Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah
Link senarai group/channel MSO yang lain :
https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


​​Seorang Ahli Ilmu Tidak Berpegang dengan Pandangan Yang Shadhdh (شاذ) Di dalam Agama

Jauhi agamawan atau orang awam yang suka memilih dan menyebarkan pandangan-pandangan shazz.

Via Ustaz Abdullaah Jalil


Репост из: Madrasah Sunni Online MSO
#PengumumanMSO
#SenaraiGroupMSO

Madrasah Sunni Online

Senarai Akses ke Group Telegram MSO:

🕌Group Aqidah : 👉 mso_aqidah
Nota Aqidah Tauhid ASWJ: 👉 aqidah_Islam
Intro: Perbincangan dan nota berkaitan iktiqad pegangan aqidah
—---------------—
🕌Group Hadith : 👉 mso_hadith
Group Syarah Hadis : 👉 mso_SyarahHadis
Nota Q&A Hadith: 👉🏼 bicara_hadithMSO
Intro: Soal jawab berkaitan hadith rasulullah
—---------------—
🕌Fiqh Muamalat : - 👉 mso_muamalat
Intro: Perbincangan berkaitan hukum jual beli dan ekonomi
—---------------—
🕌 Bicara Tasawuf: 👉🏼 bicara_tasawwuf
Nota Tasawwuf: 👉🏼 nota_tasawwuf
Intro: Bicara mengenai menyucikan hati, menjernihkan akhlak
—---------------—
🕌 Kenali Ulama': 👉🏼 kenal_ulama
Intro: Mengumpul maklumat ulama atau ilmuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah
—---------------—
🕌 Usrah solat Q&A Fiqh Ibadah: 👉🏼 usrah_solat_MSO
Intro: Soal jawab fiqh ibadat
—---------------—
🕌 Live Video Kuliah: 👉🏼 majlisilmu_ASWJ
Intro: Menyebar siaran langsung video kuliah
—---------------—
🕌 Info Majlis Ilmu: 👉🏼 info_majlis_ilmu
Intro: Menyebar poster iklan majlis ilmu
—---------------—
🕌 Info Kitab: 👉🏼 infokitab_karyaASWJ
Intro: Urusan jual beli kitab dan mengenal kitab karya ilmuan ASWJ
—---------------—
🕌 Amalan Berpahala & Fadhail Amal: 👉🏼 amalanberpahala
Intro: Mengumpul segala berkaitan nasihat ilmuan, video tazkirah pendek dan fadhail amal
—---------------—
🕌 Bicara Hikam: 👉🏼 bicara_hikam
Intro: Bersama Tn. Hj. Ir. Alias dalam membicarakan isi kitab Hikam
—---------------—
🕌Group Penjelasan Bid’ah/Khilafiyah : 👉 mso_bidaah
Nota Penjelasan Bid'ah/Khilafiyah:
👉🏼 PenjelasanBidaahASWJ
Intro: Nota para ilmuan menjawab isu-isu khilafiyah yang dianggap bid’ah
—---------------—
🕌 Hukum Hakam Haid Wanita: 👉🏼 MSOFiqhNisaPayaman
Intro: Mengumpul nota berkaitan permasalahan hukum hakam ketika haid
—---------------—
🕌 Group Bahasa Arab : 👉 mso_arab
Intro: soal jawab bahasa arab
—---------------—
🕌 Info Kebajikan:👉🏼 infokebajikan_MSO
Intro: Mengumpul segala info/iklan berkaitan kebajikan
—---------------—

📝 Ustaz-ustaz disediakan di setiap group untuk menjawab persoalan dan berkongsi nota. Sila rujuk blog MSO untuk maklumat para panel/asatizah. Group yang tidak tersenarai adalah group khas tidak dibuka untuk orang ramai.

🔊 Untuk kemasukan ke group-group khas untuk akhwat (perempuan) sila dapatkan senarai group akhwat melalui admin Sue Fadhilah & liyana

🔷Segala nota disimpan dalam Blog MSO http://madrasahsunnionline.blogspot.my
🔶Sila follow facebook MSO 👉🏼 fb.com/madrasahsunnionlineMSO

📌 Sila sebarkan senarai ini dengan klik pada foward bukan copy&paste kerana link ini akan berfungsi hanya dengan foward. Terima kasih

Madrasah Sunni Online
Kemaskini 11 Julai 2017






​​Larangan Penggunaan Arak, Bangkai dan Babi serta Penjualannya

Pelik bila ada orang kata TAK ADA DALIL tentang kenajisan babi. kononnya juga TAK ADA DALIL bagi pengharaman buat berus gigi daripada bulu babi.

