[ fiction stories 🍯 ]


Гео и язык канала: не указан, не указан
Категория: не указана


╭┄┄┄┄┄ · · ·  。゚・。゚・
┊ ❑. :: welcome to my world 🕊
┊ ➥ psycho stories 🍯
┊ ➥ horror stories 🍯
┊ ➥ romance stories 🍯
┊ ( ੭ ・ᴗ・ )੭ :: @ceritabudakwattpadbot
╰┄┄┄┄┄┄┄꒰꒱₊˚・。゚・

Связанные каналы

Гео и язык канала
не указан, не указан
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


“ sial ! apehal adik aku nak mati waktu waktu ceni ? entah entah , dia dah bocorkan
rahsia ? sebab tu dia bunuh diri sebab dia tak berani nak berdepan dengan aku ? “

azman tak senang duduk . dia berasa resah . ke hulu ke hilir dia bergerak . rumah kampung yang dijadikan tempat tinggal semakin tidak terurus .

persekitaran rumahnya membuatkan rumah tersebut kelihatan seperti tiada penghuni . dah macam rumah tinggal pulak .

sambungan :


“ ye , saya serius . kami tak sempat pun nak soal siasat dia or apa apa . waktu kami sampai hari ahad tu pun , dia dah tak bernyawa . berdasarkan anggaran kami , dia dah menghembuskan nafas terakhir dalam sehari yang lalu . “
“ hari ahad ? bukan inspektor kata nak pergi tangkap dia waktu hari jumaat haritu ke ? “
“ ye , saya memang plan macamtu . masalahnye , kami kena ikut prosedur . saya kena
dapatkan waran tangkap dulu . semua prosedur memakan masa . “
“ oh . sebab tu ke pihak polis selalu lambat bertindak ? “

alisya bertanya dengan nada menyindir . pertanyaannya itu membuatkan inspektor danial
terdiam seketika .

“ maafkan saya . maafkan kami , pihak polis . tapi , tak semua lambat macamtu . ada sesetengah perkara akan dapat dijalankan on the spot lepas mendapat izin pihak atasan . “
“ ouh . kes kes penting ye ? okay faham . “
“ eh , awak bertanya banyak ni , awak berminat nak jadi polis ke ? “
“ boleh ke pun ? kalau inspketor nak bagi saya pakai cable , saya okay je hahaha . “

alisya sempat menyelitkan gurauan .

“ eh mana boleh , awak kena ikut latihan sama jugak . eh , itu sajalah alisya . saya ada banyak kerja lagi kena buat ni . kes arman ni pun tak settle lagi . “
“ baikk . “

alisya meletakkan telefonnya di sisi .

arman dah takde ? mesti azman gelabah . azman akan cari ke ek pembunuh tu ? ish , buat apa nak fikir . aku bukannya azman .

gadis itu bersoal jawab dengan dirinya . dia tanya , dia jawab . baik tak payah tanya .


situasi di balai polis semakin tidak tenteram . anak anak buah inspektor danial sedang berusaha keras mencari setiap jawapan bagi persoalan yang menghantuinya .

“ aulia , laporan forensik dah keluar ? “
“ belum zack , malam esok baru keluar . “
“ adumak , kenapa lambat sangat ni ? “
“ manalah aku tau . “
“ k k . “

zack mengetuk pintu bilik danial .

“ boleh saya masuk ? “
“ ya , silakan . “

sebaik sahaja zack masuk ke bilik inspektor danial , visual matanya terus dipenuhi dengan fail fail yang tidak tersusun .

“ inspektor okay ? “
“ tak , saya tak okay . kes ni tak senang . belum sempat kita nak jumpa suspek bagi permulaan
kes , tengok tengok suspek pun dah tak bernyawa . awak expect saya akan okay ke ? “
“ maaf tuan . “
“ takpe , chill je . ha , ni kenapa awak masuk dalam bilik saya ? ada apa apa ke ? “

zack menyerahkan sebuah fail baru berwarna hitam ke inspektor danial .

“ fail apa ni zack ? “
“ dalam fail tu ada maklumat tentang si mati dengan lebih mendalam . latar belakang dia , family dia , semua ada dalam tu mengikut apa yang tuan nak . “
“ oh . okay , terima kasih . ada apa apa lagi ? “
“ tak ada tuan . saya , minta diri dulu ya . “

inspektor danial menyelak setiap halaman dengan teliti .

“ azman bin ismail , abang sulung . wah , nama dekat dekat sama . “

berhijrah ke thailand ketika berumur 23 tahun . aik ? dah kenapa ? lari dari malaysia ke ?

inspektor danial mula merasakan sesuatu yang tidak normal . kenapa nak berhijrah ke thailand sedangkan latar belakang dia tak ada lah dari family kaya ke apa sampai nak vacay lama lama ? ada apa apa ke ?

