Untuk tahun 2021 ini, tanamkan sifat dalam diri untuk lebih maju dan melangkah kehadapan.
Orang boleh menasihati, tetapi keputusan semua terletak di tangan kita.
1) Berhenti mencari alasan. Alasan sibuk untuk beribadat, alasan tidak cukup masa untuk mengaji al-Quran walaupun satu muka.
2) Kita hidup didunia ada perkara yang kita perlu pertahankan dan kita perlu lepaskan.
3) Pertahankan cita-cita dan impian kita. Teruskan melangkah walaupun kali ke-1000 kita bangkit dari kegagalan.
4) Pertahankan ilmu. Lazimi hadir ke kelas, tidak kira apa pun kelas walaupun diluar bidang kita. Kita akan rendah diri terhadap ilmu kerana banyak perkara kita masih tidak tahu.
5) Pertahankan kebenaran walaupun perit dan sukar.
6) Pertahankan agama dan beramal sebelum ajal datang. Siapa tahu tahun ini merupakan tahun ajal kita, bukan?
7) Maafkan mereka yang menyakiti kita. Dan lepaskan mereka. Kita berhak bahagia. Usah sentiasa menyoal diri kenapa mereka sakiti kita.
8) Lepaskan mereka yang ingin pergi dan ikhlaskan. Tidak semua orang akan bersama kita. Maka, ikhlaskan kepergian mereka.
9) Pertahankan fikiran positif untuk kita capai impian kita. Abaikan mereka yang berkata negatif pada kita.
10) Perbaiki akhlak dan berakhlak lah walaupun kita dikelilingi oleh mereka yang mengatakan kita terlalu baik.
Hidup kita didunia amat singkat. Ada perkara kita perlu bangkit dan melangkah jauh.
Tinggalkan segala memori yang lepas kerana ia tidak akan berulang buat kali kedua.
Tahun 2021 kita perlu bergerak maju, tinggalkan apa yang tidak penting dan beri tumpuan kepada tujuan kita iaitu mencari redha Ilahi.
Iwana Aisyah Ab Halim
Tahun tindakan bukan berangan
Nak baca tentang al-Quran? Jemput join, https://t.me/aisyahiwana
#NotaIbrahIwanaAisyah