quotestarbiyah


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Pecinta Al-Quran❤️
Sebarkan kebaikan ❤️
Silakan Share❤️
Semoga Bermanfaat❤️

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Pernah tak ?

Ada satu masa kita rasa lemah, down dan tak bersemangat nak teruskan hidup macam biasa padahal tiada apa yang berlaku pun tapi rasa itu tetap hadir.

Hidup ini perlu kuat. Sebesar apapun ujian, kamu harus percaya Allah itu ada dan Dia tidak pernah tinggalkan dirimu.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Jangan terlalu berharap kepada manusia kerana sifat dan hati manusia berubah-ubah. Berharaplah kepada Allah kerana Allah sentiasa ada bersama hambanya.

https://t.me/quotes_tarbiyah


اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka".

“Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka.” (Riwayat Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079)

https://t.me/quotes_tarbiyah


Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang ditentukan oleh Allah.

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka

https://t.me/quotes_tarbiyah


Jangan simpan seseorang di dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang itu di dalam doa, kerana doa itu tercatat dilangit selamanya

https://t.me/quotes_tarbiyah


Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang

(Surah Al-Rad ayat 28)

https://t.me/quotes_tarbiyah


Wanita itu diciptakan oleh Allah untuk dicintai, disayangi dan difahami. Bukannya untuk kamu sakiti dan terus dikecewakan .

https://t.me/quotes_tarbiyah


Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Yusuf menjauhinya. Tapi saat Zulaikha mengejar cinta Allah, maka Allah datangkan Yusuf untuknya.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Biarpun solatmu beribu-ribu rakaat,sedekahmu berjuta-juta ringgit,hajimu berkali-kali, tapi saat kamu gores luka hati ibumu, syurga bukan milikmu

https://t.me/quotes_tarbiyah


Jangan pernah tinggalkan solat, kerana ada jutaan manusia di dalam kubur yang ingin dihidupkan semula ke dunia hanya semata-mata untuk kembali solat kepada Allah SWT.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Jangan merungut kalau ibu mintak tolong darimu,
Kerana kerja yang disuruh itu tidaklah seberat melahirkan kamu.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Perempuan Hendaklah Menepati Janji

Sesungguhnya perjanjian Allah dengan Bani Israil mengandungi kaedah-kaedah yang tetap. Kaedah-kaedah itu juga dibawa oleh Islam, kemudian mereka mengingkari dan menolaknya. Perjanjian yang pertama persangkutan dengan akidah, iaitu tauhid yang bersifat mutlak bahawa mereka tidak menyembah selain daripada Allah. Kemudiannya mereka pun diperintahkan untuk berbuat baik kepada orang tua, kaum kerabat, anak yatim dan orang-orang miskin. Perjanjian ini juga berisi seruan kepada manusia supaya berkata baik kepada manusia, terutama amar ma'ruf dan nahi mungkar. Begitu juga dengan kewajipan solat dan zakat. Semua ini merupakan kaedah-kaedah Islam.

Melalui ayat ini Allah SWT mengingatkan Bani Israil terhadap apa yang telah dia perintah kepada mereka dan pengambilan janji oleh-Nya terhadap hal-hal tersebut dari mereka. Akan tetapi mereka berpaling dari semua itu dan menentang dengan sengaja dan dirancang, sedangkan mereka tahu dan mengingati perkara itu.

Hak yang paling utama bagi Allah SWT iaitu supaya kita menyembah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, kerana untuk itulah Allah menciptakan kita. Kemudian seterusnya iaitu hak kepada makhluk dan yang paling dikuatkan dan mesti ditunaikan iaitu hak kepada kedua ibu bapa

Kemudian seterusnya hak anak-anak kecil yang tidak ada ibu bapa yang menanggung hidup mereka. Hak orang-orang miskin yang tidak menjumpai apa yang mereka belanjakan untuk diri mereka sendiri dan keluarganya. Kemudian yang terakhir iaitu hak untuk melakukan amar ma'ruf nahi mungkar tentunya dengan cara-cara yang maaruf..

Dengan demikian Umat uni diberi kepercayaan oleh Allah SWT, untuk mengerjakan perintah-perintah Allah yang dapat dilakukan oleh Umat-umat sebelumnya.
(Ibnu kasir, Tafsir Al-Quranil 'Azim, Jilid 1, 1996 : 124).

https://t.me/quotes_tarbiyah


Mutiara Hadis

Daripada Ibnu Mas'ud, "Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, amal perbuatan apakah yang paling utama?" Baginda menjawab, "Solat pada waktunya." Aku tanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab, "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Kemudian aku bertanya, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab, "Jihad di jalan Allah."
(Hadis Riwayat Bukhari,Muslim)

https://t.me/quotes_tarbiyah


Pesan pada hati

"LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA"

Walau sejuta manusia sekalipun membuat kita terluka dan bersedih, Allah tetap ada disisi.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Pengajaran Bagi Perempuan Dari Kisah Bani Israil

Kisah lembu betina ini menggambarkan sifat Bani Israil secara turun-temurun : kerasnya hati mereka untuk menerima kebenaran, penentangan mereka terhadap risalah yang dibawa oleh para Rasul, menundakan masa dalam menyambut pelbagai kewajipan, mencari-cari alasan dan menghina Allah SWT dan para Rasul-Nya.