Ketiga-tiga item yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadith ini, 'illah pengharaman yang paling jelas adalah najasah (kenajisan).

Wallahu a'lam wa 'ilmuhu atamm.


JOM BANTU SEBARKAN, SUPAYA TERTUTUP MULUT-MULUT DAN TULISAN JAHAT YANG KATA MEMBAZIR

Jawapan Pihak Masjid

Tuan2 yg mulia yang dirahmati Allah...

semasa perbincangan pihak masjid, JMNS, JAIS, memang kita ada beberapa pilihan bg mengatasi masalah ini..

pilihan 1..
Sertu
memang kita boleh sertu tapi tidak mampu menggunakan kaedah manual (tangan dan air). yg terbaik guna mesin..sbb binatang tersebut masuk ke ruang masjid dlm keadaan berdarah yang mengalir di leher dan mulut yg berlendir...untuk sertu karpet secara manual mmg boleh tapi membebankan pihak kami sbb tiada tiada teknologi..ada syarikat yg offer khidmat, namun bayarannya tidak kurang RM 10K..sbb kebanyakan ruang telah dicemari...

Pilihan Ke 2,
Tukar karpet baru keseluruhannya...
bahagian karpet yang terjejas akan dipotong dan dibuang melalui bantuan MBSA..
karpet yg masih elok disalurkan ke institusi yg memerlukan.
sbg catatan, pihak surau jabatan bomba dan penyelamat sg buloh juga berminat utk diletakkan di surau mereka..ada juga institusi maahad tahfiz dah request..
setakat ptg tadi, karpet yg elok tlh hbis ditempah...

penyumbang juga hadir semasa perbincangan kami..supplier karpet pun dtg juga...hmmmm..

namun setelah perbincangan panjang, kami memilih yg kedua kerana lebih mudah bagi kami...

saya berharap tidak timbul isu membazir...jgnlah mempertikaikan sumbangan org nak bagi..
kami di masjid ni, sumber pendapatan cukup2 menampung kos operasi..sbb kami masjid kampung saja.
kami mmg mengharapkan sumbangan org ramai dlm menguruskan kewangan kami...

harap jelas penjelasannya..mohon tidak dipertikaikan..

Semoga Allah ampuni kita semua..

Sumber asal


​​TUDUHAN “TIDAK ADA DALIL” KEPADA PARA ULAMA’ DAN MAZHAB MUKTABAR

Menuduh pandangan mazhab muktabar (seperti mazhab Shafi’i) sebagai pandangan yang TIDAK ADA DALIL adalah:

• Merupakan satu tuduhan secara tidak langsung (indirect/ hidden) bahawa mazhab tersebut membina pandangan dan ijtihad mereka di atas HAWA NAFSU.

• Menunjukkan kejahilan si penuduh tentang metodologi istinbat di sisi para fuqaha’ dan ulama’.

• Menunjukkan sikap ego dan pemikiran sempit yang dimiliki oleh si penuduh.

• Satu bentuk usaha menghilangkan kepercayaan masyarakat dan adab mereka terhadap para ulama’ dan mazhab muktabar.

dari FB Ustaz Abdulaah Jalil


Maksudnya :
"Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata : Apabila kalian berselawat atas Rasulullah SAW maka baguskanlah selawat kalian atas beliau. Kerana kalian tidak mengerti barangkali selawat kalian diaturkan kepada Baginda SAW. Maka orang-orang berkata kepadanya (Sayyidina Ibnu Mas’ud): Maka ajarilah kami. Dia berkata : Katakanlah, ya Allah jadikan selawat, rahmat dan barakahmu atas “sayyidnya” para rasul, imamnya orang-orang yang bertaqwa, dan para penutup para nabi, (Nabi) Muhammad, hamba-Mu, utusan-Mu, pemimpin kebaikan, rasul pembawa rahmat. Berilah Baginda tempat yang terpuji yang diinginkan oleh orang-orang terdahulu dan terkemudian. Ya Allah berikan rahmat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana telah engkau berikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sungguh Engkau Yang Maha Terpuji dan Maha Agung. Berilah keberkatan atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau berikan keberkahan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sungguh Engkau Yang Maha Terpuji dan Maha Agung.”

Di dalam kitab Sahih Bukhari juz III m/s 1371 diriwayatkan :

كان عمر يقول أبو بكر سيدنا وأعتق سيدنا يعني بلالا

ِMaksudnya:
“Umar berkata : Abu Bakar adalah “sayyid” kami dan memerdekakan “sayyid” kami yakni Bilal.”

Kesimpulannya, istilah “sayyid” berasal dari Baginda sendiri dan juga pernah diamalkan oleh para sahabat sebagai ungkapan penghormatan baik kepada beliau maupun kepada sesama sahabat.

