HIJRAHSOULOFFICIAL


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Похожие каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:

1)Ketika berkumur, berniatlah: “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.”
.
2)Ketika membasuh muka, berniatlah: “Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini.”
.
3) Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: “Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini”
.
4)Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: “Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini”
.
5)Ketika membasuh kepala, berniatlah: “Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu.”
.
6)Ketika membasuh telinga, berniatlah: “Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini.”
.
7)Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim.”
.
8) Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat.”
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul




Ustaz Ahmad Rizam pesan;
.
Bila sampainya tanda akhir zaman kamu perlu kuatkan diri kamu dengan zikir ini.
.
Allahu /Ya Allah (100 kali)
Ya Hayyu Ya Qayum (100 kali)
Ya Qahar (100 kali)
Ya Zaljala Liwal Iqram (100 kali)
.
Zikir dengan cara yang paling lembut seolah memanggil kekasih. Mudah mudahan Allah jaga kita dari segala fitnah semasa kita hidup, mati dan dajjal. Orang yang berakal dia akan bersiap sedia untuk menghadapi fitnah itu. Bila kamu tak boleh menangis kerana dosa, menangislah kerana kamu tidak boleh menangis 😭
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Ketahuilah hidup dan mati mempunyai cabaran dan kesulitan tersendiri, kematian bukan pengakhiran kepada kita, sebaliknya permulaan hidup di alam lain (barzakh)
.
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani ada menyebut,
.
1)Roh akan melihat segala perkara yang berlaku ke atas jasadnya sehingga dibawa ke perkuburan. Di saat ini jugalah al-Quran yang berada di hujung kepala akan masuk di antara tangan dan dada sewaktu dikapankan.
.
2) Setelah dikebumikan, roh akan kembali kepada jasad, lalu didatangi dua malaikat yang duduk dihadapan jasad serta terus mengajukan soalan,
.
“Siapa tuhan kamu?. Si mati menjawab, “Allah tuhanku”. “Apa agamamu?, dijawab “Islam agamaku”. Malaikat bertanya lagi, “Siapakah yang diutuskan di kalangan kamu, siapa nabimu?, lalu dijawab, Nabiku ialah Rasulullah Muhammad bin Abdullah”. “Apa ilmu kamu?”, dijawab oleh si mati, “Aku membaca Kitabullah dan aku mempercayai dan meyakini kitab Allah di dalam hidupku”
.
3) Setelah selesai sesi pertanyaan daripada malaikat itu, kedengaran seruan daripada langit yang berkata, “Benar apa yang disebutkan itu, hamparkanlah baginya jalan ke syurga dan bukakan pintunya di syurga.” Lalu si mati akan memasuki syurga melalui pintu yang berbau sangat harum.
.
4) Rasulullah SAW berkata, kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan didatangi oleh seseorang yang sangat cantik dan tampan dengan pakaian yang indah serta harum dan menyebut, “Berbahagialah dengan sesuatu yang menggembirakan”
.
Dinasihatkan umat Islam supaya mempersiapkan diri untuk menempuh sakaratulmaut dan kehidupan selepas kematian dengan memperbanyakkan amal ibadah dan ketakwaan kepada Allah.
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


NOTE TO SELF. BISMILLAH
.
1)Make time for Quran
2)Don’t forget Dhuha
3)Pray On Time
4)Amplify ur Solat Sunat
5)Jaga Ukhuwah (Allah and Manusia)
6)Zikir and Sadaqah
7)Smile :D
.
Being a Muslim is about changing yourself to fit Islam, not changing Islam to fit you 💓
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul




Pernah tak kita terfikir kenapa kena baca Al-Kahfi untuk elak fitnah dajal? Kalau baca Yassin tak boleh ke? Al-Waqiah tak boleh ke?
.
Ingat tak kisah pemuda Al-Kahfi. Mereka ini adalah orang-orang yang mempertahankan iman. Mereka selamatkan iman mereka dengan cara bersembunyi dalam gua.
.
Padahal gua itu terletak dalam negeri yang dikuasai oleh raja yang mahu menangkap pemuda-pemuda Al-Kahfi tadi. Dikerahnya bala tentera untuk mencari pemuda-pemuda Al-Kahfi ke setiap ceruk negeri, padahal lalu-lalang depan gua tersebut tapi guanya tak nampak sehingga 309 tahun.
.
Masyallah, Allah selamatkan pemuda-pemuda Al-Kahfi sepanjang tempoh itu.
.
Di akhir zaman nanti, Dajal dan bala tenteranya akan masuk ke setiap negeri di atas muka bumi ini kecuali Mekah dan Madinah. Orang yang rumahnya dibacakan surah Al-Kahfi, akan terjadi hal yang sama seperti yang terjadi dengan pemuda Al-Kahfi. Rumah tidak akan kelihatan oleh puak Dajal, insyallah. Itulah gunanya membaca surah Al-Kahfi di akhir zaman
.
Esok Jumaat. Tapi tempoh membaca Al-Kahfi bermula dari malam ini (Khamis) selepas Maghrib hingga esok (Jumaat) sebelum Asar. Kalau tak mampu baca sekaligus, bacalah sikit-sikit bermula malam ni.
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul




