatkan tiga mata penting dalam perlawanan itu menentang Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, esok.*
*Jelasnya, ini ekoran beberapa pemain import yang sebelum ini berada dalam pasukan namun tidak dapat bersama lagi selepas kontrak mereka tidak dilanjutkan pada tahun ini.*


*berita penuh sila follow harian metro online*

*#hanipiloiempire*
*#repoterataspokok*
*#hanisofeasupriseandgift*
*#legasisepuluh*

Показано 16 последних публикаций.