Oleh karena itulah maka para ulama menggalakkan agar pada saat menyebut nama Baginda baik di dalam maupun di luar solat didahului dengan kata “sayyidina”.

Marilah kita sama-sama berselawat kepada 'Sayyidina Nabi SAW'.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم عدد ما خلق في السماء. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم عدد ما خلق في الأرض. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم عدد ما خلق في بين ذلك. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم عدد ما خلق في هو خالق.
Moga bermanfaat

dari FB Ustaz Nik Bakri


JUMAAT HARI TERINDAH MENGINGATI KEKASIH "SAYYIDINA" RASULULLAH SAW.

Renungilah Sabda Sayyidina Nabi SAW:

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أنا سيد ولَد آدم يوم القيامة، وأول مَن يَنشق عنه القبر، وأول شافع، وأول مشفَّع)).

وفي رواية البخاري ومسلم في حديث الشفاعة: ((أنا سيد الناس))، وهي نص في سيادته على الناس جميعًا حتى الأنبياء والرسل، ومنهم أبو البشر آدم - عليه السلام - وفي رواية البيهقي: ((أنا سيد العالمين))، وهي نَصٌّ في سيادته على الملائكة والخلائق أجمعين، فلا نحتاج إلى التأويل بأنه أفضل الناس جميعًا، وأن الناس أفضل من الملائكة.

Di dalam Kitab Sahih Muslim Juz 4 m/s 1782 dan hadis bilangan 2278 disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

أنا سيد ولد آدم يوم القيامة وأول من ينشق عنه القبر وأول شافع وأول مشفع

Maksudnya:
“Aku adalah penghulu ( sayyid/pemimpin ) anak Adam pada hari kiamat, yang pertama dibangkitan dari kubur, yang pertama memberi syafa’at dan yang pertama diterima syafa’atnya.”

Di dalam Kitab Sahih Bukhari Juz 4 m/s 1745 diriwayatkan pula bahwa beliau bersabda :

أنا سيد الناس يوم القيامة

Maksudnya:
“Saya adalah sayyid/penghulu (pemimpin ) manusia pada hari kiamat.”

Imam Nawawi di dalam Kitab Syarah Sahih Muslim Juz 3 m/s 66 berkata :

قوله صلى الله عليه وسلم أنا سيد الناس يوم القيامة إنما قال هذا صلى الله عليه وسلم تحدثا بنعمة الله تعالى وقد أمره الله تعالى بهذا ونصيحة لنا بتعريفنا حقه صلى الله عليه وسلم قال القاضي عياض قيل السيد الذي يفوق قومه والذي يفزع اليه في الشدائد والنبي صلى الله عليه وسلم سيدهم في الدنيا والآخرة وإنما خص يوم القيامة لارتفاع السودد فيها وتسليم جميعهم له ولكون أولاده تحت لوائه صلى الله عليه وسلم

Maksudnya:
”Sabda Baginda SAW أنا سيد الناس يوم القيامة ( aku adalah penghulu, pemimpin manusia di hari kiamat ), beliau katakan dalam rangka menceritakan nikmat Allah swt, yang Allah Ta’ala memang telah perintahkan, serta sebagai nasihat bagi kita, agar kita tahu tentang hak Baginda SAW Qadi Iyadh berkata : Sayyid adalah orang yang unggul di antara kaumnya dan menjadi tempat tumpuan untuk penyelesaian di kala keadaan susah payah. Dan Nabi SAW adalah 'sayyid' mereka di dunia dan akhirat. Bahwasanya dikhususnya pada hari kiamat, karena tingginya kepemimpinan beliau di sana dan ketundukan mereka semua kepada beliau, serta karena anak cucu Adam semua berada di bawah bendera beliau.”

Istilah 'sayyid' bahkan sudah dipakai di kalangan sahabat Baginda SAW sebagai manifestasi penghormatan, baik kepada Rasulullah SAW maupun kepada orang-orang yang memang pantas dihormati di kalangan para shahabat.

Di dalam kitab Sunan Ibnu Majah Juz I m/s 293 meriwayatakan hadis sebagai berikut

عن عبد الله بن مسعود قال إذا صليتم على رسول الله صلى الله عليه وسلم فأحسنوا الصلاة عليه فإنكم لا تدرون لعل ذلك يعرض عليه قال فقالوا له فعلمنا قال قولوا اللهم اجعل صلاتك ورحمتك وبركاتك على سيد المرسلين وإمام المتقين وخاتم النبيين محمد عبدك ورسولك إمام الخير وقائد الخير ورسول الرحمة اللهم ابعثه مقاما محمودا يغبطه به الأولون والآخرون اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد


​​KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA (PERTAMA) MENGENAI PELANCARAN HIJAB NEELOFA BERTEMPAT DI KELAB MALAM THE ZOUK, KUALA LUMPUR

Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) merujuk kepada pelancaran koleksi tudung jenama Hijab Neelofa di kelab malam The Zouk.