“ kasih , suruh jerung masuk bilik saya sekarang . “
“ okay tuan . “


“ jerung , saya nak awak siasat apa sebab si arman ni pergi ke siam waktu umur dia 23 tahun . dan , siasat juga dia rapat dengan siapa dekat sana . dengan siapa dia bersosial and so on . tolong cepat . saya perlukan maklumat ni segera . “
“ baik tuan . saya akan cuba dapatkan semua tu dengan segera . “


macam mana kalau abang suspek pun terlibat dalam kes ni ? kalau dia terlibat , kena cepat cepat berkas dia ke ? kematian adik dia ni bunuh diri atau dibunuh ? kalau betullah adik dia ni dibunuh , jadi abang dia pun ada kemungkinan jadi sasaran pembunuh lah kan ? tapi , siapa nak bunuh diorang ? kalau betul ada pembunuh , apa motif pembunuh ?

danial bingung . terlalu banyak yang perlu dipersoalkan . dia mempunyai soalan , tetapi tiada jawapan . siapa yang nak jawabkan ?

sambungan : 🍯


sebulan weyh tak update 🗿


maaflah tibe buat luahan hati perasaan , saya terharu 😔❤️


yang stay dalam ch ni and tunggu min update walaupun lama gila , korang sumpah cute 😭 terharu gila 😭✋🏻 waktu min tak update tu , saya ada lah jugak tengok tengok channel ni , ramai jugaklah yang left HAGAHHAJA * sad * . tapi kebanyakkan dari korang yang dah memang stay lama , memang terus stay . saya tak tahu nak cakap macam mana , tapi saya sumpah sayang korang gila gila . appreciate sangat atas support korang . haritu pernah rasa nak give up buat channel ni sebab tahlah , dengan idea tetibe hilang , pastu rasa macam jalan cerita merapu , sumpah pernah rasa macamtu . tapi ada daripada korang yang bagi kata kata semangat , setia tunggu , sebab tu min teruskan jugak . tak tahu nak cakap macam mana lagi , tapi saya sangat hargai korang , saya sayang korang 😭❤️❤️


“ aunty , esok aunty nak alisya datang awal tak ? bolehlah alisya tolong apa yang patut . “
“ boleh alisya . datang je . jangan lupa jemput kawan kawan sekelas sekali tau . “

alisya sekadar mengangguk tanda faham . dia masuk ke rumah setelah menyalam tangan puan rossa .


semua orang telah berlalu pergi dari kubur irdina setelah selesai pengebumian . tetapi tidak bagi alisya . dia masih menyiram tanah yang menimbus jasad sahabatnya itu . dia membersihkan daun daun yang berada di sekeliling . lalu , alisya menggengam segumpal tanah .

aku takkan lepaskan sesiapa yang terlibat dalam kematian dia . sampai bila bila pun , aku takkan berhenti , selagi tak jumpa pembunuh Irdina Azmira !

selesai berbisik kepada hati , alisya pun mengembalikan tanah tersebut ke tempat asalnya . dia bangun dari duduknya , dan berdiri merenung tanah merah yang masih baru itu .

“ jangan risau irdina . aku akan cari . walau sampai lubang cacing . “

gadis bermata biru itu mengatur langkah , meninggalkan tanah perkuburan tersebut setelah
melakukan apa yang seharusnya dilakukan .


semua tetamu telah pun beransur kembali ke rumah masing masing . namun tidak bagi inspektor danial . lelaki 30an itu masih menunggu alisya . alisya akhirnya keluar dari rumah puan rossa dan encik fazawi .

“ alisya . “
“ huh ? “
“ saya nak minta tolong . “
“ tolong apa ek ? “

danial menunjukkan sehelai kertas kepada alisya . kertas tersebut mengandungi gambar seorang lelaki , dan maklumat peribadinya .

“ ini ke penjual gula kapas haritu ? “

alisya melihat gambar tersebut dengan penuh kebencian . matanya menunjukkan perasaan yang sedang membara .

“ y.. ya . dialah orang tu . ke.. kenapa ? “
“ okay kalau macamtu , terima kasih . saya akan teruskan dengan prosedur seterusnya . kami akan keluarkan waran tangkap . “
“ ouh.. alright . “
“ boleh saya dapatkan balik kertas tu ? “
“ ha ? oh , ha boleh boleh . nah.. “

alisya mengembalikan kertas tersebut kepada inspektor danial . segaris senyuman dilemparkan mengiringi kepergian inspektor danial .


“ aunty rossa , ooo aunty rossa ! “

alisya membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah . dia kembali masuk ke rumah keluarga encik fazawi itu .

“ ye alisya ? kenapa ? “

aunty rossa yang sedang membasuh pinggan mangkuk pun memberhentikan pekerjaannya buat sementara waktu .

“ uncle azman ada adik kan ? “
“ haah ada . kenapa ? “
“ diorang ada tanda lahir sama dekat pergelangan tangan ke ? “
“ seingat aunty , ye . ada . kenapa isya ? “
“ ooo tak ada apa hehe . saje tanya . okaylah , alisya balik dulu . assalamualaikum . “

alisya menghidupkan enjin motor dan memakai helmet .

“ aku dah agak dah , mesti azman tu ada kaitan dengan kematian irdina . dasar penipu . "

alisya mula meninggalkan perkarangan rumah . dia terus memecut laju menuju ke pasar raya .

Isnin , 23 Oktober 2017 .

alisya yang sedang duduk bersantai di depan televisyen pun dikejutkan dengan satu panggilan telefon .

“ helo alisya ? “
“ ye saya inspektor ? kenapa ? “
“ bukak tv sekarang . tengok berita . “
“ hah ? berita ? “
“ ye , berita . “
“ urm okay ? “

alisya pun menghidupkan televisyen yang berada di hadapannya .