Ketika Nabi Musa menyampaikan perintah Allah SWT untuk menyembelih seekor lembu betina, mereka menuduh Nabi Musa telah mempermainkan mereka. Nabi Musa membalas tuduhan ini dengan berlindung kepada Allah dan mengajak mereka dengan lemah lembut melalui pemberitahuan dan sindiran tentang adab di hadapan Tuhan yang Maha Mulia. Di samping itu, Nabi Musa menerangkan bahawa tuduhan mereka terhadapnya tidak wajar dilakukan, melainkan oleh orang yang tidak tahu keagungan Allah dan tidak tahu adab.

Pengarahan ini seharusnya sudah memadai bagi mereka untuk menumbuhkan kesedaran kembali kepada Tuhan mereka dan melaksanakan perintah Nabi mereka. Tetapi, mereka menunda-nunda waktu dan berbelit-belit sehingga mereka meminta dan bertanya lagi kepada Nabi Musa supaya Tuhannya menjelaskan lebih terperinci ciri-ciri khusus dari lembu betina itu. Nabi Musa menerangkan bahawa gambaran lembu betina yang dimaksudkan iaitu lembu betina yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan di antara itu. Seterusnya, mereka bertanya lagi tentang warna lembu betina yang dimaksudkan,

Nabi Musa pun menyampaikan lagi, sesuai firman-Nya, bahawa (lembu) itu adalah lembu betina yang kuning tua warnanya, yang menyenangkan orang-orang yang memandang(nya).
(Surah al-Baqarah, 2 : 69).

Sejumlah soalan ini menunjukkan bahawa mereka masih ragu-ragu dengan kebenaran yang disampaikan Nabi Musa.

Mereka itulah kaum yang mendatangkan masalah dan menyulitkan diri mereka sendiri sehingga Allah pun menyukarkan mereka dengan menambahkan ciri-ciri baru pada lembu betina itu, sedang mereka sebelum itu sangat senang mendapatkannya. Mereka sendirilah yang kemudian berasa susah dalam mencari lembu betina tersebut.
(Sayyid Qutb, Fi Zilalil Qur'an,Jilid 1, 2000 : 155).

https://t.me/quotes_tarbiyah


Hari Sabat ialah hari Sabtu, hari Khusus bagi orang Yahudi untuk beribadah.

https://t.me/quotes_tarbiyah


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman , orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan orang-orang Sabi'in, Sesiapa sahaja (dalam kalangan mereka) yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan melakukan kebajikan, mereka akan mendapat pahala dari Tuhannya, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

(QS Surah al-Baqarah 2, 62)

https://t.me/quotes_tarbiyah


Sabiin ialah umat sebelum Nabi Muhammad ﷺ yang mengetahui adanya Tuhan Yang Maha Esa, dan mempercayai adanya pengaruh bintang-bintang

https://t.me/quotes_tarbiyah


Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya :

"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat"
(Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Al-Baihaqi).

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian.

Jadilah dan pilihlah sahabat yang bukan sahaja membahagiakan sahabatnya di dunia, bahkan membantu untuk sama-sama mendapat bahagia di akhirat sana.

https://t.me/quotes_tarbiyah


Firaun membiarkan anak perempuan hidup dan membunuh anak lelaki

Ahli tafsir setuju bahawa Israil iaitu Yaakub bin Ishak bin Ibrahim a.s. Bani Israil iaitu nama bagi anak cucu. Allah SWT memberikan mereka keutamaan dengan banyak di antara mereka yang menjadi Nabi. Mereka juga mendapatkan kenikmatan-kenikmatan dunia, termasuk ketika Allah SWT menyelamatkannya daripada dikejar tentera Firaun selepas hidup di tengah-tengah kekejaman Firaun yang membiarkan anak perempuan hidup dan membunuh anak lelaki yang lahir. Mengikut dukun-dukun Firaun, kalau anak lelaki dibiarkan hidup, satu masa anak lelaki tersebut akan mengancam keluasannya.

Rasulullah ﷺ bersabda, "Memaki-maki orang muslim iaitu kefasikan dan membunuhnya iaitu kafir."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, dan Ibnu Majah).
Hadis lain menyebutkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Lenyapnya dunia ini lebih ringan dalam pandangan Allah daripada membunuh satu mukmin tanpa sebab yang benar."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Firaun telah menghapuskan hak untuk hidup anak lelaki. Perbuatannya telah melebihi batas. Hanya Allah yang berhak menghidupkan dan mematikan seseorang. Sehebat apa pun manusia, dia tidak berhak melakukannya. Segala sesuatu berlaku berdasarkan kehendaknya.

Kezaliman dan kefasikan Firaun hakikatnya iaitu ujian daripada Allah SWT. Tujuannya iaitu untuk menumbuhkan kesedaran dalam diri mereka bahawa ujian merupakan bentuk tempaan daripadanya.

Segala persoalan hidup akan terasa ringan ketika ujian dijadikan ilmu pengetahuan, dijadilani dengan penuh kesabaran, terus memohon kepadanya agar diberi jalan keluar dan tidak berputus asa daripada rahmatnya. Allah maha luas ilmunya. Dialah yang lebih tahu akan segala sesuatu yang terbaik bagi Setiap hambanya.

Ayat ini kembali mengingatkan kita akan perilaku Bani Israil yang Sentiasa kufur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka sentiasa menyimpang daripada kebenaran dan tidak mahu mengambil hikmah daripada ujian hidup. Hikmah kisah ini, iaitu supaya setiap ujian kehidupan dapat diurus dengan betul.
(Sayyid Qutb, fil zilalil Qur'an, jilid 1, 2000 : 70)

https://t.me/quotes_tarbiyah

Показано 20 последних публикаций.

67

подписчиков
Статистика канала