PERTAMA juga merujuk kepada video-video pelancaran koleksi itu di mana terdapat kaum wanita berpakaian mendedahkan aurat walaupun bertudung dan melakukan tarian-tarian yang jelas bercanggah dengan hukum syarak.
Hal ini hendaklah diambil perhatian bahawa istilah hijab dan bertudung adalah sebahagian daripada istilah dan syiar ketakwaan kepada Allah SWT.

Dengan melancarkan koleksi Hijab Neelofa dan mengadakan acara yang diisi dengan kelakuan yang jelas bercanggah dengan syarak dalam tempat yang sinonim dengan maksiat, ia menghina kemuliaan yang terkait kepada istilah hijab dan budaya bertudung. Hijab dan bertudung adalah sebahagian daripada lambang ketakwaan seorang islam selari dengan perintah yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith Nabi SAW.

PERTAMA merujuk kepada Seksyen 7 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997;

“Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”


Oleh yang demikian, PERTAMA memohon pihak berkuatkuasa agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengkaji tindakan yang selanjutnya.

PERTAMA juga mengingatkan semua orang Islam untuk menjaga kemulian budaya dan istilah-istilah yang terkait kepada ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Jika kita umat Islam tidak dengan secara sedar menjaga kemuliaan Islam dan memastikan dengan kuatkuasa yang berkesan, siapa lagi yang dapat kita harapkan.

AHMAD RADZI BIN NOOR MAHADI
TIMBALAN SETIAUSAHA
PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA
27 FEBRUARI 2018


KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN TAREKAT MUKTABAR MALAYSIA (PERTAMA) MENGENAI PELANCARAN HIJAB NEELOFA BERTEMPAT DI KELAB MALAM THE ZOUK, KUALA LUMPUR.


Penting untuk kita tahu kedudukan Islam di Malaysia agar tidaj diperdaya golongan liberal atau kafirun

https://youtu.be/3RK2sF9jMCc


33.3 Mentafsirkan Al-Qurʾān Tanpa Ilmu Adalah Menempah Tempat Di Neraka


​​33.3 Mentafsirkan Al-Qurʾān Tanpa Ilmu Adalah Menempah Tempat Di Neraka


Hafiz Al Hasyiri:
SANDARAN HUJJAH BAGI MAJLIS TAHLILAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1813213428751182&id=100001876275514

1. Majlis Tahlilan adalah suatu majlis yang dilakukan oleh keluarga si mati untuk bersedekah makanan bagi pihak si mati kepada kaum muslimin yang mana pada masa yang sama hadirin membacakan al-Quran, zikir dan selawat lalu diakhiri dengan doa agar pahala amalan tersebut sampai kepada si mati.

2. Menurut jumhur ulama, amalan sedemikian dibolehkan dan digalakkan seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan lain-lain.

3. Masyarakat melayu kita seringkali dilihat mengadakan majlis tahlilan dalam tempoh yang tertentu seperti 3 hari, 7 hari dan 40 hari.

4. Persoalannya daripada manakah datangnya kebiasaan ini?

5. Sudah tentu tidak ada seorang pun yang menganggap hukumnya wajib melainkan bagi mereka yang jahil. Usaha ini adalah ikhtiar keluarga bagi pihak si mati sahaja seperti mana hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam:

ما على أحدكم إذا أراد أن يتصدق بصدقة تطوعا أن يجعلها لوالديه فيكون لوالديه أجرها وله مثل أجورهما من غير ينقص من أجورهما شيء
“Apa yang ada pada kalian, apabila disedekahkan dengan sedekah yang sunat, yang mana pahalanya dihadiahkan untuk kedua ibu bapanya, maka bagi kedua ibu bapanya pahala tersebut dan baginya juga mendapat pahala sama seperti yang diterima oleh kedua ibu bapanya tanpa berkurang sedikit pun.” (HR Ath-Thabarani dan Ibnu Hibban)

6. Berdasarkan pengajian dan penelitian saya, kebiasaan ini datang daripada beberapa hadis dan athar yang mana menjadi sandaran kepada amalan tersebut.