“ seorang lelaki pertengahan 20 an ditemui maut di dalam biliknya . mangsa disyaki mengambil ubat ubatan secara tidak terkawal seterusnya hilang kewarasan dan akhirnya mengelar nadinya sendiri . si mati disyaki merupakan seorang penagih dadah kerana pihak polis telah menemui beberapa jenis dadah di dalam rumah mangsa . sebarang unsur jenayah masih disiasat . buat masa ini , pihak berkuasa mengklarifikasikan kes ini sebagai kes membunuh diri . “


“ awak dengar kan tu irdina ? “
“ ar ye dengar . kenapa ek ? “
“ awak tahu siapa yang meninggal tu ? “
“ siapa ? saya kenal dia ke ? “
“ dia tu , arman bin ismail . penjual gula kapas dekat awak haritu . “
“ hah ? seriously ? tak , ni serius ke ? “

sambungan : 🍯


tapi saya kehilangan idea 😭


saya bukan sengaja tau hilangkan diri tak post


saya nak bagitau


azman hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya . tangannya mula bergerak dan menyentuh rambut rossa . rossa yang berasa jijik dengan lelaki tersebut menepis tangannya .

“ berhenti kacau aku , atau aku akan pastikan kau duduk dekat penjara . “

aunty rossa bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju keluar restoran . alisya yang masih duduk di kerusinya pun memerhatikan azman yang turut bangun dari duduknya setelah rossa pergi . alisya mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesan kepada aunty rossa .

aunty pusing pusing dekat area sini dulu , nanti aunty datang balik . alisya rasa uncle azman tengah perhatikan aunty lagi . - Alisya -

ok ok . - Aunty Rossa -



“ aunty , alisya nak tanya sikit boleh ? “
“ tanya lah . “
“ sebelum ni , uncle azman memang dah lama tak contact aunty ke ? “
“ haah . yang aunty tahu , lepas aunty kahwin , dia terus pindah thailand . tak tahu lah pulak lepastu apa cerita sebab tak pernah ambik tahu pasal dia . “
“ oooo.. so , kalau dia balik sini , dia duduk dengan siapa ? “
“ dengan adik dia lah kut . entahlah . kenapa tanya ? “
“ ouh dia ada adik ? “
“ haah ada . adik dia umur 25 tak silap aunty . sebab seingat aunty , diorang beza 10 tahun . “
“ ouhh . “
“ kenapa alisya tanya ? “
“ erm , sebab.. “

tringg.. tringg.. tringg..

“ kejap eh aunty , alisya angkat call dulu . “
“ urm , hello ? “
“ hello , ini alisya kan ? ni inspektor danial . “
“ oh . “
“ saya nak minta awak datang balai sekarang . ada benda saya nak bincang . nanti saya akan call waris irdina sekali . “
“ nope , it’s okay . ibu irdina ada dengan saya sekarang . kejap lagi kami sampai . “

alisya memutuskan talian .

“ aunty , inspektor danial mintak datang balai . katanya ada benda perlu dibincangkan . “
“ sekarang ? “
“ haah . “
“ oh , okay . “

“ assalamualaikum . “

sapa aunty rossa kepada inspektor danial .

“ waalaikumussalam . “
“ ada apa ye ? “
“ pihak polis jumpa perkembangan baru setelah membedah siasat tubuh anak puan . kami syak , ini bukan kes penculikan biasa . sebaliknya , ada berkaitan dengan kes penjualan organ . “
“ itu saya pun tahu inspektor . “

sampuk alisya .

“ dan , tambahan lagi , setelah dibedah siasat , kami menjumpai kesan penggunaan dadah dalam badan irdina . irdina , ada ambik dadah ke ? “
“ astaghfirullah , merepek apa ni tuan ? anak saya baru 16 tahun . takkan tiba tiba nak ambil dadah ? “
“ sabar puan . berdasarkan rekod kami , dadah yang dipakai bukan untuk menjadikan kita ketagih . sebaliknya , untuk menjadikan penggunanya hilang kesedaran . senang cerita , hampir sama dengan ubat tidur . irdina ada ambil apa apa ubat untuk bantu dia tidur ke ? “
“ takde tuan . saya boleh pastikan , lagipun , arwah anak saya memang tak susah tidur . lelap mata 5 minit je dah boleh tertidur 5 jam . “

dadah ? benda tu ke yang buat irdina dengan aku pengsan ? benda sama yang kitorang makan waktu tu , hanyalah.. gula kapas . jangan jangan.. abang yang jual tu pun bersekongkol ??

“ hmm . baiklah puan , terima kasih atas kerjasama puan . pihak kami amat menghargainya . “
“ alisya nak tambah sikit boleh tak ? “
“ ya , silakan . “
“ seingat alisya , waktu kejadian tu , alisya dengan irdina sama sama pengsan . mungkin benda yang kitorang makan yang mengandungi dadah tu . dan , benda yang sama kitorang makan , hanyalah gula kapas . "
“ gula kapas ? “
“ yeah , cotton candy . “
“ baiklah kalau macamtu . saya akan teruskan siasat . mungkin dalam masa yang terdekat , saya akan hubungi kalian semula . “
“ erm tuan sebelum tu , saya nak tanya . bila pihak saya boleh bawa pulang mayat anak kami untuk dikebumikan ye ? “
“ mengikut prosedur , puan dah boleh bawa pulang mayat pada hari esok . jangan risau puan , pihak kami sendiri yang akan bawa menghantar mayat anak puan ke rumah puan ye . “
“ baiklah . terima kasih . saya pulang dulu ye untuk buat persiapan . “
“ baik . sama sama puan . “

aunty rossa menghantar alisya pulang ke rumahnya .

sambungan : 🍯


tet.. tet.. tet..

azman mematikan panggilan tersebut .

