ᴋᴇᴛᴇɴᴀɴɢᴀɴ ᴜᴍᴍᴀᴛ••💬🖋


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


"wíthσut ALLAH í αm nσthíng. wíth ALLAH í αm єvєrчthíng."
[26|10|2016]

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini ya♥️

𝑱𝑶𝑰𝑵 •ᥫ᭡• @BicaraBulanOfficial


Apa yang syaitan dan iblis risaukan daripada kita?

Hati yang bila diuji, timbul rasa gerun, merasakan ujian yang Allah beri itu akibat dosa sendiri. Terus rasa hendak bertaubat. Langsung tidak salahkan orang lain.

Lantas bersendiri dalam sepi, menangisi dosa.

Itu yang iblis takutkan. Air mata taubat.

@KetenanganUmat


Selalunya manusia bertindak sendiri,
Tanpa berfikir tentang dosa.

Sekadar mengikut nafsu,
Yang akhirnya hanya mendapat lelah,
Lelah dengan dosa sendiri.

Bertaubatlah.

@KetenanganUmat


Tanda kita bahagia adalah ketika kita merasa bangga menjadi diri sendiri. Tanpa kita sibuk membandingkan hidup orang lain dengan kita sendiri.

@KetenanganUmat


Apa pun yang terjadi dalam hidup kita tetap solat ya, kelak, solat akan mengubah diri dan kehidupan kita menjadi lebih baik.

@KetenanganUmat


Jangan cepat berputus asa. Teruskan berdoa. Allah pasti kabulkan bila waktunya tepat untuk kita.

@KetenanganUmat


Ustaz Azhar Idrus kata :

“Orang senang bukan orang yang berduit banyak, tapi orang senang adalah bila dengar azan dia terus solat.”

@KetenanganUmat


Janji Allah itu pasti, tak cepat mesti lambat..

Tapi, insyaAllah dapat. Jangan risau apa yang bakal kita dapat, sebabnya dah tentu-tentu apa yang kita mahu.

Tapi risaulah apa yang bakal kita tempuh, sebab itu ujian dari Allah.

@KetenanganUmat


"Sebenarnya kita bukan kehilangan, tapi hakikatnya kita memulangkan.."

Kerana tiada apa yang dekat dunia ini milik kita 100%, ingat itu. Belajar untuk redha apabila Allah mengambil sesuatu yang paling kau sayang dan belajar untuk mengikhlaskannya walaupun ianya menyakitkan.

@KetenanganUmat


Ada sesiapa disini, Pemburu Lailatul Qadar?

Semoga kita dijodohkan dengan Lailatul Qadar. Aamiin.. 😍❤

@KetenanganUmat


Jom perbanyakkan amalan dibulan puasa ni. Inilah peluang untuk kita kejar cinta akhirat sepenuhnya, kalau tak cukup masa, cuba seboleh-bolehnya habiskan sekurangnya 1 juz 1 hari.

@KetenanganUmat


Kepada yang sentiasa meninggalkan puasa. Anda diperhatikan ya, Orang yang tinggal puasa adalah orang yang sangat rugi. Sebab apa?
Sebab bulan puasa laa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi.

@KetenanganUmat


Ingat , 10 benda ni tak boleh dibeli walaupun kamu ada duit menggunung:

1. Iman
2. Peribadi
3. Common sense
4. Penghormantan
5. Kesabaran
6. Kepercayaan
7. Cinta
8. Ikatan persahabatan
9. Integriti
10. Kebahagiaan

@KetenanganUmat


Jangan pernah tinggal amalan ini.
Sunnah Nabi Muhammad SAW ialah berbuka dengan kurma dan air, Ia menyediakan tenaga dan mengembalikan paras gula dalam darah.

@KetenanganUmat


Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

@KetenanganUmat


Doa menutup aib :

اللّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

@KetenanganUmat


Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

@KetenanganUmat


Moga Ramadan kalini kita semua :

- Solat fardu tak tinggal
- Berpuasa penuh
- Rajin baca Al-Quran
- Jaga bercakapan & tingkah laku
- Jadi lebih baik dari sebelumnya

InsyaAllah, Aamiin.. ♥️🤲

@KetenanganUmat


Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

@KetenanganUmat


Kita namapak orang hidup senang.
Kita nampak orang hidup mudah.
Kita nampak rezekinya murah.

Sedang kita tak tahu, apa yang Allah sudah ambil darinya.
Dan bagaimana keras hidupnya sebelum segala-galanya nampak lancar.

Maka, jangan membandingkan hidup kita dengan dia.

Показано 20 последних публикаций.