7. Sandaran bagi 3 hari:

حين طعن عمر أمر صهيبا أن يصلي بالناس ثلاثا وأمر بأن يجعل للناس طعاما
“Apabila Sayyidina Umar ditikam, beliau menyuruh Sayyidina Shuhaib untuk mengerjakan solat sunat bersama orang ramai selama 3 hari dan beliau memerintahkan agar disediakan makanan kepada orang ramai” (Diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Al-Matalib Al-Aliyyah)

8. Sandaran bagi 7 hari dan 40 hari:

رجلان مؤمن و منافق فأما المؤمن فيفتن سبعا وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا
“Orang mukmin dan munafiq kedua-duanya diuji di dalam kubur. Bagi orang mukmin akan diuji selama 7 hari. Manakala bagi munafiq pula diuji selama 40 hari.” (HR Ahmad)

Oleh yang demikian, kata Imam Suyuthi:

ان سنة الإطعام سبعة أيام بلغني أنها مستمرة إلى الآن بمكة والمدينة
“Sesungguhnya sunat bersedekah memberi makanan selama 7 hari telah sampai kepada ku, ia berterusan hingga sekarang di Mekah dan Madinah.” (Al-Hawi lil Fatawi, hal. 194)

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami juga menyatakan hal yang sama di dalam kitab beliau Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra.

9. Hal ini dapat dikukuhkan dengan kenyataan Imam Ibnu Asakir yang menaqalkan kata-kata Imam Nasrullah ibn Muhammad A-Qawiy Al-Masyisyi:

توفي الفقيه نصر بن إبراهيم في يوم الثلاثاء التاسع من المحرم سنة تسعين وأربع مائة بدمشق وأقمنا على قبره سبع ليال نقرأ كل ليلة عشرين ختمة
“Telah meninggal Imam Al-Faqih Nasr ibnu Ibrahim pada hari Selasa 9 Muharam tahun 490H di Damsyiq. Kami telah melaksanakan di kuburnya selama 7 malam, membacakan al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.” (Tabyin Kazb Al-Muftari, hal.287)

10. Oleh yang demikian, tidak hairanlah para ulama kita tidak melarang mempraktikkan amalan yang mulia ini. Bahkan kata al-Muhadith Maulana Abdul Haq bin Saifuddin Al-Dehlawi:

والمستحب ان يتصدق عن الميت بعد ذهابه من الدنيا الى سبعة أيام والتصدق الى سبعة أيام ينتفع بلا خلاف بين أهل العلم
“Dan digalakkan untuk bersedekah bagi pihak si mati selepas kematiannya selama 7 hari. Dan sedekah selama 7 hari itu memberi manfaat kepada si mati tanpa khilaf dalam kalangan ulama” (Asy’ah Al-Lima’at, juz.1, hal.634)

(Dinuqil daripada buku Majlis Tahlilan Polemik Sepanjang Zaman pada hal.196-202)

Disediakan oleh: Hafiz Al-Za’farani (HAZA)
www.wasap.my/601132944090/




Insyallah mereka semua mati syahid

Pada saya jawapan "mereka semua mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir Madrasah Tahfiz Ittifaqiyah ini ketika merujuk kepada tragedi yang menimpa Madrasahnya adalah tepat pada masa dan konteksnya.

Ucapan ini bukan ucapan "bangsat" atau jawapan untuk "melepaskan diri" tetapi ucapan beliau ini tepat dari segi kaedah psikologi iaitu bertujuan untuk mengurangkan kesedihan di hati para waris yang anak-anak mereka terkorban dalam tragedi ini.

Cuba kita bayangkan jika Mudir madrasah tersebut mengatakan bahawa tragedi ini adalah disebabkan kecuaian dari pihak madrasah atau beliau cuba menyalahkan mana-mana pihak, pastinya perkara ini akan lebih melukakan hati dan perasaan para waris. Seolah-olah para waris akan merasakan bahawa mereka telah tersalah memasukan anak-anak mereka ke madrasah tahfiz ini. Bagi saya, kenyataan sebegini pasti menambahkan lagi kedukaan dan kesedihan di hati mereka.

Ada ramai yang mengkritik ucapan ini tetapi bagi saya mungkin mereka telah memahami kenyataan Mudir madrasah ini di luar konteks sebenarnya daripada maksud yang beliau cuba sampaikan.

Untuk mudah faham, saya bagi 2 analogi mudah ini iaitu situasi tatkala menziarahi orang sakit.

1. Ketika kita menziarahi orang sakit, kaedah psikologi bahkan dalam Islām juga, kita dianjurkan untuk cuba mengurangkan kesedihan pesakit iaitu dengan kita mengembirakan hatinya. Apabila kita menziarahi pesakit, kita katakan kepada pesakit itu "bersabarlah di atas ujian Allāh ini", "sakit ini, Allāh akan mengampuni dosa-dosa kecil", "Allāh mengangkat darajat" dan "Allāh turunkan rahmat-Nya". Kita gembirakan pesakit supaya pesakit tidak terlalu memikir akan kesakitannya. Insyallāh dengan kaedah psikologi ini, kesakitan yang ditanggungnya pasti akan terubat sedikit setelah mendengar kata-kata gembira dan pengharapan dari orang yang datang menziarahinya.