“ aunty ? are you okay ? “
“ no , i’m not . this crazy man really make me sick . “
“ who is him for real dho ? “
“ hm . to be honest , i don’t want to talk about this . but , he might be the suspect in these case . "
“ ouh okay.. so , if you don’t mind , can you tell me about the connection between you guys ? “
“ hm . he is my ex boyfriend . “
“ wait what ? for real ? “
“ ye . dia bekas teman lelaki aunty . dulu aunty , uncle fazawi dengan azman berkawan baik . then , azman dengan aunty fall in love . sa.. sampai satu masa tu , azman hampir nak rosakkan aunty . but thanks to Allah , uncle fazawi selamatkan aunty . after that , kitorang terus tak berhubung . uncle fazawi pun dah tak contact dia . “
“ hm that’s weird . kenapa eh dia nak jumpa aunty petang ni ? dia cakap dia nak jumpa dekat mana ? “
“ wait , dia baru send location . “
“ aunty betul ke ni nak jumpa dia ? “
“ kalau aunty tak jumpa dia , sampai bila bila aunty takkan tahu kebenaran semua ni . “
“ alisya nak ikut boleh ? “
“ are you sure ? “
“ yes . uncle tak boleh teman aunty kan ? biar isya lah teman aunty . “
“ hm , okay . kita gerak sekarang lah eh ? “
“ yeah sure . “


alisya duduk di meja yang berasingan dengan aunty rossa . dia memerhatikan aunty rossa yang masih menunggu uncle azman . penantiannya tidak menjadi sia sia apabila seorang lelaki berkaca mata hitam dan bertopeng muka menarik kerusi berhadapan aunty rossa . ibu kepada rakan baiknya itu terus mendongakkan kepala dan raut wajahnya berubah .

“ ehem . lama tunggu ? “
“ penungguan kali ni akan berbaloi kalau aku dapat tahu apa yang kau dah buat . “
“ hm , kalau macamtu , aku patut datang lagi lambatlah kan rossa ? “
“ aku tak nak cakap panjang panjang dengan kau . aku nak kau jelaskan apa yang patut kau jelaskan . “
“ lah , chilllah . santai . fazawi apa khabar ? dia tak teman kau pulak ? “
“ fazawi ada kerja . dahlah , tak payah berlapik . bagitahu aku sekarang ! “
“ okay.. so , apa yang kau nak tahu ? “
“ kau kan yang bunuh irdina ?! “

aunty rossa menghentak meja manakala lelaki dihadapannya masih berkelakuan santai .

“ huh ? kenapa aku nak bunuh anak kau ? tambah tambah lagi , dia.. boleh jadi anak aku jugak kan ? “
“ kau merepek apa ni azman ? itu anak aku dengan fazawi . “
“ tsk . aku tak kisahlah dia anak siapa pun , tapi , buat apa aku nak bunuh budak tu ? kau ada bukti aku bunuh dia ? “
“ kalau kau tak ada kaitan dengan kematian anak aku , kenapa kau sibuk sibuk kacau anak aku ? “
“ aku nak number phone kau je . “
“ huh ? kau boleh dapatkan number anak aku , tapi number aku tak boleh ? huh , lemah . “
“ lah , bukan tak boleh dapatkan sendiri . cumanya , aku nak kenal kenal mesra lah sikit dengan bakal anak aku nanti .. “
“ bakal anak ? kau merepek apa ni ? “
“ betullah kan ? bakal anak . sebab lambat laun , aku akan dapatkan balik hak aku . “
“ hak kau ? merapu apa ? “
“ kau tu , hak aku ! tapi fazawi rosakkan rancangan aku ! “
“ fazawi rosakkan rancangan kau ? eh hello , kau yang buat hal dulu . dan fazawi yang selamatkan aku . “
“ ha ye ye , memang fazawi selalu jadi hero kan ? dia je baik , aku je jahat . “
“ ye , memang pun ! “
“ urgh . jangan sombong sangat rossa . satu hari nanti , kita akan mulakan kehidupan baru jugak . hanya kau , dan aku , bahagia bersama . “
“ shut up ! i had enough with you ! “

alisya yang sekadar menjadi pemerhati turut berasa menyampah terhadap perangai lelaki tua tersebut .

dah nak mati pun sibuk kacau orang . tak sedor diri . bisik hati kecil alisya sambil menjelingkan matanya .

“ kau ni kan rossa , dari dulu sampai sekarang , tak pernah berubah . selalu panas baran . tapi takpe , walaupun kau panas baran , kau still nampak comel . “

aunty rossa mengeluh .

“ please , just stop from disturbing me . kau memang tak ada kerja eh ? kau tak ada keluarga ke nak tanggung ? oh , lupa . siapa je nak jantan sampah macam kau kan ? “

sambungan : 🍯


maaflah slow update . i just lost my motivations untuk sambung cerita ni walaupun baru bab 3 lmao 😌


kan uncle dah cakap , uncle ni kawan lama ibu dina . apa yang susah sangat nak faham ? kalau number irdina pun uncle tahu , jadi tak mustahil untuk uncle berada depan rumah irdina sekarang . - Uncle Azman -

kalau uncle hebat sangat , uncle carilah sendiri number ibu ! janganlah kacau dina ! - Irdina -


jangan sombong sangat dina . esok korang nak pergi canteen day kan ? jangan sampai uncle sendiri jumpa kamu nanti . - Uncle Azman -

ish sudahlah ! berhenti kacau ibu , berhenti kacau irdina . uncle jangan sampai irdina report polis tau ! - Irdina -

reportlah kalau kamu berani . - Uncle Azman -

perbualan tersebut terhenti disitu . dahi alisya berkedut .

siapa azman ni ? esok , aku kena jugak pergi jumpa aunty rossa . aku nak tanya dia sendiri .


