Coretan Ringkas•♥️🖋


Гео и язык канала: Малайзия, Малайский
Категория: не указана


Hati itu didiklah dengan agama. Ia senang liar tatkala kita sibuk dengan dunia••🕊
05|02|2020

Связанные каналы  |  Похожие каналы

Гео и язык канала
Малайзия, Малайский
Категория
не указана
Статистика
Фильтр публикаций


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini ya♥️

𝑱𝑶𝑰𝑵 •ᥫ᭡• @BicaraBulanOfficial


Hati kamu galau? Kamu mahu motivasi. Yuk join sini ya♥️

𝑱𝑶𝑰𝑵 •ᥫ᭡• @BicaraBulanOfficial


Jangan takut kehilangan seseorang di dalam hidupmu, tetapi takutlah kehilangan Allah di dalam hidupmu, kerana itu adalah puncak kegagalan seorang hamba.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Janji Allah itu pasti, tak cepat mesti lambat..

Tapi, insyaAllah dapat. Jangan risau apa yang bakal kita dapat, sebabnya dah tentu-tentu apa yang kita mahu.

Tapi risaulah apa yang bakal kita tempuh, sebab itu ujian dari Allah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


"Sebenarnya kita bukan kehilangan, tapi hakikatnya kita memulangkan.."

Kerana tiada apa yang dekat dunia ini milik kita 100%, ingat itu. Belajar untuk redha apabila Allah mengambil sesuatu yang paling kau sayang dan belajar untuk mengikhlaskannya walaupun ianya menyakitkan.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Ada sesiapa disini, Pemburu Lailatul Qadar?

Semoga kita dijodohkan dengan Lailatul Qadar. Aamiin.. 😍❤

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Jom perbanyakkan amalan dibulan puasa ni. Inilah peluang untuk kita kejar cinta akhirat sepenuhnya, kalau tak cukup masa, cuba seboleh-bolehnya habiskan sekurangnya 1 juz 1 hari.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Kepada yang sentiasa meninggalkan puasa. Anda diperhatikan ya, Orang yang tinggal puasa adalah orang yang sangat rugi. Sebab apa?
Sebab bulan puasa laa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Ingat , 10 benda ni tak boleh dibeli walaupun kamu ada duit menggunung:

1. Iman
2. Peribadi
3. Common sense
4. Penghormantan
5. Kesabaran
6. Kepercayaan
7. Cinta
8. Ikatan persahabatan
9. Integriti
10. Kebahagiaan

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Jangan pernah tinggal amalan ini.
Sunnah Nabi Muhammad SAW ialah berbuka dengan kurma dan air, Ia menyediakan tenaga dan mengembalikan paras gula dalam darah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyak². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluas²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyak²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Doa menutup aib :

اللّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Moga Ramadan kalini kita semua :

- Solat fardu tak tinggal
- Berpuasa penuh
- Rajin baca Al-Quran
- Jaga bercakapan & tingkah laku
- Jadi lebih baik dari sebelumnya

InsyaAllah, Aamiin.. ♥️🤲

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

🥀☕️ - @CoretanRingkas


"Tidak semua orang beruntung dalam segala hal. Dan tidak semua orang pandai dalam segala hal."

Tetapi setiap orang punya kelebihannya dan rezekinya masing-masing.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Ketahuilah;

Untuk zaman yang serba canggih ini ramai yang akan ke neraka kerana jari-jarinya.

Dengan sekali sentuh, fitnah tersebar memusnah hidup manusia lain.

Kawan-kawan, hati-hati ya.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Sebenarnya dalam hidup ini ada banyak perkara yang boleh menjadi sumber kebahagiaan.

Kuncinya cuma satu;

Asalkan kita pandai untuk bersyukur.

Ada orang boleh bahagia cuma dengan ada rumah yang kecil. Dengan anak-anak yang ramai sekali pun.

Ada orang yang boleh bahagia walau hanya ada sebuah motor yang hampir roboh saat dihidupkan enjin. Asal dapat merangkul pinggang suami sendiri waktu membonceng, itulah keindahan.

Ada pula yang terasa bahagia sangat dapat bergurau suami isteri. Sekali pun keduanya buta tak dapat melihat. Boleh bergelak ketawa selalu.

Itulah, kuncinya dah disebut tadi.

Kita?

Kena selalu pesan ke diri sendiri lah.

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Bila hati mati, berbuat dosa tak rasa bersalah. Malah semakin melakukan dosa semakin gembira.

Allahu.

Moga kita dijauhkan daripada melakukan dosa tapi terus rasa gembira macam tak bersalah langsung dengan Tuhan. 🤲🏻

🥀☕️ - @CoretanRingkas


Apabila berbuat dosa, hati kita akan terluka. Ruh kita akan sakit. Darah rohaninya akan mengalir kerana luka dosa. Belum pun sembuh, terluka lagi dengan dosa yang lain. Luka dan sakit yang bertimpa-timpa. Bertambah sakit dan parahlah hati kita.

Macam mana hati boleh terluka dan berdarah?

Bila orang puji dan kita rasa berbunga. Rasa seperti dilambung-lambung. Rasa aku lah yang terbaik. Orang lain tak boleh buat macam yang aku buat. Berdarahlah hati.

Bertambah pedih dan parah bila kita dihina dan dikeji. Tak timbul rasa tenang. Tapi rasa resah dan marah. Waktu ini hati bertambah luka dan koyak.

Sekali-sekala Allah rezekikan kemenangan dan kejayaan dalam apa yang kita buat, timbul rasa megah. Bangga diri. Rasa diri hebat. Membuak-buaklah darah luka hati kita.

Esoknya mendengar berita kawan berjaya. Dapat hasil itu dan ini. Datang rasa dengki, cemburu dan iri hati. Remuk berkecai lagi hati kita. Penyakit hati tadi bertambah parah dan kritikal.

Kalau lah luka hati akibat dosa ini Allah zahirkan di fizikal kita, pasti kita akan jadi manusia yang penuh dengan luka dan darah. Belum pun sembuh yang lama, berdarah lagi dengan luka yang baru.

Busuk! Sebusuk-busuknya. Hanyir. Yang buatkan semua manusia lain takkan dekat dengan kita.

Tapi kita tetap bersahaja. Kekal dengan dosa hati. Sebab apa? Sebab kita tak rasa buat dosa. Kita rasa kita betul selalu dan sentiasa.

Ya Tuhan, mintalah dijauhkan.

Amin. 🤲🏻

🥀☕️ - @CoretanRingkas

Показано 20 последних публикаций.