2. Manakala sebaliknya jika kita menziarahi orang sakit dan kita katakan padanya, "ini mesti dosa tuan banyak sangat, sebab itu Allāh timpakan kesakitan pada tuan" atau kita katakan sebegini, " mesti tuan pernah berbuat maksiat, sebab itu Allāh bagi musibah (penyakit) sebegini kepada tuan".

Cuba kita bandingkan kedua-dua analogi ini, analogi yang mana satukah wajar kita implementasikan tatkala kita menziarahi orang sakit. Secara pasti kita semua akan memilih analogi yang 1 iaitu dengan kita cuba mengembirakan pesakit yang kita ziarahi dengan memberikan kata-kata gembira dan harapan kepada mereka.

Cuba bayangkan jika kita memilih analogi 2, pesakit yang kita ziarahi pasti akan berasa sedih, merasakan seolah-olah tiada lagi pengharapan baginya dan pesakit itu tidak lagi merasai apa-apa dari kesakitannya sedangkan kesakitannya itu sebenarnya adalah ujian dari Allāh. Bahkan yang lebih ditakuti ialah pesakit menjadi kufur kepada Allāh dengan bertindak menyalahkan takdir, seolah-olah tidak dapat menerima kesakitannya itu terjadi kepadanya.

Jadi apa yang saya cuba nak sampaikan di sini ialah kenyataan "mati syahid" yang diucapkan oleh Mudir madrasah tahfiz ini ialah satu kaedah psikologi yang dianjurkan dalam Islām iaitu memberi khabar gembira dan pengharapan kepada mereka-mereka yang terkena musibah.

Para waris yang terkena musibah ini, mereka sangat memerlukan motivasi atau kata-kata semangat dari kita semua dan apabila mereka mendengar jawapan dari Mudir Madrasah Tahfiz ini secara tidak langsung akan terubat sedikit kesedihan mereka.

Secara asasnya, kenyataan Mudir Madrasah ini adalah tepat pada masa dan konteksnya dan bukannya kenyataan yang "bangang" atau "berlepas diri". Kepada mereka-mereka yang mengkritik kenyataan Mudir madrasah ini, korang rasa kritikan korang itu boleh mengubat kesedihan Para waris kah?

Sekarang orang tengah bersedih, kata-kata berunsurkan motivasi dan semangat sangatlah diperlukan. Kata-kata tunding menunding atau menyalahkan orang lain "hold" dulu. Semua orang tengah bersedih.

Sumber dari ustaz Fuad Kamal


Saidina Abu Bakr as-Shiddiq dan Saidina Umar Bin al-Khattab pernah bersyair ketika menyambut kedatangan Baginda Rasulullah. Itulah cara orang Arab mengungkapkan perasaan mereka. Rasulullah mengizinkan kerana memahami perasaan mereka.
Itulah kedudukan syair dan qasidah memuji Baginda.

[Rujukan: Mukhtasor Sirah an-Nabi - Imam Abd. Ghani al-Maqdisi]

اللهم صَلِّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلِّمْ

Disediakan oleh Ustaz Adlan Abd Aziz


Fatwa Al-Azhar: Hormat Bendera Bukan Syirik dan Bukan Bid’ah

تَحِيَّةُ الْعَلَمِ
يَقُوْلُ بَعْضُ النَّاسِ : إِنَّ تَحِيَّةَ الْعَلَمِ شِرْكٌ بِاللهِ ، فَلَا يُعَظَّمُ إِلا اللهُ وَحْدَهُ ، فَهَلْ هُنَا صَحِيْحٌ ؟

🔴Sebagian orang berkata bahwa hormat bendera adalah syirik, sebab tidak ada yang diagungkan kecuali Allah. Apakah hal itu benar?
الجواب
الْعَلَمُ رَمْزٌ لِلْوَطَنِ فىِ الْعَصْرِ الْحَدِيْثِ ، وَكَانَ عِنْدَ الْعَرَبِ رَمْزًا لِلْقَبِيْلَةِ وَالْجَمَاعَةِ، يَسِيْرُ خَلْفَهُ وَيُحَافِظُ عَلَيْهِ كُلُّ مَنْ يَنْتَسِبُ إِلَى الْقَبِيْلَةِ أَوِ الْجَمَاعَةِ ، وَكُلَّمَا كَانَ الْعَلَمُ مَرْفُوْعًا دَلَّ عَلَى عِزَّةِ أَهْلِهِ ، وَإِذَا انْتَكَسَ دَلَّ عَلَى ذُلِّهِمْ ، وَيُعْرَفُ عِنْدَ الْعَرَبِ بِاسْمِ الرَّايَةِ أَوِ اللِّوَاءِ .