“ assalamualaikum . “

alisya memberikan salam sejurus setelah tiba di hadapan kediaman sahabat baiknya .

“ waalaikumussalam . “

sayu suara aunty rossa menjawab .

“ aunty , alisya nak tanya something boleh ? “
“ tanya apa tu alisya ? “
“ siapa uncle azman ? “
“ azman ? “

riak wajah aunty rossa berubah .

“ mana alisya tau nama tu ? “
“ jadi betullah aunty tahu siapa azman tu ? “
“ aunty taktahu . dalam dunia ni ada banyak azman . “


alisya mengeluarkan telefon bimbitnya .

“ azman ni ? “

alisya menunjukkan gambar profil whatsapp uncle azman daripada telefon irdina .

“ aunty kenal dia ? “
“ mana alisya kenal dia ? dan macam mana alisya dapat gambar ni ? “
“ dari irdina . “

alisya berbohong .

“ but , how ? “
“ irdina once said that this man keep disturbing her . so then , i asked for his picture and asked about what he did to irdina . “
“ then , what he did ? “
“ he keep disturbing irdina for your number phone aunty ! he keep asking your number . “
“ but , why ? “
“ how can i know ? dia cakap dia kawan lama aunty . alisya just terfikir kalau kalau dia ada kaitan dengan kes ni . sebab dia macam mendesak dan menggangu . mengugut pun ada . “
“ irdina tak pernah mention pun pasal ni ? “
“ maybe dia taknak aunty risau . “

sepi sebentar .

“ alisya ada number dia ? “
“ ada . nah . “

alisya menghulurkan telefon bimbitnya sekali lagi .

“ nah phone isya . thanks . biar aunty call dia . “


“ hello ? eh , kau nak apa eh azman ? tak cukup lagi ke dulu kau dah kacau hidup aku ? kau dah cuba nak hancurkan masa depan aku tapi tak berjaya . and now , fazawi yang jaga aku . lepastu sekarang kau nak kacau aku lagi ? “
“ uhurm . well well well . aku kacau kau ? tengoklah siapa yang call siapa sayang . awak yang call saya kan ? kenapa ? rindu saya ke ? “
“ sayang pebenda kau ni ? rindu ? lagilah tak . takkan aku nak rindu sampah macam kau ! anak aku mati , ada kaitan dengan kau kan ?! jawab ! “

kemarahan aunty rossa hanya sekadar disambut oleh gelak tawa seorang lelaki gila .

“ kau ada bukti ke rossa ? sampai nak tuduh aku macam tu ? “
“ eh , kau jangan main main dengan aku eh azman . kau apehal kacau anak aku ? apehal kacau hidup aku ? “
“ alaa , janganlah marah . aku dah lama tak jumpa kau . jomlah jumpa petang ni , aku ceritakan semuanya . “

sambungan :


nak ke bot tu ?
Опрос
  •   nak :3
  •   taknak 😔
25 голосов


tapi kalau korang nak , nanti saya buatkan yang lain 🥲👍🏻👍🏻


weyh korang 🥲 baru perasan ada orang tanya pasal bot boyfie tu.. to be honest bot tu saya dah delete sebab saya mengrasa ianya terlalu cringe HAHHAHAHAHA 🥲🥲


Ini Bukan Aku [ BAB 3 : JUMPA ]

“ alisya , ada.. telefon ! “
“ hah ? mana ? “
“ ni , dekat semak ni . “
“ eh ? “

alisya mengambil telefon tersebut .

“ eh isya ! jangan pegang . tu kan bahan bukti ! “
“ diam . aku tak percaya polis . ini.. ini telefon irdina ni ! “
“ eh ? diorang tinggalkan telefon irdina ? “
“ aku rasa , diorang buang telefon ni waktu nak larikan irdina . telefon ni pun dimatikan . “

alisya menekan butang untuk mengaktifkan telefon tersebut . jelas terpampang perkataan “ SAMSUNG “ di matanya .

“ kau tau tengok ni syuk . kau tengok tarikh telefon ni . 14hb ! tak bertukar agi ! aku dah kata , diorang buang telefon ni lepas culik dina ! bodoh punya penculik . buat kerja tak clean sia . “
“ tapi.. telefon ni ada dekat sekitar sini je kan ? macam mana polis boleh tak jumpa ? “
“ tahlah . diorang buta kut . biasalah , polis . bingai . “
“ kalau penculik tu buang telefon tu dekat sini , tu maksudnya diorang lalu kawasan ni jugaklah kan untuk pergi ke tempat persembunyian diorang ? “
“ hm.. aku pun rasa macam tu . “
“ bagitau polis nak tak ? “
“ tak nak aku . dorang bukan reti nak buat kerja pun . nama je polis , tapi lembap mengalahkan apa . “
“ so.. kau nak settlekan benda ni sendiri ? “
“ hah . aku nak cari sendiri musuh aku . “
“ weyh.. tapi , bahayalah . kita baru f4 . “
“ kau takut ? kau blah ah . aku tak suruh pun kau ikut aku . beria . “
“ erm , aku tak takut . aku cuma risaukan keselamatan kau je.. “
“ huh . keselamatan aku ? aku dah hilang nyawa aku . apa guna keselamatan lagi ? hidup ni , kau tak boleh nak takut . kalau kau takut , kau lemah . “

syukri adham memikirkan kata kata alisya . ada betulnya juga . bila terlalu takut , kita akan dipijak oleh orang yang berani .

