CHAPTER 05Tepat azan asar, mereka sudah tiba dihadapan rumah Adam. Dhia sudah pun keluar daripada kereta milik Adam. Matanya memandang sekitar rumah semi-D itu. Ringkas tetapi sedap mata memandang. Rumah itu bercat cream.
Dhia baru sahaja nak bergerak ke but kereta mengambil beg pakaiannya namun terhenti apabila Adam menarik tapak tangannya.
“nak pergi mana?” soal Adam.
“ambil baju”.
“Tak payah. Nanti abang ambilkan.” Adam menarik Dhia ke depan pintu rumah.
Setelah pintu rumah terbuka, Adam bertindak pantas mencempung tubuh kecil Dhia buatkan gadis itu terjerit kecil. Tindakan drastik, leher Adam dirangkul.
“awak!!” dhia memukul dada Adam kerana rasa terkejut yang berbisa. Adam hanya ketawa lagi.
“apa awak,awak? Panggil apa?” suaranya sengaja ditegaskan. Anak mata Adam merenung anak mata Dhia.Buatkan Dhia malu.
“a-abang.” Balasnya perlahan.
“good girl.” Pipi Dhia menjadi mangsa ciuman Adam. Jambang halus yang mengena kulit Dhia buatkan Dhia tertawa geli.
Adam menutup pintu dengan sebelah kakinya. Dhia terus memerhati dekorasi ringkas bertemakan putih didalam segenap rumah ini. Adam terus membawa Dhia ke bilik utama.
Dengan bantuan Dhia, pintu bilik dibuka. Kini dihadapan ruang mata, bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king, meja solek,almari baju yang boleh tahan besar dan juga pintu tandas. Bilik master bedroom milik Adam. Temanya pula kelabu dan putih.
“cantik?” soal adam
“cantik.. pandai abang hias.” Balas Dhia.
“abang upah interior designer je.” Adam pantas meletakkan Dhia ke atas tilam bercadar kelabu itu. Sempat lagi bibir nakal itu mengucup sekilas pipi Dhia.
Adam pantas menanggalkan tudung Dhia. Tudung berwarna hitam itu diletakkan atas meja di sebelah katil. Tangan Adam sendiri yang menarik getah ikat rambut itu bagi membebaskan rambut ikal mayang Dhia. Sesudah itu pucuk hidungnya mencium haruman tersebut.
“abang suka rambut Dhia.” Ucap Adam.
‘Dhia”.
“ya, abang”.
Adam tersenyum bahagia. Macam ini rupanya rasa abah kalau mak panggil abah abang. Kini dia tahu.
“terima kasih sebab terima abang jadi suami Dhia. Walaupun umur kita jaraknya macam ayah dengan anak.” Adam berkata.
Dhia menggerakkan jarinya melukis-lukis di dada Adam. Senyumannya lebar.
“sama-sama. Tapi bagi Dhia, abang tak adalah tua sangat . 32 je.” Balas Dhia.
Dhia pun turut berbaring disebelah Adam. Adam menyelitkan lengannya ke bawah kepala Dhia sebagai bantal. Dhia pula mengiring tubuhnya menghadap Adam.
Masing-masing senyap memerhatikan antara satu sama lain. Tangan gatal Adam menguis rambut yang jatuh ke wajah Dhia ke belakang cangkerang telinga gadis itu.
“dhia… dhia nak tak jadi isteri abang untuk selamanya? Setia di sisi abang sampai abang tua kerepot nanti?” ujar Adam dalam nada berbisik.
Dhia tersenyum kecil dan mengangguk laju.
“dhia sayang abang tak?” soal Adam lagi.
“sayang. Sayang sangat-sangat.” Balas Dhia.
“abang pula, abang sayang Dhia tak?” soal Dhia persis anak kecil.
“mestilah sayang. Pipi merah abang ini.” Balas Adam. Kucupan berlabuh di pipi Dhia buatkan Dhia tertawa lagi. Geli dengan jambang halus milik Adam.
Dhia mengusap jawlines Adam yang tajam dan jelas terlihat. Adam memejam mata merasai usapan Dhia di wajahnya.
“terima kasih sebab sayang Dhia.” Dhia memeluk tubuh Adam erat.
Adam turut membalas. Dhia merehatkan kepalanya ke dada Adam. Selesa di dalam dakapan suaminya buatkan Dhia dilanda mengantuk.
“sama-sama.. dhia kalau ngantuk tidur jelah. Abang pun dah mengantuk.”
Dhia mengangguk dan mula memejam matanya. Telinganya diperdengarkan selawat-selawat yang dibacakan Adam kepadanya.
Persis anak kecil, Adam mendodoi Dhia dengan menepuk bahu isterinya. Lama-lama Dhia terlelap.
“janji… jangan khianati abang, Dhia.”
🥀☕️ :
@CerpenByMe