🔵Jawab Syaikh Athiyah:

Bendera adalah simbol negara di masa sekarang. Bangsa Arab juga memiliki simbol suku dan kelompok. Setiap suku dan kelompok akan berjalan di belakang bendera dan menjaganya. Setiap bendera ditinggikan, maka menunjukkan ketinggian bangsanya. Jika bendera jatuh, maka akan menunjukkan kehinaannya. Bagi bangsa Arab, bendera dikenal dengan nama Rayah atau Liwa’.

وَفِى شَرْحِ الزَّرْقَانِى عَلَى الْمَوَاهِبِ اللَّدُنِّيَةِ كَلَامٌ كَثِيْرٌ عَنِ الْعَلَاقَةِ بَيْنَ الرَّايَةِ وَاللِّوَاءِ "ج 1 ص 390" وَذُكِرَ فِى غَزْوَةِ تَبُوْكَ أَنَّ حَامِلَ اللِّوَاءَ كَانَ زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ، وَلَمَّا قُتِلَ تَنَاوَلَهُ جَعْفَرُ بْنُ أَبِى طَالِبٍ وَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، ثُمَّ تَنَاوَلَهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ رَوَاحَةَ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ، فَأَخَذَ اللِّوَاءَ ثَابِتُ بْنُ أَقْرَمَ الْعَجْلاَنِى وَتَقَدَّمَ بِهِ إِلَى خَالِدِ بْنِ الْوَلِيْدِ وَسَلَّمَهُ إِيَّاهُ لِجُدَارَتِهِ كَمَا ذُكِرَ أَنَّ جَعْفَرًا لَمَّا قُطِعَتْ يَدُهُ الْيُمْنَى حَامِلَةُ اللِّوَاءُ أَخَذَهُ بِيَدِهِ الْيُسْرَى، فَلَمَّا قُطِعَتْ يَدَاهُ احْتَضَنَهُ بِعَضُدَيْهِ ثُمّ قُتِلَ ، ثُمَّ دَعَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ أَنْ يُعَوِّضَهُ اللهُ بَدَلَ الْيَدَيْنِ جَنَاحَيْنِ فِى الْجَنَّةِ "ج ا ص 267 وما بعدها" .

Dijelaskan dalam kitab Syarah al-Zarqani atas kitab al-Mawahib al-Ladunniyah banyak pendapat antara hubungan Rayah dan Liwa’ di Juz 1/390. Disebutkan dalam perang Tabuk, bahwa pembawa bendera adalah Zaid bin Haritsah, ketika ia terbunuh maka bendera dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib, ia pun berperang hingga terbunuh. Bendera lalu dibawa oleh Abdullah bin Rawahah, ia pun berperang hingga ia terbunuh. Lalu bendera diraih oleh Tsabit bin Aqram al-Ajlani dan diserahkan kepada Khalid bin Walid, karena kehebatannya. Sebagaimana disebutkan ketika tangan kanan Ja’far yang memegang bendera terpotong, lalu ia pegang dengan tangan kiri, dan ketika tangan kirinya terpotong, maka Ja’far merangkul bendera dengan kedua pundaknya, lalu ia terbunuh. Kemudian Rasulullah berdoa agar Allah mengganti kedua tangan Ja’far dengan sayap di surga (Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Tarikh al-Islam al-Dzahabi dan Sirah Ibni Hisyam)

فَتَحِيَّةُ الْعَلَمِ بِالنَّشِيْدِ أَوِ الْإِشَارَةِ بِالْيَدِ فِى وَضْعِ مُعَيَّنٍ إِشْعَارٌ بِالْوَلَاءِ لِلْوَطَنِ وَالاْلِتْفِاَفِ حَوْلَ قِيَادَتِهِ وَالْحِرْصِ عَلَى حِمَايَتِهِ ، وَذَلِكَ لَا يَدْخُلُ فِى مَفْهُوْمِ الْعِبَادَةِ لَهُ ، فَلَيْسَ فِيْهَا صَلَاةٌ وَلَا ذِكْرٌ حَتَّى يُقَالَ : إِنَّهَا بِدْعَةٌ أوَ تَقَرُّبٌ إِلَى غَيْرِ اللهِ (فتاوى الأزهر – ج 10 / ص 221)