“ dah ah syuk . kalau kau takut , kau balik . aku tak perlukan bantuan sesiapa , aku boleh handle sendiri . aku boleh buat apa yang aku nak buat tanpa bantuan orang lain . kau bukan baru kenal aku dari harini . kita dah kenal dari kecik . mesti kau tahu , apa yang aku nak , aku akan dapatkan walau apa cara sekali pun . termasuk nyawa penculik tu . “
“ weyh.. dina ?? kau.. kau nak bunuh penculik tu ?! mana boleh dina ! membunuh tu kan salah ! kau boleh kena hukuman gantung ! “
“ huh , tak cakap pun nak bunuh . tengok je lah nanti . kau tahu apa ? diorang bukan sekadar bunuh . diorang ambik organ kawan baik aku ! mata , buah pinggang , jantung , ingat aku tak perasan ke ! badan irdina dah macam takde isi ! manusia laknat macam diorang tak layak diberikan simpati . “

alisya tersenyum menyindir .

macam lah aku kisah kena hukuman gantung ke apa . demi irdina , aku sanggup . bisik hati gadis kacukan itu .

“ hm . sebelum kau buat apa apa pun nanti , kau fikir dulu tau . aku taknak perjuangan kau jadi sia sia . “

alisya mengabaikan kata kata lelaki itu . jarinya lincah mengetik setiap aplikasi yang berada di telefon bimbit irdina .

uncle azman ? siapa pulak ni ?

itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran alisya setelah melihat sepotong nama di jendela whatsapp irdina .

perlahan alisya membuka sembang tersebut . dia membaca satu persatu , dari awal hingga akhir . muncul beberapa perkara yang menarik perhatiannya .

uncle nak number phone ibu irdina boleh ? uncle dah lama lost contact dengan dia ni . taip lelaki tersebut .

“ alisyaa ! menyorok , kereta polis ! “

belum sempat meneruskan bacaan , tangan alisya segera ditarik oleh syukri adham ke belakang semak .

“ moto kita park jauh dari sini en isya ? “
“ hah . jangan risau . kita park dekat kawasan perumahan tadi . “
“ kenapa tiba tiba ada polis lalu dekat sini ? “
“ entahlah . jalankan tugaslah kut . “ jawab alisya dengan nada menyindir .

alisya kembali membaca perbualan irdina dan uncle azman tersebut . dia masih ingin tahu apakah hubungan lelaki tersebut dengan irdina .

tapi , uncle ni siapa ? dan macam mana uncle boleh dapat number irdina ? apa hubungan uncle dengan ibu dina ? uncle nak apa ? - Irdina -

sambungan : 🍯


“ aku boleh bagi kau bawak dia pergi . tapi , aku bagi korang semua masa 2 hari untuk cari punca dia . kalau kau gagal , korang semua akan hancur . “
“ saya janji . “


alisya menerima janji inspektor danial dan melepaskan mayat irdina . dia memerhatikan kesemua proses untuk membawa mayat sahabatnya itu . alisya dan pemandu Grab tersebut turut diminta untuk datang ke balai polis dan memberikan keterangan .


alisya merenung syiling biliknya . dia teringat senyuman irdina , tingkah laku irdina , kelakuan irdina yang tidak senonoh ketika bersamanya . semua itu kenangan mereka . dia tersenyum seketika apabila mengingati memori tersebut . namun dalam sekelip mata , raut wajahnya berubah . daripada tersenyum ceria , sehinggalah ke muka berduka cita . dan pada akhirnya , mukanya berubah kepada si pemburu yang mencari mangsa .

jangan risau irdina . aku akan musnahkan semua orang yang terlibat dalam kematian kau . aku tak kiralah dia hanyalah driver ke apa . siapa yang nampak kau dizalimi tapi tak buat apa apa walhal dia mampu , dia akan kena .


penggera alisya berbunyi . ini menandakan sudah tiba waktunya untuk pergi ke sekolah . sepanjang malam dihabiskan dengan memikirkan tentang irdina azmira tanpa perasaan lelah .


“ alisya... “

lembut suara syukri adham memanggil alisya .

“ mende kau nak ? “

alisya menjawab pertanyaan ketua kelasnya tanpa memandang ke wajah si penegur .

“ kau.. kau okay ? “
“ ada nampak macam aku okay ? “
“ tak.. “
“ dahtu ? kau nak tanya lagi ? “
“ ma.. maaf ganggu . kau fikirkan pasal irdina lagi ke ? “
“ lah dahtu ? takkan nak fikirkan pasal kau pulak ? ish serabut lah sial kau ni . “
“ erm , kan polis tengah buat siasatan . kita tunggu je lah keputusan pihak polis . “
“ eh mampus aku lah nak tunggu ke apa . yang kau menyemak sangat ni apehal ? “
“ hm.. dahtu , kau nak siasat sendiri ke ? “
“ hm . “
“ aku nak tolong . boleh ? “
“ asal ? “
“ irdina kan kawan aku jugak.. “
“ pape je lah . kalau kau nak tolong , datang taman biasa aku dengan irdina lepak pukul 3 ni . kau lambat , aku tinggal . “

syukri adham mengangguk tanda setuju sambil memberikan segaris senyuman .

