AS dan China: Perkongsian ekonomi yang tidak selesa
By:
WASHINGTON: China dan Amerika Syarikat (AS) berkait rapat sebagai rakan perdagangan sejak gergasi Asia itu menyertai ekonomi global hampir 20 tahun lalu.
Bagaimanapun Washingting menuduh Beijing melakukan pelbagai amalan perdagangan yang tidak adil, termasuk mencuri teknologi AS.
Dalam protes terbaharunya, Presiden Donald Trump mengejutkan negara itu dengan tarif sebanyak AS$60 bilion (RM234.75 bilion) terhadap produk China, dengan menyatakan langkah itu adalah yang pertama dengan beberapa lagi tindakan susulan.
Jumlah defisit perdagangan dengan China berkembang pesat kerana perdagangan antara kedua-dua negara meningkat.
Pada tahun 2017, eksport barangan dan perkhidmatan AS ke China melonjak kepada AS$186.8 bilion, naik 9.8 peratus daripada 2016 dan import dari China adalah AS$524.0 bilion, naik 9.3 peratus.
Ini bermakna defisit perdagangan meningkat kepada AS$337.2 bilion, berbanding hanya AS$67.4 bilion pada 1999.
Trump telah berulang kali mengecam ketidakseimbangan ini sebagai tanda utama kelemahan AS, tetapi kebanyakan ahli ekonomi menganggap defisit perdagangan menjadi penunjuk buruk prestasi ekonomi.
Tahun lalu, AS menjual barangan bernilai AS$ 130.4 bilion tetapi mengimport AS$505.6 bilion.
Eksport AS termasuk jet Boeing dan kelengkapan penerbangan lain, bernilai AS$16.3 bilion, kacang soya bernilai AS$12.4 bilion dan AS$10.5 bilion membabitkan kereta baru dan terpakai, serta AS$6.1 bilion dalam mikropemproses.
Bagaimanapun, AS turut membeli pelbagai barangan dari China iaitu telefon mudah alih (AS$70.4 bilion), komputer (AS$45.5 bilion), peralatan telekomunikasi (AS$33.5 bilion), peranti digital (AS$31.6 bilion), permainan (AS$26.8 bilion) , pakaian (AS$24.1 bilion) dan perabot (AS$20.7 bilion).
Namun perkhidmatan adalah sektor dominan bagi ekonomi AS, dan jika barangan dikecualikan, AS mencatat lebihan AS$38.5 bilion dengan China tahun lalu.
Sejak akhir-akhir ini, eksport perkhidmatan AS terbesar ke China adalah pelancongan dengan pelancong China ke AS adalah komponen utama yang dikira di bawah sektor perkhidmatan.
Pelaburan langsung China di AS berjumlah AS$29 bilion pada 2017, turun 35 peratus daripada 2016, disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh Beijing mengenai pelaburan asing, khususnya dalam industri perumahan dan pelancongan.
Pada November, Trump bekerjasama dengan Presiden China Xi Jinping apabila China Energy Investment menandatangani memorandum persefahaman untuk melabur AS$83.7 bilion dalam pembangunan pelantar minyak dan projek kimia di negeri West Virginia bagi tempoh 20 tahun.
Minat Cina turut membantu melancarkan Pusat Inovasi Michigan-China di Detroit pada tahun 2016 untuk memulihkan ekonomi negeri di tengah barat AS itu.
China mendahului Jepun sebagai pemegang terbesar hutang kerajaan AS. Pada Januari, Beijing mendahului sedikit dengan AS$1.2 trilion dalam bon Perbendaharaan AS, kira-kira 20 peratus daripada jumlah yang dipegang oleh institusi asing.
Pegangan saham berkenaan adalah sokongan utama bagi mata wang dolar AS. - Reuters
Permalink