Dengan demikian, menghormat bendera dengan lagu (kebangsaan) atau pun dengan isyarat tangan yang diletakkan di anggota tubuh tertentu (misalnya kepada) adalah bentuk cinta negara, bersatu dalam kepemimpinannya dan komitmen menjaganya. Hal ini tidaklah masuk dalam kategori ibadah, karena di dalamnya tidak ada salat dan dzikir, sehingga dikatakan: “Ini bid’ah adatu mendekatkan diri kepada selain Allah” (Fatawa al-Azhar, 10/221. Mufti Syaikh Athiyah Shaqr)

Sumber : Ustaz Ma'ruf Khozin


Menjawab "admin" page Rozaimi: Hadith Bilal Dalil Bidaah Hasanah

1⃣Berikut adalah jawapan ringkas ARG Johor terhadap pemahaman "admin" page Rozaimi terhadap hadith bilal di sini ARG membawakan ulasan ulama hadith muktabar terhadap hadith bilal ini bagi menjawab pemahaman "admin" page Rozaimi.

2⃣Shahabat Bilal adalah orang yang pertama kali shalat sunat setelah wudhu dengan itjihadnya dan kemudian di i'tiraf dan dibenarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai amalan yang benar. Dalilnya adalah:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِبِلَالٍ عِنْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ يَا بِلَالُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ عِنْدَكَ فِي الْإِسْلَامِ مَنْفَعَةً فَإِنِّي سَمِعْتُ اللَّيْلَةَ خَشْفَ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الْجَنَّةِ قَالَ بِلَالٌ مَا عَمِلْتُ عَمَلًا فِي الْإِسْلَامِ أَرْجَى عِنْدِي مَنْفَعَةً مِنْ أَنِّي لَا أَتَطَهَّرُ طُهُورًا تَامًّا فِي سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ وَلَا نَهَارٍ إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كَتَبَ اللَّهُ لِي أَنْ أُصَلِّيَ

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal saat hendak shalat shubuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amal yang kau kerjakan yang paling engkau harap manfaatnya dalam Islam? Karena sesungguhnya aku mendengar tadi malam suara sandalmu di hadapanku di syurga". Bilal menjawab: "Aku tidak mengerjakan suatu amal dalam Islam yang paling aku harapkan manfaatnya daripada satu amalku bahawa aku tidak bersuci dengan sempurna, sama ada malam atau siang, kecuali aku shalat dengan bersuci itu iaitu apa yang diperintahkan oleh Allah supaya aku mengerjakan shalat" (HR. Bukhari, Muslim dan lain-lain).

3⃣Al-Hafizh Ibn Hajar berkata:

ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه و سلم

"Dan daripada hadits dapat diambil satu faedah bolehnya ijtihad dalam menetapkan waktu ibadah, kerana Bilal mendapatkan kemulian sebagaimana yang aku sebutkan sebab dengan istinbath dan Rasulullaah shallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya" (Fath al-Bari, juz III, mukasurat 34).

4⃣Sedangkan hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam riwayat Uthman:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Rasulullah shallallahu 'alai wasallam bersabda: "Sesiapa yang wudhu seperti wudhuku ini, kemudian shalat dua rakaat dan didalam hatinya tidak membicarakan urusan duniawi, maka dosa-dosanya yang lalu diampuni" (HR. Bukhari).

Dan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

"Tiada muslim yang wudhu dan mempercantik wudhunya kemudian dia shalat dua rakaat, hati dan wajahnya khusu' menghadap dalam shalat kecuali dia pasti akan mendapatkan syurga" (HR. Muslim)

5⃣Dua hadith di atas yang juga menjelaskan sunatnya shalat sunat selepas wudhu adalah datang selepas riwayat Bilal di atas. Hal ini dibuktikan dengan ucapan al-Hafizh Abu Syamah, bahawa Bila berijtihad membuat shalat setelah sunat wudhu dan ketika itu Rasulullah belum memerintahkan dan mengerjakan.

6⃣Al- Hafizh Abu Syamah berkata:

ومن هذا الباب اقراره صلى الله عليه و سلم بلالا رضى الله عنه على صلاته ركعتين بعد كل وضوء وان كان هو صلى الله عليه و سلم لم يشرع خصوصية ذلك بقول ولا فعل وذلك

"Dari bab ini adalah i'tiraf Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap shalat dua rakaat yang dikerjakan shahabat Bilal radhiyallahu 'anhu selepas wudhu, meskipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mensyariatkan secara khusus melalui sabda dan perbuatan beliau" (al-Baith mukasurat 24).

7⃣Sekian jawapan ARG Johor kepada "admin" page Rozaimi yang majhul.

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru. Johor, ARG Johor

Показано 20 последних публикаций.

1 958

подписчиков
Статистика канала