"Akhlak kau akan mencorakkan akhlak anak-anak kau.."
Tiba-tiba Syeikh bersuara dan kembali menyambung nasihatnya.
"Kau mengharapkan anak-anak kau besar esok menjadi penghafaz al-Quran, menjadi hamba yang taat, akhlak yang baik.
Tetapi kau hari ini membaca al-Quran pun kadang-kadang. Solat pun lewat. Macam mana anak-anak kau nak jadikan kau sebagai contoh teladan?"
Diam tersentap.
"Ada satu kisah seorang alim. Beliau dia didik anaknya tidur awal setiap malam. Pada jam 4.00 pagi semua anaknya sudah bangun, solat tahajud dan baca al-Quran.
Anak-anak ini, mereka mudah terikut dengan contoh teladan bukan dengan ceramah. Sebab mereka masih kanak-kanak.
Memiliki anak yang menghafal al-Quran merupakan satu kejayaan. Namun memiliki anak yang mengamalkan 'akhlak al-Quran', merupakan satu kebahagiaan.
Tetapi perlu diingat, semuanya bermula daripada sikap ibu bapa itu sendiri terhadap al-Quran.
Dan nak membentuk menjadi seorang berakhlak bukan selepas kau berkahwin tetapi sewaktu kau masih bujang.."
Satu kelas diam tersentap.
Begitulah,
Ibu bapa adalah contoh teladan buat anak-anak mereka. Benarlah, ibu bapa itu contoh terbaik.
Dan menjadi manusia yang berakhlak itu perlu dilatih sebelum masuk ke alam perkahwinan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap anak itu dilahirkan umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya sama ada Yahudi, Nasrani dan Majusi."
Iwana Aisyah Ab Halim
Secantik akhlak dirimu
Join https://t.me/aisyahiwana untuk baca lagi tentang al-Quran.
#NotaHatiIwanaAisyah