.
1) Terkadang hari-hari berjalan, bagaikan perang untuk naik ke tempat yang lebih tinggi dan kadang merasa takkan tergapai, tapi Jangan Menyerah.
.
2) Definisi sukses/berjaya adalah"Tetap Bertahan dan terus maju" maka jangan menyerah. Ketika impian terasa jauh sekali, padahal kita tidak tahu bahawa impian itu sudah begitu dekat dan segera tercapai maka Jangan Menyerah 💓
.
#HijrahSoul #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul




Tahu tak apa tu DUKHON?
.
Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40hari disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap Nabi Yunus dalam perut ikan Nun.
.
Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan mateor. Masa tu, semua elektrik, semua teknologi akan terpadam buat selamanya.
.
Sebab meteor tu ada saidrik, sejenis zat besi neutral apa entah yang akan membuatkan daya tarikan besi-besi lumpuh buat selamanya. Komputer, kereta, semua takleh pakai. Sebab tu kena belajar memanah, berkuda, berenang dari sekarang.
.
Masa Dukhon tu nanti, ramai mati dan sebagainya. Makanan time tu takda so semua kelaparan. Orang beriman makanan dia cuma ZIKIR. Masa bergelap nanti baca, “Laa Ilaaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntum Minaz Zoolimin” banyak-banyak.
.
Masa dukhon terjadi tu, balik rumah masing-masing. Masuk bilik masing-masing. Baca “Subha Nalkuddus Rabbunalkuddus.”
.
Ingat pesan ini. Kalau kita sempat. Sebab kita dah berada di Fasa4. Fasa Dukhon. Fasa Imam Mahdi, taktau sempat ka dak. Kita ni fasa Dukhon sebab kita fasa dimana teknologi paling canggih. Phone pun touch-touch ja lani.
.
Hebatkah kita? Jila kaki gagah melangkah ke serata dunia, tapi Masjid sekampung tak pernah dikunjungi. Surau bagai rumah kosong tak berpenghuni.
.
Setelah Rezqi yang Allah limpahkan, kita tipu Allah. Kita lupa Allah. Dengan selesanya kita hidup dimuka bumi Allah, tanpa rasa malu.
.
Bersediakah kita? Jangan sesekali kata, “Kubur masing-masing”. Ambik contoh, wanita pakaian ketat dan seorang Imam Masjid berdiri ditepi pantai. Bila datangnya tsunami, adakah Imam tersebut tak akan terkena walau setitik air laut?
.
Sama macam Dukhon. Dia tak kenal sapa pun kita. Takdak cahaya sikit pun waktu tu selain Zikir kepada Allah. Allah
.
#Hijrah #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram




Remember, when you focus on problems, you'll have more problems. But when you focus on possibilities, you'll have more opportunities. So don't give up! Face your problems and work through them, that's what makes you strong 💓
.
#Hijrah #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram


Perkenankanlah ikhtiar kami mencapai dunia dan akhirat-Mu, ya Allah. Insya Allah, ya Rabb, kami akan berubah menjadi orang-orang yang baik. Kami akan berniat menjadi orang-orang yang baik dan melakukan kebaikan.
.
Ya Rabb, izinkan kami melakukan sesuatu untuk orang-orang yang kami cintai. Izinkan kami berbuat sesuatu, ya Allah, untuk orang-orang yang kami cintai. Izinkan kami berbuat sesuatu, ya Allah, untuk orang-orang yang kami cintai…
.
Bacaan doa dari Ustaz Hanna Attaki membuka perkenalan yang pertama kali dari kami team hijrah soul, Assalamualaikum dan teruskan support @hijrahsoul ❤️
.
#Hijrah #Dakwah #MotivationalVideo | @hijrahsoul


Видео недоступно для предпросмотра
Смотреть в Telegram

Показано 19 последних публикаций.

290

подписчиков
Статистика канала