“ kau senyum senyum mende ? ni benda serius . irdina dah mati ! “

syukri adham menundukkan kepala apabila dijerkah alisya sebegitu .


3 petang . alisya baru ingin keluar dari rumahnya . dia memakai pakaian biasanya yang serba hitam . tidak lupa juga topi yang gemar dipakainya baru baru ini .


“ alisya . “

syukri adham yang telah pun tiba lebih awal dari alisya pun menegur gadis tersebut .

“ hurm ? “
“ kita buat apa dekat sini ? “
“ takde pe . ni tempat pertemuan je . aku nak gerak tempat lain . “
“ tempat mana ? “
“ tempat mayat irdina kena buang . “
“ oh , okay... pergi sana nak naik apa ? “
“ moto kau . “
“ oh , kiranya kau tumpang aku ? “
“ tak . kau bawaklah sorang sorang . aku ada moto aku . dah ah , jangan banyak bunyi . ikut je aku . “
“ eh ? sejak bila kau ada moto ? “
“ lama dah . cuma lesen je tak keluar agi . dah ah , diam boleh tak ? “

alisya membawa syukri adham ke tempat kejadian di mana mayat irdina dibuang .

“ irdina . irdina punya mayat kena buang dekat sini . “ tunjuk alisya .

“ so.. kita nak kena buat apa ni ? “
“ cari dekat sekeliling ni , kalau kalau ada benda yang pelik ke . mana tau aku terlepas pandang ke haritu . “
“ oh , okay okay . “

mereka berdua pun memulakan pencarian bersama sama .

sambungan : 🍯


pelbagai teka teki yang bermain di fikiran alisya apabila dia melihat beberapa lelaki yang dikenalinya keluar dari van mereka dan membawa satu bagasi serta meninggalkannya di tepi tong sampah besar berwarna hijau di jalan sunyi yang jarang digunakan itu .

ya Allah , mana inspektor danial nye ? asal lambat sangat sampai ?

alisya semakin kesal dengan pasukan pihak polis yang terlalu lambat sampai walaupun setelah van itu berlalu pergi .

“ uncle , saya nak turun sekejap . saya nak tengok apa benda dalam bagasi tu . nampak macam suspicious . uncle tolong tengokkan keadaan ya . mana tahu kut kut diorang datang balik ke . “
“ okay noted . “

gadis berani yang mendapat kekuatan dari janji sahabatnya itupun turun dan menghampiri bagasi tersebut .

alisya menyentuh bagasi itu dengan berhati hati .

" eh ? kenapa bagasi ni rasa basah ? ada air tumpah ke pun ? “

alisya menyentuh zip bagasi tersebut dan mula menariknya perlahan lahan .

alisya kaku . mukanya pucat . bagasi yang dibukanya diisi dengan sekujur tubuh manusia yang telah menjadi mayat yang masih mengalir darahnya dalam keadaan memeluk lututnya seakan akan ketakutan sebelum mati . alisya menjadi sangat terkejut sampaikan dia tidak menyedari bahawa dia telah mengundur ke belakang dan telah terpijak seketul batu sehingga menyebabkan dia jatuh di atas jalan tersebut .

“ ma.. mayat ?? mayat si.. siapa tu ?? “

alisya bangun dan berdiri semula . dia perlahan lahan menghampiri bagasi itu kembali . kali ini , dia menabahkan diri dan merapatkan diri dengan mayat tersebut . dia perlahan lahan mengalihkan rambut yang menutupi wajah sekujur tubuh itu tersebut .

bulat mata alisya setelah melihat wajah mayat tersebut . kali ini , dia lemah lutut dan terus jatuh terduduk .

“ tak.. “
“ tak mungkin !! “

alisya tidak dapat menerima kenyataan tentang apa yang baru sahaja dilihatnya . dia terus memerhatikan mayat tersebut . dia mencari sesuatu .

“ kau.. “
“ irdina azmira !! “
“ kenapa kau !! bangun irdina bangun !! “

alisya menangis teresak esak sambil menggerak gerakkan badan irdina . pada mulanya , dia telahpun melihat wajah mayat tersebut . namun , dia tidak mahu mempercayai perkara tersebut . lalu dia pun mencari bekas luka di tangan mayat tersebut yang berbekas akibat irdina ingin menyelamatkan alisya daripada tingkap yang pecah .

bertepatan dengan itu , pihak polis pun tiba . alisya yang masih menangis sambil memeluk irdina yang sudah tidak bernyawa langsung tidak mempedulikan siren kereta polis tersebut .

pemandu Grab yang membawa alisya ke lokasi tersebut pun memberikan penjelasan atas apa yang terjadi .

beberapa anggota polis yang lain pun menuju ke alisya dan cuba menenangkannya .

“ alisya.. lepaskan pelukan awak.. pihak polis perlu segera membawa mayat tersebut untuk lakukan ujian forensik.. “
“ kawan aku dah mati baru kau nak kata perkataan segera ?! sebelum ni mana korang semua hah ?! aku yang jumpa kawan aku ni ! lepastu sekarang kau nak pisahkan kitorang ?! kau tak berjaya selamatkan dia waktu dia masih hidup , dan sekarang , kau nak ambil dia waktu dia dah jadi mayat ?! apehal ?!! sampah ! lembab ! “

alisya meninggikan suara tanpa mengira lagi perasaan hormat ataupun apa sahaja .

“ alisya , saya faham perasaan awak… tapi kita.. “
“ cukup ! kau kata kau faham ? kalau kau faham , kau mesti tahu perasaan aku nak cepat jumpa irdina kan ?! tapi mana kau ? mana korang ?! korang ni sial lah ! kau tak faham apa aku rasa ! jadi kau tak payah cakap kau faham bodoh ! aku akan pastikan korang semua dapat balasan setimpal ! “

inspektor danial hanya menggelengkan kepala . dia berjalan menghampiri alisya .

“ alisya.. dengar cakap saya.. mayat ni perlu dibawa untuk bedah siasat . baru kita boleh buat siasatan lanjut okay ? kalau kawan awak masih hidup , mesti dia pun taknak tengok awak macam ni . ingat alisya , kalau kita nak tegakkan keadilan , kita kena cari punca pangkal dia dulu . “

sambungan : tekan emoji nii 🍯


Ini Bukan Aku [ BAB 2 : PULANG ]

2 hari telah berlalu . berita tentang kehilangan irdina juga seakan akan tiada perkembangan .

alisya merenung gambar sahabatnya . merenung dengan rasa kecewa , sedih , kesal dan rasa hampa .

dah 2 hari dah ni . takkan takde apa apa berita lagi kut ? polis ni buat kerja ke tak ? apehal slow sangat ? hm . mungkin diorang terlupa nak call kut . terlupa nak bagitahu perkembangan . daripada aku tunggu pihak polis call , baik aku pergi sana sendiri .

“ ibu . alisya nak pergi balai . “
“ kenapa ?? “
“ alisya nak cari tahu sendiri perkembangan kes irdina . “
“ kamu nak pergi dengan siapa ? takkan kamu tak takut lagi nak keluar ? kawan kamu baru lepas kena culik . kamu sedar tak ?! “
“ habistu ? takkan alisya just nak diam diri je ? irdina tu kawan isya . irdina kena culik , sebab dia selamatkan isya ! takkanlah isya nak santai je dekat rumah , sedangkan irdina dekat sana entah diorang seksa dia ke apa ! ibu tak duduk tempat alisya , ibu tak faham dan takkan faham . "

chip chip .

alisya memandang telefonnya setelah mendapat notifikasi .

“ my Grab already here . i’m sorry ibu . but i can’t waste my time . this is about someone’s life . assalamualaikum . “

anak bongsu keluarga tersebut pun keluar dari rumah dan pergi ke balai polis menggunakan Grab kerana dia tahu hakikat bahawa kedua ibu bapanya pasti tidak akan membenarkan dia keluar rumah lagi .

irdina , wait for me . kau dah janji kan nak tunggu aku ? i just hope that you will be alright . i will be waiting for you no matter when you gonna back .

fikiran alisya bernadtze mula terganggu apabila pemandu Grabnya tiba tiba sahaja memperlahankan kenderaan .

“ uncle ? kenapa slow kan ? “
“ tu ha , van belakang tu nak potong . “
“ oh , bagi je lah dia potong dulu ye uncle ? “

pemandu tersebut mematuhi kata kata alisya dan membiarkan pemandu van tersebut memotongnya .

alisya sekadar memerhatikan keadaan memotong itu terjadi .

eh ? itu.. bukan ke van haritu ?!

alisya segera mengambil gambar van tersebut untuk mencatatkan number plat van itu bagi membantu pihak polis menjejaki kenderaan tersebut .

“ uncle , ikut van tu uncle ! tapi jangan bagi obvious sangat ! follow jauh sikit tauu !! “
“ eh ? kenapa pulak ni ? bayaran dah ditetapkan tau sebab asalnya tadi nak pergi balai . “
“ takpe uncle , nanti saya bayar 2 kali ganda kalau uncle boleh follow van tadi . van tu , van penculik ! dia dah culik kawan saya ! “
“ hah ? van penculik ?? “

“ hello ? ni inspektor danial ke ? "
“ ye , saya bercakap . “
“ ni alisya . saksi penculikan nur irdina azmira binti mohd fazawi . “
“ hah ? ye alisya , apa yang boleh saya bantu awak ? “
“ i think i just saw the same vehicle that had been used to kidnapped us . “
“ huh ? really ? where you at right now ? send me the details , i’m gonna go to there with my
team . “
“ i’m following the van right now with my Grab’s driver so please come as soon as possible . “

alisya berkongsi lokasi langsungnya kepada inspektor danial .

van hitam yang diikuti mereka dari awal tadi mula memperlahankan kenderaannya .

“ uncle uncle , stop here . kita park sini . jangan bagi nampak sangat kita follow dia . “

pemandu Grab tersebut sekadar mengangguk tanda faham .

alisya mengecilkan matanya dan cuba fokus untuk melihat tingkah laku penculik tersebut dari jauh .

hah ! tu lelaki yang tangkap irdina haritu kan ? aku kena rakam ni.. eh ? beg besar apa tu ? besar gila beg .

sambungan : sinii

Показано 20 последних публикаций.

150

подписчиков
Статистика канала